Skip to main content

Bacaan Berat : Perbincangan Negara Islam antara komponen Barisan Rakyat. (2)

2. TBM B.

Seandainya teknik rebranding gagal, gua ramal, British akan menggunakan TBM B. Teknik Boneka dan Munafik ke-2. Musnahkan TBM A, halakan kepercayaan massa kepada TBM B. Kasta ulama atau Melayu tidak penting. Yang penting ialah kekuasaan British mengawal dunia.

Pada gua, TBM B sudah lama dibina. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setuju lah. Tapi gua tetap catat supaya dirujuk orang masa depan.


Mencari TBM B.

Untuk menubuhkan satu parti yang sebesar PAS, dalam tajuk dana, ianya memerlukan sejumlah wang yang besar. Itu tajuk wang bagi penubuhan. Tapi tajuk wang bagi pertumbuhan, dari PAS dulu kepada PAS yang berdiri sekarang, wang yang diperlukan sangat-sangat besar jumlahnya.

Untuk tajuk PAS, akal gua boleh menerima faham akan dari mana datangnya wang. Petani Islam dari Kelantan dan Kedah memperuntukkan sepetak sawah sebagai zakat kepada PAS daripada serelung sawah yang dimilikinya. Zakat, derma, perniagaan adalah sumber dana kepada PAS.

Yang gua nak bawa pembaca ialah kemusykilan sumber kewangan PKR-Anwar. Setuju, setujulah. Tak setuju tak setujulah. Ketika Anwar dipecat, dan Melayu mengamuk, Anwar mengambil keputusan yang lama sama ada mahu menubuhkan parti baru, atau masuk PAS atau berjuang sehingga diterima semula ke dalam UMNO. Anwar lebih kepada mencari sokongan antarabangsa ketika itu.

Akal gua menerima faham berdasar pemerhati jauh, bahawa sumber kewangan Anwar sebelum PKR ialah Dato' Nala karupan. Tokey kepada Magnum. Atau kata mudahnya, kewangan Anwar ketika menguruskan satu kumpulan kecil ialah sejumlah taikun2 perniagaan. Pasti tidak percuma begitu sahaja.

Kemudian, apabila PKR sudah menjadi satu organisasi sebesar ini, adalah tidak logik PKR mengharapkan taikun2 perniagaan. Adalah lebih beruntung taikun2 perniagaan memberi bantuan kewangan kepada BN. Mereka adalah golongan opportunitists. Berkepentingan.

Dari mana datangnya sumber kewangan Anwar-PKR?

1. Untuk meletakkan calon seluruh Malaysia.
2. Untuk logistik.
3. Untuk gaji jawatan2 pundek jambu Anwar.
4. Untuk kempen dan propaganda seluruh negara.

Gua tak pernah jumpa golongan muslim yang memberi zakat kepada PKR. Jarang sekali gua jumpa pengutip derma dalam majlis2 ceramah PKR. Gua tidak pernah jumpa koperasi PKR seperti koperasi Kohilal PAS yang terlingkup. Terlingkup bab lain, tapi bab bertungkus lumus mencari kaedah menjana kewangan. Gua tak pernah jumpa syarikat2 orang2 PKR yang berzakat kepada PKR seperti HPA. Gua tengok dari mata kasar, PKR releks jer.

TBM A dan TMB B saling bermusuhan.

TBM A dan TBM B memang dicipta untuk saling bermusuhan. TBM A dibantu British-US secara rasmi. Perlindungan ekonomi (tidak disekat), pinjaman, hubungan diplomatik, suaka politik dan sebagainya. TBM B dibantu British melalui lulit. Secara gelap.

Gua mendakwa, TMB B dibantu kewangan, hubungan diplomatik dan sebagainyanya melalui satu badan lulit bertaraf NGO atau seumpamanya seperti Foundation For the Future (FFF). TBM A mengetahui perkaitan tuannya dengan TBM B, begitu juga sebaliknya. Bezanya ialah secara rasmi dan satu lagi secara lulit. Tetapi mereka dibenarkan bersaing dan bermusuhan bagi merebut 'wakil tuan di Malaysia.'

Allah menjanjikan kehinaan apabila tidak meletakkan sesuatu itu mengikut meritnya.


Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Dalam perjuangan menegakkan sistem Allah di waktu ketiadaan satu kuasa besar Islam yang boleh melindungi gerakan Islam kecil-kecilan ini, ianya sesuatu yang sangat rumit dan hampir mustahil.

Sebab itu, dalam satu-satu bidang atau keahlian, Allah mewajibkan kita meletakkan mengikut merit. Baca kenyataan di atas.

Kebodohan PAS meletakkan orang bodoh sebagai pesaing kepada kemungkinan TMB B bukan lagi satu kerja bodoh. Tetapi satu kerja berbahaya. Apa yang terjadi atau berlaku kepada Anwar, mana2 wakil dari DAP ataupun PAS terutamanya tidak mampu memberikan pilihan alternatif.

"Jika Anwar ke penjara, kita tetap pilih Anwar."
"Jika Anwar digantung, kita tetap pilih Anwar."
"Jika Anwar lumpuh, kita tetap pilih Anwar."
"Jika Anwar mati, kita akan berpecah."
'Jika Anwar adalah TMB B, padan muka kita. Janji ulama tetap tidak letak jawatan."

Jika Anwar terbukti TMB B selepas TMB A tewas PRU13, dalam keadaan Husam atau Nizar adalah Presiden PAS, maka, British-US akan berdepan laluan sukar dalam menghimpunkan kepercayaan massa. Kita boleh fight habis-habisan bagi mengarahkan kepercayaan massa kepada alternatif. Terdapat check and balance di situ. Ingat, anda berjuang melalui wadah undi.

Tetapi, jika Hadi? Massa tidak peduli dah. Massa lebih mempercayai TBM B lantaran ketiadaan alternatif. Ini adalah satu situasi yang bahaya kepada gerakan Islam kecil-kecilan. Kebodohan PAS dalam meletakkan keahlian mengikut jenis amanah boleh didakwa di mahkamah Allah nanti, seandainya memudaratkan kita semua sebagai muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

"Barang siapa melantik seorang untuk mengetuai suatu kumpulan sedangkan ada seorang lain yang lebih berhak dan layak daripada nya di sisi Allah taala(mempunyai sifat-sifat yang diredhai Allah)sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah dan Rasulnya serta orang-orang mukmin seluruhnya."

Setiap kesukaran, ada kemudahan.

Allah berikan kita jalan atau peluang dalam satu-satu kerumitan.

Janji Allah swt. yang diulang-ulang di dalam surat al-inshirah(94) ayat 5 dan 6 allah berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” 

Cumanya, kita perlu mengetahui kemudahan itu, dan rebutlah jalan peluang itu. Jika ijtihad pukimak ulama Melayu salah dalam hal memberikan saingan kepada Anwar, walaupun mereka claim ijtihad silap tetap ada peruntukan 1 pahala, gua tetap menyeru kepada semua muslim yang mengalami mudarat dari hal itu, untuk mendakwa ulama2 pukimak Melayu ini di mahkamah Allah.

Kemudahan 1.

Kini, mari kita bincangkan mengenai peluang atau kemudahan 1.

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang. 

Karpal (kiri), ketika berucap dalam sesi penggulungan di konvensyen kedua Pakatan, berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Gua menuntut, PAS memanggil satu perbincangan mengenai Negara Islam yang berasingan dari Konvensyen BR. Ianya dibuat secara tertutup oleh pemimpin-pemimpin utama komponen BR. Sebagai jalan kemudahan dan jalan permulaan PAS mungkin boleh menuntut begini :

(bersambung...)

Comments

  1. nampak nya bro.SFH
    dah berjaya mtarbiyah AT
    dgn hujah quran dan hadis.^_^


    bg wa
    PAS perlu melihat dan
    belajo mcm ne gerakan islam yg PAS iktiraf leh bungkus selepas menang guna pakai demokrasi ni..
    adakah sebab iman & taqwa diaorg tak kuat lg? yg ni bro.SFH leh survey kot. ^_^

    mau tak mau
    PAS kene prepare jauh ke hadapan
    dgn startegi2 liciknya.


    coz PAS bukan bhadapan musuh dari dlm aje.
    tp diluar pon dah siap sedia menanti.

    tgk je PAS menang Tgganu,
    royalti dinafikan.
    tu cume dalaman je.
    belum diluar lg tu.


