Skip to main content

Bacaan Berat : Perbincangan Negara Islam antara komponen Barisan Rakyat.

Oleh : AdukaTaruna

Anda tidak akan menjumpai perbincangan ini dengan mana-mana ulama Melayu.

Tugas sebenar penubuhan CIA lebih kepada mengawasi Russia. Tugas sebenar penubuhan KGB lebih kepada mengawasi USA. Tetapi, kini, selepas berakhirnya era USSR, CIA, Mossad, M16 dan KGB sendiri mempunyai tugas baru. Yakni mengawasi kebangkitan Islam.

Bezanya KGB ialah, penentangannya terhadap kebangkitan Islam hanya melibatkan wilayah mereka, atau kawasan2 yang mereka dakwa itu adalah wilayah mereka. Kebangkitan Islam di Iran mendapat kerjasama penuh KGB. Dalam politik, musuh kepada musuh, adalah kawan.

Teknik boneka atau munafik.

Teknik boneka atau munafik adalah strategi British yang paling berkesan. USA adalah negara yang lahir dari kaum pendatang British. Berbahasa dan berbangsa Inggeris yang kini jauh lebih hebat dari British sendiri. Genetik Inggeris yang berhijrah / dinamik dan 'mutan' dengan keadaan kesukaran atau cabaran.

Jika disoroti rekod, kejayaan British (British-British atau British-USA) terus 'menjajah' negara 'bekas jajahannya' ialah dengan mengelakkan pertempuran berdepan, sebaliknya meletakkan boneka atau munafik.

Di Nusantara, terdapat 2 penjajah yang bersaing. Yakni Belanda dan British. Bagi mengelakkan pertempuran berdepan yang merugikan, perjanjian di buat. Belanda menguasai Indonesia dan British menguasai Malaysia.

Kekalahan Belanda kepada rakyat Indonesia bukan kerana kehebatan rakyat Indonesia. Tetapi teknik yang tidak berkesan seperti British. Belanda tidak mewujudkan boneka atau munafik. Mereka menjajah secara berdepan.

British pula menjajah dengan boneka. Menguasai Sultan Melayu di mana orang Melayu jika menentang British terpaksa menentang Sultan Melayu. Mewujudkan UMNO, di mana jika Melayu mahu menentang British, terpaksa berperang sesama saudara.

Rekod dan sejarahnya, mana-mana kawasan jajahan British, akan mewujudkan teknik boneka atau munafik. Afghanistan dijajah dengan boneka. Iraq dijajah dengan boneka. Kuwait 'diselamatkan' dari Saddam melalui boneka. Jika rakyat bangkit, British tidak bertempur secara berdepan. Rakyat terpaksa bertempur sesama sendiri. Keadaan amat sukar. Lebih rumit.

Mana-mana rakyat yang bangkit bertempur menentang penjajahan British akan melibatkan peperangan saudara dan berakhir dengan pecahan negara. Ada Korea Utara, ada Korea Selatan. Jika Vietnam tanpoa bantuan Russia kalah, akan ada Vietnam Utara dan Selatan.

Kesimpulannya di sini, teknik boneka atau munafik oleh pakar strategi British sangat berkesan dalam satu-satu penjajahan. Mengekalkan penjajahan mereka mungkin selamanya dan mengelakkan kerugian nyawa dan harta mereka.

Teknik boneka dan munafik di Malaysia.

Sekarang pihak yang menang ialah United Malay National Organization. Mereka telah mengiktiraf warga pekerja asing ketika itu sebagai warganegara dan mempunyai hak untuk mengundi kertas. Mereka juga telah menyerahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew. Air kepada Lee Kuan Yew. Pulau Batu Putih kepada Lee Kuan Yew. GLC strategik kerajaan kepada Lee Kuan Yew. Tanjung Pagar kepada Lee Kuan Yew.

Itu hakikat pahit yang terksa generasi sekarang telan akibat teknik boneka atau munafi, yang gua singkatkan kepada TBM. Ketika Belanda sudah lama tewas, British terus menjajah Malaysia dengan teknik ini.

Setiap benda ada tarikh luput.

Falsafahnya, semuanya fana. TBM UMNO juga akan luput. Dan British sangat mengetahui akan hakikat itu. Apa jalannya?