    setakat minta rakyat bersabo dan tabah wa tak rasa diaorg punye iman & taqwa mcm keyakinan bro.SFH kita.

    utk memantapkan iman & taqwa 27juta rakyat msia mcm keyakinan bro.SFH disaat tiada kuasa boleh dinilaikan dgn
    50thn PAS takada kuasa.

    klu dpt 2/3 dari rakyat msia keyakinan mcm bro.SFH
    wa memilih HAdi as presd PAS
    dan PM msia seumur hidup.

    dgn kekuatan iman & taqwa dari 2/3 rakyat msia,
    wa merasakan rakyat msia mampu mhadapi ancaman luar dan dlm.

    tp klu waktu sekarang,
    lu org leh nilaikan sendiri.
    kene jentik skit dgn US
    rasa abis 1Msia mengamuk,
    pastu PAS kene guling..

    ReplyDelete
  2. lu punya komen mengarut ke mana ni??

    baik lu refer buku terjemahan karangan dr fathi Yakan..
    bertajuk.. apa makna saya memeluk ISLAM..

    di dalamnya ada satu tajuk..

    1. Saya mesti Yakin masa depan saya dengan ISLAM..
    fahamkan huraiannya..


    lu punya huraian kat atas tu..
    semua takut itu ini yang juga makhluk ALLAH..

    dalam ISLAM.. ALLAH Suruh berjuang..
    Menang.. ALLAH bagi sama ada di DUnia dan AKhirat!!

    ALLAH suruh berjuang.. Rasul Suruh berjuang..
    Ada ALLAH suruh bilang.. kita mesti ulas pasal kemenangan???

    kalu wat camni menang..
    kalu wat camtu menang..

    huhuhu..
    kalu lu benci ulama..
    jangan benci ilmu ulama..

    sebaliknya lu belajar nak jadi Ulama..

    kalu lu benci ulama kemudian tak nak jadi ulama.. huhu.. takde pekdah bro..

    ReplyDelete
  3. bro.SFH
    lu komen kat wa ke ?
    or pd AT ni..
    wa lak jadi confuse...^_^

    cume wa nak komen 1 je.

    lu iman tahap gaban Z
    lain dari majoriti org iman ala biskut chipmore.
    lu dari golongan cikit bro.

    jadi iman jgn baca surah pjg coz org dibelakang lu tu mcm2 ada..
    klu ikut nabi 50waktu solat tiada hal... tp org2 lepas tu mcm2 ada.

    ReplyDelete
  4. erm..
    PAS datang untuk menjaga Iman dan Aqidah MUSLIM..
    sebab itu perjuangan dakwah ini distrategikkan dengan penglibatan dalam politik ..

    dalam Politik ISLAM..
    akhlak kena jaga,
    adab kena jaga..

    Walaupun berhadapan dengan ulama UMNO..
    perkataan keji2 hendaklah dielakkan..
    sebab itu kita lantik Ulama jadi pemimpin..
    kerana mereka memimpin dengan akhlak. aqidah dan adab..

    cuba tengok profesional berpolitik..
    kadang2 menjauhkan orang melayu dari dakwah..

    contoh2..
    Kita kata, selagi dalam mahkamah tak bleh tuduh..
    tapi ada kalangan profesional kita telah menggelarkan ulama UMNO dan pemimpin UMNO daripada disiplin akhlak kita harus amalkan..

    contoh
    1. gelar harussani jadi haramsani-- UMNO jadikan modal kita tak hormat ulama

    2. gelar Najib.. dengan Najibtuya-- UMNO tuduh kita tak ikut mahkamah..


    kita bukan tuduh peribadi .. tapi kita kata, di sana ada konspirasi..
    cukup dengan itu,.. tak perlu bawa gelaran2 yang boleh dieksploitasi..

    SO.. di sini.. kita lihat bagaimana profesional mahu memimpin parti ISLAM??

    ReplyDelete
  5. tuduhan AT konon Ulama melayu tak peduli peranangan Yahudi dan nasara serta konspirasi semasa british/amerika/singapore/china adalah tidak betul...

    AT ni macam katak bawah tempurung..
    Dia ingat dia sorang je pikir cam tu??

    Habis tu kenapa PAS hantar wakil dalam persidangan gerakaan2 ISLAM sedunia??

    ini adalah untuk mengimbangi ujian dan kekuatas semasa pejuang harakah ISlamiyah!!
    Kenapa PAS sertai Ijmak Ulama Sedunia??
    Ini untuk Mengumpulkan kekuatan suara ISLAM bila PAS dapat kuasa dan dapat pengiktirafan dari negara2 ISLAM..

    PAS telah mengkaji peranan2 munafik2 daripada dahulu lagi..
    sedar akan peranan snouck hugrouje di indonesia..
    sedar peranan nama2 Melayu yang menjadi orientalis bagi pihak barat..

    sebab itu.. perweakilan meletak Ulama sebagai Pimpinan..
    sebab mereka sedar, Ulama sudah sedar perkara ini dari awal lagi..

    ulasan lu betul..
    Tapi kalau claim hanya lu tau..
    Ulama melayu PAS tak tau..
    perghh.. itu sombong..

    kemudian lu kata p***k ulama lagi..
    agak2 laa bro..

    cuba lihat surat attakasur!!
    bagaimana ALLAH mencela orang yang bermegah-megah!!

    ReplyDelete
  6. <<<....SO.. di sini.. kita lihat bagaimana profesional mahu memimpin parti ISLAM??...>>>

    bab gelar mgelar ni bro,
    lu g check blk golongan yg dikata golongan agama..
    jgn main sapu je ke semua golongan profesional...
    mcm golongan lain tak buat kerja gelar mengelar ni.


    bg wa,
    bab akidah ni
    bukan sorg PAS je jaga..
    ngo2 islam pon bergerak utk mperjuangan akidah MUSLIM.

    ReplyDelete
  7. ape plak menggelar??
    wa klasifikasikan ikut pengetahuan..
    siapa yang rasa profesional.. duduk profesional..
    mcm wa.. wa engineer.. takkan wa nak ngaku Ulama??


    yang menggelar-gelar ni..
    AT je..
    claim"
    ULAMA melayu.. bawa moto sesat.. Kempimpinan ulama""

    jaga Aqidah.. semua kena jaga..
    Tapi PAS tak bleh tinggal perjuangan Aqidah..

    bab2 jemaah lain..
    itu cerita lain..
    Umat ISLAM wajib memilih untuk wala pada satu Jemaah ISLAM..
    yang ni nak kene pakai ilmu..
    explanation tahap tinggi..
    kalu expmain kat sini..
    jadi fitnah..

    Sebab tu..

    Wa syorkan.. kita semua kembali kepada Quran dan Sunnah..
    banyak lagi baca buku..
    buku setakat duk fikir tanpa sandaran..

    Lu nak ISLAMIC STATE..
    Lu kenalah berjuang dapatkan ilmu macam mana nak islamic state..
    kalu lu rasa pendapat lu je.. pastu tak nak tambah ilmu.. bahaya tu bro..

    ReplyDelete
  8. <<<....."Umat ISLAM wajib memilih untuk wala pada satu Jemaah ISLAM.....">>>

    kira mcm wala 1 mazhab ke bro? ^_^


    lu kasi je pandangan lu.bro
    wa nk tgk tinggi mana explanation tahap tinggi lu tu...
    pasai wala 1 jemaah ni.


    <<< " ape plak menggelar?? ">>

    lu nie..
    tadi lu ckp bede ni kan..


    <<< " contoh
    1. gelar harussani jadi haramsani-- UMNO jadikan modal kita tak hormat ulama

    2. gelar Najib.. dengan Najibtuya-- UMNO tuduh kita tak ikut mahkamah.. >>>

    tu pe? bukan gelar mengelar.. ke?


    pasai SESAT sologan kepimpinan ulamak, kita tunggu aje AT bukak kedai.


    bro.SFH
    wa tak rasa pendapat wa je betul,
    AT pon tak rasa mcm tu,
    coz kita bukan maksum
    cume kita memberi pdpt je
    dgn hujah2 bdasarkan ilmu yg kita ada.