1. Rebranding semula.

Tidakkah anda semua hairan mengapa dalam UMNO, satu spesis manusia berbaka jakun boleh 'professional' bertukar kepala sebaik sahaja mereka tewas? Rebranding semula.

Ketika UMNO merudum, Mahathir boleh meletak jawatan dan menyerahkan kepada Paklah. UMNO dibranding. Sepatutnya, teorinya, Mahathir akan terus mencengkam. Seperti Samy Vellu. Mana ada spesis jakun yang berada di puncak kuasa boleh berundur secara 'professional' seperti genetik hebat? Perlu disebut, Mahathir bergenetik jauh lebih belit. Mahathir bukan Melayu.

Ketika UMNO merudum, Paklah boleh meletak jawatan, dan menyerahkan kepada Najib. Siapakah tangan-tangan ghaib yang mengarahkan ini semua? Paklah adalah bangsa Melayu UMNO. Disokong oleh pemuda ganas Khairy. Boleh 'rela' meletak jawatan, dan menyerahkan kepada Najib.

PAS yang diwakili ulama Hadi Awang ketika tewas 2004 pun tidak letak jawatan bagi rebranding, mengapa UMNO yang dihuni puak2 jakun boleh melakukan perkara yang sebegitu professional?

Pelik, bukan? Mustahil dicungkil ulama Melayu, bukan? Siapakah yang mengarahkan UMNO? UMNO duduk di bawah siapa?

2. TBM B.

Seandainya teknik rebranding gagal, gua ramal, British akan menggunakan TBM B. Teknik Boneka dan Munafik ke-2. Musnahkan TBM A, halakan kepercayaan massa kepada TBM B. Kasta ulama atau Melayu tidak penting. Yang penting ialah kekuasaan British mengawal dunia.

Pada gua, TBM B sudah lama dibina. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setuju lah. Tapi gua tetap catat supaya dirujuk orang masa depan.

(bersambung...)

Comments

  1. HADi gak dikambeng itam oleh lu yeaa.^_^

    sammy pon letak jawatan bro?
    lepas letak jawatan najib bg jawatan khas kat mamat tu...
    lu org ingat saja2 ke?
    pikir2kan yeaaa...

    ReplyDelete
  2. kalau dulu pakar strategi barat guna penjajahan tanah dan ketua2 untuk teknik TBM mcm lu cite.

    tapi utk zaman skrg,untuk kekalkan kuasa mengawal dunia,strategi dajal ni gua claim melalui penjajahan ekonomi.dgn itu,kalau ada kebangkitan2 dari negara yg baru ada kesedaran nak bangkit,diorang tak boleh nak buat apa untuk jangka masa pjg.

    urus ekonomi sume pakai US Dollar.negara diorang pulak senang2 cetak duit.macam malaysia,senang2 diorang boleh beli semua aset negara dan buat negara kita bangkrap lebih teruk dari zimbabwe.tak perlu perang,hantar askar,dsb.diorang boleh down kan negara2 tertentu melalui ekonomi.

    sbb tu mahathir beria2 suh negara2 islam ni pakat guna dinar emas utk lwn USD.takde sape boleh buat emas mcm senangnya US nak cetak duit.nak emas kena gali,dan dalam masa beberapa tahun,stok emas dunia akan habis.US pun skrg ni takut dgn China dan India sbb diorang tgh beli,kumpul emas byk2 utk stok reserve akan dtg.harga emas tidak pernah turun mengikut rekod dan sejarah berbanding USD.

    (gua tak nak sambung...)

    ReplyDelete
  3. ulama PAS dah lama faham sangat campur luar tangan lain..

    1. Ulama PAS sudah mengkaji dari sejak penjajahan portugis lagi..
    2. Bagaimana putera Henry the sailorman mengatur penorakaan ke India?
    3. bagaimana peranan Vatican City (rom) mendamaikan perang portugis/sepanyol supaya mereka menumpukan penrokaan ke timur..
    4. Bagaimana Melaka yang ditawan dahulu daripada India?
    5 Kenapa kalakut India hanya persinggahan penerokaan portugis.. dan menumpu untuk menawan kepulauan Melayu??
    6. Bagaimana kesan perjanjian belanda 1824?
    7. Bagaimana kesan perjanjian Bangkok?
    8 Bagaimana perjanjian sepanyol/amerika yang membahagikan kepulauan Luzon dan mindanaoo?
    9. Apa peranan syarikat dagang ISLAM yang diasasskan ulama??
    10 peranan ABdullah Munsyi pader yang ditonjolkan oleh british?
    11. kenapa British mengharamkan Hizbul Muslimin yang pada muktamar pertama dapat mengumpulkan 2500 dari seluruh negara di Gununng semanggol.. kemudian 3 bulan lepas itu hizbul muslimin diharamkan??