    utk kembali pd quran dan sunnah dlm system bernegara kene menang,
    utk menang perlu sokongan masyarakat Msia. utk dpt sokongan masyarakat msia perlu pemimpinan yg punye ciri2 yg sesuai dgn suasana dan tuntutan masa yg diyakini oleh masyarakat msia. maka dgn itu,
    HADi dikambeng itamkan demi utk PAS menang dlm misi mencilok agamaNYA dlm system bernegara. ^_^

    ReplyDelete
  9. haha..
    bab gelar.. tu.. wa salah faham..
    wa ingat lu tuduh wa gelar2 profesional-ulama.. hehe
    tapi kalu lu kata geng ulama buat..
    tunjukkan sape..
    hehe.. baru tahu hitam putih..

    lu nak sangat tukar Presiden..
    --------------------

    mazhab dengan jemaah lain..
    lu kena mengaji lagi..

    kena bersatu bawah jemaah yang berpandukan Quran dan Sunnah..
    perbezaan mazhab bukan perbezaan Aqidah.. hanya pada perbezaan feqah..

    sebab itu.. contoh gerakan ISLAM lain seperti ikhwan muslimin..
    ada yang bermazhaf khalaf dan ada yang bermazhab salaf..

    jemaah yang satu itu ialah jemaah yang berjuang untuk mendaulatkan ISLAM...
    seperti cara ketika Salahuddin al-Ayyubi memerintah mesir pada suatu ketika dahulu..

    Salahuddin al-ayyubi pada masa itu bepergang pada aliran al-maturudiah tetapi berjaya menyatukan semua mazhab pada aqidah yang satu untuk melawan tentera kuffar salib..
    mazhab besar di mesir pada ketika itu ialah Syiah fatimiah.. tetapi dengan kebijaksanaan siasah syarieh Salahuddin al-ayyubi maka pertelingkahan Mazhab dapat dinyahkan dan ditumpukan pada menguatkan jemaat melawan musuh ISLAM..

    sebab tu jangan kita lupa sejarah dalam Membawa perjuangan ISLAM..

    ------------

    ReplyDelete
  10. """utk kembali pd quran dan sunnah dlm system bernegara kene MENANG,
    utk MENANG perlu sokongan masyarakat Msia. utk dpt sokongan masyarakat msia perlu pemimpinan yg punye ciri2 yg sesuai dgn suasana dan tuntutan masa yg diyakini oleh masyarakat msia. maka dgn itu,
    HADi dikambeng itamkan demi utk PAS menang dlm misi mencilok agamaNYA dlm system bernegara. ^_^"""

    itu silap pemahaman Lu dalam perjuangan ISLAM..
    PAS ikut AL-Quran dan Sunnah..

    Setiap perjuangan memang mahu Menang..
    Tapi metelakkan Menang sebagai syarat perjuangan ISLAM.. ini silap..
    -----------------------------

    Bila Kita letak Menang sebagai target..
    bukan Kerana Suruhan ALLAH untuk Berjuang..

    maka di saat itulah kita mula merancang hanya mencapai kemenangan.. maka terungkailah beberapa prinsip asas2 ISLAM..

    Perjuangan ISLAM..
    1. berjuang kerana mewarisi perjuangan Nabi SAW
    2. Menyebarkan kalimah Tauhid.
    3. berpegang pada Dalil Quran dan Sunnah serta pandangan yang disandarkan pada kedua-duanya
    4. ALLAH suruh berjuang.. urusan Menang kalah, urusan ALLAH dengan izin ALLAH sama ada menang ISLAM atau kalah..

    sebab tu.. lu komen macam mana pun..
    PAS tak akan berubah dengan pandangan begini..
    kerana samar sekali seruannya berbanding hujah Quran dan Sunnah..

    lu mengambil asbab menang dulu..
    tetapi ISLAM meletakkan perjuangan ialah kerana tauhid..

    lu lihat kelemahan TGHA dan membanding2 dengan pimpinan lain..

    lu menyamakan kepimpinan ULAMA dalam PAS perlu ikut demokrasi semasa..
    persepsi semasa.. padahal persepsi semasa dah berubah.. dan keadaan semasa dah berubah..

    1. adakah lu tau realiti semasa DHPP?
    2. Adakah lu faham realiti semasa politik tempatan?

    kalu ambik satu juzuk daripada semua.. memang laa ada kelemahan..

    wa komen kat sini sebab memberi pandangan dari sudut perjuangan ISLAM..
    tetapi kalu lu hanya berjuanga untuk tukar Presiden atas sebab persepsi..
    macam tu laa jer laaa...

    wa boleh terima TGHA ditukar..
    tapi wa tak boleh terima ditukar atas sebab persepsi yang tidak disandar pada Quran dan Hadis..

    tukarlah prsiden kalau ijma' ulama kata patut tukar..

    tapi geng lu plak kutuk ulama dengan menggila.. sesuatu yang tak masuk akal bagi yang Mahu ISLAMIC State..

    lu hanya iktiraf ulama pada ilmu lu..
    tapi lu sape?? ini persoalannya..

    drpd Hujah lu orang..
    lu hanya nampak wa defend TGHA.. hehe..

    dalam kebijaksanaan AT..
    hanya nampak wa defend TGHA.. wakaka..
    wa pertahankan intitusi Ulama yang menjadi tulang belakang PAS..
    wa bukan ulama pun. wa jurutera kampung..
    bukan tahap juruteknik genius macam AT..

    ReplyDelete
  11. <<< " Setiap perjuangan memang mahu Menang..
    Tapi metelakkan Menang sebagai syarat perjuangan ISLAM.. ini silap.."">>>

    wa tak letak pon syarat menang sebagai perjuangan ISLAM.

    wa kata

    ""utk kembali pd quran dan sunnah dlm system bernegara kene MENANG""

    klu kalah aje mcm sekarang
    lu tgk lah sendiri
    apa jadi Msia.

    utk kembali pd quran dan sunnah dlm system bernegara kene MENANG...
    MENANG dan MENANG...


    <<<<" mazhab dengan jemaah lain..
    lu kena mengaji lagi.."">>>

    wa pon tak kata sama..
    cume wa kata
    ""kira mcm wala 1 mazhab ke bro?""
    maksudnya..
    kira klu itot mazhab syafie tak leh ikut mazhab lain...
    klu ikut PAS tak leh join JIM..
    tak leh join ABIM...
    leh paham?


    <<< "
    tetapi kalu lu hanya berjuanga untuk tukar Presiden atas sebab persepsi..
    macam tu laa jer laaa... ">>

    tu cume prespesi lu je bro.

    lu tgk tajuk AT.
    "Tukar Hadi untuk strategi politik Islam."
    maksudnya...
    tukar Hadi utk menangkan PAS.
    dgn kemenangan PAS
    leh mcilok agamaNYA dlm system bernegara.

    lihat je strategi bakor kapal perang bro..
    kira strategi tukar HADi kira kecik lg lah tu... klu AT ckp Tukar PAS pd AKP utk strategi politik ISLAM mcm ne?^_^

    <<< "lu lihat kelemahan TGHA dan membanding2 dengan pimpinan lain ">>

    wa melihat tuntutan dan suasana realiti masyarakat Misa yg ada.

    mana mungkin pemimpin tiada punye kelemahan bro..
    tp bukan tu yg wa lihat,
    wa melihat
    suasana semasa yg ada dlm masyarakat
    yg leh wa ketengahkan individu dlm PAS utk meningkatkan keyakinan mereka pd PAS.
    tujuan wa 1 je,
    dgn individu tersebut jadi presd,
    masyarakat Msia lebih mudah utk bersama dgn ciri org no.1 PAS diyakini oleh mereka. Dengan tu,PAS leh monang, dlm misi mencilok agamaNYA dlm system bernegara,

    bg wa,
    wa sanggup korbankan HADi
    demi PAS dimenangkan
    dlm misi mencilok agamaNYA dlm system bernegara.

    bukan setakat HAdi, aje
    klu suasana semasa perlu korbankan Nizar, Husam wa akan korbankan demi utk PAS menang dlm misi mencilok agamaNYA dlm system bernegara.

    lu tgk je,
    nik aziz korbankan menantu CEO nya.
    demi apa nik aziz korbankan menantu CEO dia....
    sobab menantu dia iman dan taqwa kureng ke?


    mcm wa kata kan,
    lu try survey Hadi vs Nizar dlm kontek PAS dan Rakyat Msia...

    sapa pilihan mereka...??

    lu try survey Najib vs Hadi
    dan Najib vs Nizar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.