    ReplyDelete
  4. daripada Dulu.. perjuangan musuh ISLAM cuba menutup peranan Ulama yang cuba menyatukan umat dalam satu aqidah ISLAM..

    1. Siapa dia snouck hughrounje??
    2. Siapa dia abdullah musnyi?
    3. bagaimana Portugis meruntuhkan Masjid Melaka dan mendirikan atasnya Gereja St Xavier yang sekarang masih megah di Melaka??
    4. Bagaimana Musuh ISLAM menghentam Dunia ISLAM..

    kemudian di zaman kita..

    wa terfikir lagi..

    1. kenapa ada yang menyerang institusi Ulama? ada orang kat belakang ke?
    2. Kenapa Berjuang tidak menonjolkan Aqidah tetapi lebih kepada melihat persepsi??

    Ulama PAS sudah mengkaji itu semua..
    sebab itu menyeru kembali kepada Quran walau keadaan camana pun..
    jangan terlalu ikut akal.. kerana akal tidak dapat menandingi Quran dan Mukjizat nabi saw..

    rebranding??? hehe..
    ini adalah antara usaha-usaha menyamakan dengan gerakan bukan ISLAM..

    gerakan ISLAM memang suka rebranding..

    dulu.. semasa melaka ditawan.

    kristinasasi gagal menyeluruh secara katholik..
    kemudian Golongan prtoestan datang (british/belanda).. mereka menggunakan sekolah2 missonaries untuk menyebarkan fahaman mereka..
    maka lahirlah golongan sekular dari kalangan muslimin..

    BRAND ISLAM hanya Quran dan Hadis..
    selagi Pimipinan Mematuhi Quran dan Hadis.. selagi itu harus berpegang dan wala/tsiqah..

    ini selari dengan firman ALLAH..

    ""taatilah ALLAH, rasul dan ulul amri di kalangan kamu, jika kamu berselisih, kembalilah kepada ALLAH dan Rasulnya (quran/hadis)""

    ReplyDelete
  5. Jika TGHA letak jawatan ataupun direhatkan..
    jawatan utama PAS tetap dipegang oleh golongan Ulama yang faham akan feqh, siasah dan sejarah..

    Presiden dan Musrsyidul Am tetap dipikul ulama yang sering bekerjasama..

    Kerana pemangkin Ilmu untuk kebankitan ISLAM ialah Ulama..

    maka walaupun terdapat semacam perbezaan antara TGNA dan TGHA..
    mereka berdua saling melengkapi..

    orang luar takkan tahu bagaimana dua tok guru ini menjaga PAS..
    nampak jauh tapi dekat..

    Kalau orang yang paling berhak membuang TGHA daripada kerusi presiden ialah TGNA..

    mastermind bukan mustapha ali..
    buah fikiran bukan dari penasihat..

    tetapi.. kepimpinan Ulama ini telah berjaya membentuk Ulama yang mampu memimpin secara syura, kelompok dan individu..!!

    ikut sejarah pemilihan PAS..

    meh bagi cerita sket.. siapa di belakang tabir yang cuba merosakkan PAS..

    wa bagi persoalan..

    1. Siapa yang beria kempenkan semasa allahyarham hassan Syukri masih memegang timbalan prsiden?
    2. Siapa pula yang beria membunuh persepsi terhadap ustaz nasha ketika pemilihan terbaru?
    3. Sumber yang sama atau team yang sama atau team yang berlainan?
    4. Kenapa Hanya tumpukan kekalahan di terengganu dengan hanya meletak kesalahan hanya Pada PAS?? faktor lain tak menonjol atau cuba merosakkan kepimpinan pusat supaya berlaku blokc2 dalam kepimpinan?
    5. Semasa kekalahan 2004.. adakah Terengganu sahaja merasai kemerosotan atau seluruh negara?


    persoalan2 ini dapat merungkai keikhlasan yang mahu melihat perubahan dalam PAS!!

    ReplyDelete
  6. << "wa terfikir lagi..

    1. kenapa ada yang menyerang institusi Ulama? ada orang kat belakang ke?
    2. Kenapa Berjuang tidak menonjolkan Aqidah tetapi lebih kepada melihat persepsi??" >>


    wa rasa perspesi lu kot bro. ^,^

    cume persoalannya,
    1. adakah terdapat golongan mkritik Hadi mahu pon pimpinan yg tergolong yg dikatakan ulamak dikata menyerang institusi ulamak?
    ni perlu diperjelaskan


    2. PAS bjuang akidah kan? adakah tidak ditonjolkan seperti mana lu kata akan terbatal pjuangan akidahnya? adakah menilai perspesi akan terbatal pjuangan akidah PAS?
    adakah melihat perspesi rakyat msia dlm hal hudud maka PAS leburkan hudud?
    klu leh lu kasi contoh bro.

    ReplyDelete
  7. hehehe..

    siapa kata moto kepimpinan ulama sesat!!

    dalam blog ini ada rakam bro.. hehe..

    bro..
    sapa kata menilai persepsi terbatal aqidah??

    wa kata melebihkan persepsi daripada Dalil quran dan Sunnah Boleh membawa kesesatan kerana.. meletakkan Aqal lebih dari Quran dan hadis..

    persepsi ialah padangan Manusia..

    Kalau letak persepsi LEBIH dari Quran/hadis.. boleh bawa sesat..

    Kalu jadikan PERSEPSI Hujah Utama dari Quran?hadis.. boleh membawa sesat...

    wa tak kata persepsi sesat..

    persepsi pun PERLU asalkan diselaraskan dengan Quran dan Hadis??

    ataupun.. apakah ada perkara kat Dunia ini terlepas dari Dalil2 ALLAH dan rasul??

    dunia Ini ALLAH cipta..
    Quran ALLAH turunkan sebagai pentujuk..
    Rasulullah diutuskan sebagai Penerang..

    maka adakah masih sudut kekurangan hujah dari aspek Quran dan Hadis???

    sampai melebihkan persepsi dari segala-galanya..??

    ReplyDelete
  8. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete
  9. tak payah baca sejarah Dunia untuk mengetahui pergerakan penentang ISLAM..
    kerana Al-Quran telah menerangkan dalam surah Al-Baqarah..

    "" sesekali yahudi dan nasaro itu tidak akan meredhai kamu sehingga kamu mengikut jalan Mereka...'''

    tapi sejarah dikaji dan dihidang kepada khalayak sebagai bukti tambahan Ilmiah..

    sebab itu Ulama diletak sebagai pimpinan.. sebab mereka arif tentang Al-Quran dan hadis dan perancangan puak2 Kuffar dan Munafiq..

    dan Sejarah Menunjukkan.. semua perjuangan ISLAM dipimpin Oleh ULAMA!!
    pejuang kemerdekaan indonesia..
    Pejuang Kemerdekaan india..
    pejuang kemerdekaan Mindanao.
    pejuang membebaskan afghanistan dari Russia..
    tok janggut..
    tok Bahaman..
    Abdul rahman limbong..
    Tok Ku paloh..
    Tok Kenali..

    semuanya Ulama yang berpegang kepada Quran dan Sunnah menjadi Pemimpin..

    ReplyDelete
  10. Namun akhir2 ini.. terdapat golongan yang cuba merungkai perjuangan Aqidah ini supaya melihat dan memandang dari sudut pandangan Manusia..
    Cuba meliberalkan pegangan Quran dan hadis kepada disesuaikan dengan kaedah Undi dan demokrasi..

    Alasan Utama.. dalam demokrasi... persepsi pengundi perlu diutamakan..
    Maka Perkataan ISLAM harus disadur dengan sesuatu yang lain..
    Maka perkataan ISLAM harus disamarkan dengan sesuatu yang lain..
    Perkataan ISLAM harus disadur dengan Kebajikan dan keadilan sejagat..

    Sedar atau tidak..
    Golongan Sosialis juga perjuangkan kesamarataan dan kebajikan rakyat..

    ISLAM perjuangkan benda yang sama namun Di atas kesamarataan dan kebajikan rakyat.. yang lebih utama ialah Arahan ALLAH ditunaikan!!

    Jadi.. apakah yang membezakan Sosialis dengan ISLAM yang diperjuangkan PAS..

    SEKIRANYA kita beriman dan Muslim..
    Kita seharusnya ingat hadis ini""

    ""ISLAM ITU TINGGI, TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA""

    maka mengapa harus ISLAM disadurkan???
    apakah mengambil contoh ISLAM HADHARI??

    padahal PAS dalam pakatan hanya MELEKAT pada kaedah Tahaluf Siyasi yang Ketat!!

    ReplyDelete
  11. << "siapa kata moto kepimpinan ulama sesat!! " >>


    yg ni kasi AT jawab.^_^



    << "Kalau letak persepsi LEBIH dari Quran/hadis.. boleh bawa sesat..

    Kalu jadikan PERSEPSI Hujah Utama dari Quran?hadis.. boleh membawa sesat...">>


    so dari perspesi lu,
    dimanakah ayat2 atau hujah yg dikatakan meletakan perspsei lebih utama atau lebih tinggi dari quran dan hadis.

    adakah hujah menukar HAdi dari jawatan berlakunya perspesi lebih tinggi dari Quran dan hadis?


    <<< maka adakah masih sudut kekurangan hujah dari aspek Quran dan Hadis???

    sampai melebihkan persepsi dari segala-galanya..??" >>>


    wa nak tahu 1 je,
    adakah pandangan2 utk menukar HADi dari jawatan presd adalah melanggar quran dan hadis dan melebihkan perspesi.?



    <<<" Namun akhir2 ini.. terdapat golongan yang cuba merungkai perjuangan Aqidah ini supaya melihat dan memandang dari sudut pandangan Manusia..
    Cuba meliberalkan pegangan Quran dan hadis kepada disesuaikan dengan kaedah Undi dan demokrasi..">>>


    merungkai??
    maksud lu..
    menukar solongan negara islam ke negara berkebajikan merungkai ke tak?
    menukar hadi ke org lain?
    merungkai ke tak?
    adakah ni unsur2 yg merungkai pjuangan akidah yg lu maksudkan.

    ReplyDelete
  12. komen sebelum ni dah ada jawapannya.. maa

    wa bagi contoh lagi..


    1.solat sunat dua rakaat boleh dilakukan bila2 masa..

    2. Maka menukar presiden boleh ditukar bila-bila masa..

    solat sunat jadi berdosa bila solat di waktu yang diharamkan..

    tukar presiden Dikala ulama lain majoriti melantik .. lu fikirlaa sendiri..


    lu orang duduk dalam demokrasi..
    tapi bila dah ramai ustaz pilih TGHA jadi presiden..
    lu orang tak nak ikut demokrasi..
    last resort.. campaign ikut pintu belakang dengan pelbagai slogan dan tuduhan...

    lu nak tukar.. tukarlaa..
    tukar semasa muktamar..
    campaign dengan tuduhan menipu laa..
    boroi laa..
    ketua poligami laa..

    Ini apa barang?? hehe..
    ikut disiplin demokrasi pelrkantikan ke??

    kalau demokrasi ala sekular boleh laa cam ni..
    demokrasi islam.. ada mengikut hukum2 tertentu..

    ReplyDelete
  13. bro.SFH

    UMNO dipilih ikut demokrasi gak,
    kita semua bising..
    wa bising lu pon bising.
    awat tak bising masa waktu PRU je.
    ok ke hujah tu?
    atau utk lu
    x leh pakai
    sebab ia UMNO?

    bg wa bro.
    hak perwakilan
    utk pilih...
    sapa yg mereka mau kan.
    hak org luar nie..
    bebas nak kritik sapa2 pon.^_^
    wa punye advice 1 je,
    klu tak mau dikritik
    dok umah diam2 mcm wa..^,^
    klu jadi pimpinan
    mana mungkin tiada yg mkritik.


    so leh wa buat kesimpulan nya.
    Menukar HADi tidak melanggar quran dan hadis.



    persoalan merungkai tu wa masih belum dpt perjelasan dari lu.
    mungkin lu leh share sama2.

    dari perspesi lu,
    tang mana pjuangan akidah PAS dirungkaikan ?

    ReplyDelete
  14. bagaimana perjuangan Aqidah Dirungkaikan?

    jawapan dengan soalan berikut

    1. bagaimana dalam Politik ISLAM untuk menghormati keputusan Jemaah?
    2. Apakah meninggalkan akhlak dalam teguran, membawa unsur dakwah?
    3. Memandang persepsi lebih darpada hujah Ulamak yang bersandarkan Quran dan hadis.
    4. Apakah ijtihad ulama boleh ditolak mentah2.. sedangkan Nabi SAW pernah bersabda?

    ReplyDelete
  15. MenJawap soalan.

    1. Kita bercakap luar dari jemaah yg lu pegang.Adakah bercakap pasai Hadi tidak menghormati jemaah yg lu pegang.?


    2. Adakah ia dituju kepimpinan?


    3. Sila bg contoh memandangan perspesi lebih dari hujah ulamak yg bersandar quran hadis?


    4. ijitihad apa yg dikeluarkan oleh ulamak yg lu nyatakan? UG? presd hanya golongan ulamak?
    sila bg contoh.


    Soalan wa,
    dari perspesi lu,
    apa yg merungkai perjuangan akidah PAS?
    bertukar solongan?
    DHPP?
    hudud disenyapkan?
    sebab akhlak pimpinan merungkai perjuangan akidah?

    ReplyDelete
  16. banyak isu..

    1. isu kalimah ALLAH.. yang dihurai oleh orang yang bukan alim..
    2.

    hehe.. contoh wa dah bagi banyak sebelum ni..
    cuma lu je amik quote mana2 yang lu suke..

    selama ini wa dah sebut banyak ..

    1. isu lilin..
    2. isu happy utk perayaan orang lain..

    sekarang ini.. perkara2 yang bersangkut pauh dengan akidah kita tak ambik kisah sangat kerana pendekatan politik..

    ayat Quran bagi amran.. orang kafir takkan redha dengan orang ISLAM..
    tapi kita masih bela suara luar apabila bertembung antara ulama dengan pihak non Muslim..


    hehehe..
    lu bercakap dari luar jemaah..
    hehe..
    so.. camana lu nak ubah pimpinan..
    ini yang buat wa lucu..

    bercakap nak ubah pimpinan..
    TETAPI.. tindakan??
    ermm...

    ReplyDelete
  17. oOoo..

    1. isu kalimah Allah.

    2. Isu lilin

    3. isu happy utk perayaan lain pon

    isu ni,
    ada mcm2 pandangan

    4.isu masuk masjid lu tak masukan dlm list ker bro?

    5. isu doa utk tak masuk sama ke?

    6. isu bersalam tak masuk?



    so leh kasi pjelasan, isu2 telah merungkai akidah perjuangan PAS.



    <<< "
    hehehe..
    lu bercakap dari luar jemaah..
    hehe..
    so.. camana lu nak ubah pimpinan..
    ini yang buat wa lucu..

    bercakap nak ubah pimpinan..
    TETAPI.. tindakan?? ">>>

    bro.SFH

    org luar
    bercakap dari luar
    just menyatakan pandangan dari sudut org luar melihat.

    org luar ni bg pandangan je,
    lu org nak ubah ke tak nak ke
    tu hak lu org
    hak org luar
    just bg pandangan/kritik je.

    sama mcm nak ubah UMNO
    lu org berkoyan2
    ceramah utk ubah UMNO
    dari perjuangan bangsa ke agama.
    dari kezaliman ke keadilan.
    tp tu semua tpulang pd diaorg.
    lu org just kritik/pandangan je.

    tindakan??
    org yg dalam lah kene ubah.
    klu tak mau ubah
    buat tak tahu je laa.
    org luar just kasi pandangan/kritikan je dari sudut yg mereka lihat.

    so wa tak nampak tang mana lucu nya yg lu maksudkan disini.
    bg wa ia sesuai dgn realiti yg ada.



    apa pandangan lu dlm AKP turki?
    adakah ia myokong mereka atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  18. hehehe..
    berjuang nak Ubah UMNO??

    nak ubah PAS sama macam ubah UMNO..??

    senang citer wa cakap..

    lu tak tahu pun objectif perjuangan PAS..

    lu sokong PAS kerana ada persamaaan dalam perjuangan dan keinginan lu..

    wa berjuang dalam PAS bukan atas keinginan wa.. tetapi atas kewajipan sebagai muslim Mengangkat ISLAM pada tempat yang tinggi..

    Jika UMNO pulih dan jadi baik sekalipun..
    perjuangan diteruskan..
    Kerana UMNO masih belum meletakkan Quran dan Sunnah sebagai syariat perundangan!!!

    nah.. FULL STOP..
    wa dah tau apa yang lu inginkan..
    dan wa dah bagitahi intipati perjuangan wa..

    kalu lu cakap cari kebenaran pun..
    benda ni takkan berhenti..
    sebab tidak disandarkan pada sepatutnya.. Quran dan Sunnah

    ReplyDelete
  19. <<< " hehehe..
    berjuang nak Ubah UMNO??

    nak ubah PAS sama macam ubah UMNO..?? "">>


    mcm wa katakan diatas,
    utk mbuat perubahan kene org tu sendiri berubah.
    mcm lu nak ubah pemikiran/pandangan kitaorg ni
    dgn hujah2 yg lu lontarkan.
    tp samada mahu berubah atau tidak
    tu terpulang pd individu tersebut.
    lu just bg pandangan/pdpt je.

    begitu gak dlm kontek org luar dari PAS...
    diaorg just bg pdpt/pandangan je.
    tp bab samada mau menukar atau tidak Hadi tu hak perwakilan.

    wa kata ubah/tukar Presd bro.^_^


    nak ubah PAS sama je
    mcm nak ubah UMNO dlm kontek pemilihan kepimpinan.
    yg menentukan adalah perwakilan.
    org luar just bg kritikan/pandangan/pdpt je.

    fokus bro...fokus.
    lu check balik soalan lu yg
    lu kata lucu tu ^,^





    <<< "wa berjuang dalam PAS bukan atas keinginan wa ">>>

    bunyi mcm lu berjuang dlm PAS mcm terpaksa je bro.. ^_^
    bro..
    lu jgn lak berjuang kerana glamer
    jgn lak berjuang kerana nak kawen dgn muslimat PAS... ^_^
    harap2 lu tak mcm tu.



    <<<" lu sokong PAS kerana ada persamaaan dalam perjuangan dan keinginan lu.. ">>>

    tu cume perspesi lu je bro. ^_^
    sebab lu tak kenai kita org mcm ne.
    lu just kenai pandangan/pdpt kitaorg dlm dunio maya je.
    tp wa tiada hal
    wa maapkan lu. ^_^



    <<< "Jika UMNO pulih dan jadi baik sekalipun..
    perjuangan diteruskan..
    Kerana UMNO masih belum meletakkan Quran dan Sunnah sebagai syariat perundangan!!! >>>

    bunyi lu berjuang mcm sebab adanya UMNO je,
    klu UMNO letak quran dan sunnah kira abis lah perjuangan lu yea. harap2 perspesi wa salah.^_^


    <<< "nah.. FULL STOP..
    wa dah tau apa yang lu inginkan..
    dan wa dah bagitahi intipati perjuangan wa..

    kalu lu cakap cari kebenaran pun..
    benda ni takkan berhenti..
    sebab tidak disandarkan pada sepatutnya.. Quran dan Sunnah ...>>>

    lu ni mcm ada khasaf je yea.
    leh tahu apa yg wa inginkan yea.^_^

    bro.SFH
    perjuangan akidah mana ada FULL STOP.. sampailah kita kembali pdNYA.
    belum apa2 dah FULL STOP
    mcm tak masyuk dgn sirah rasulNYA je..
    tgk je sirah rasulNYA..
    walaupon org tua yahudi memaki, baling pd baginda.
    Baginda tetap istiqamah dlm megerakan ati2 manusia kembali pd agamaNYA dgn akhlak yg terhebat.

    ada ke mana perkataan/pandangan wa yg melanggar quran dan sunnah seperti mana yg lu kata kan.?

    bro.SFH
    sekadar advice...
    klu lu yakin dgn pdpt/pandangan lu adalah benar tiada yg tidak benar melainkan benar belaka.
    maka teruskan dan istiqamah seperti mana istiqamah rasulNYA dlm mbawa agamaNYA pd ummah ni.
    bukan sifat pjuang klu mudah putus asa. pjuang mesti berjiwo besooo bro.

    jiwa kecik jadi mcm wa & AT je laaa... ^,^

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.