Skip to main content

Amaran : Hadi jangan terus menipu bab UG.

Oleh : AdukaTaruna

“PAS adalah parti yang berpengalaman, PAS saingan utama Umno. Umno tak mahu kerana tidak mahu buat perubahan, PAS tidak bersedia untuk menyertai kerajaan yang tidak mahu buat perubahan,” katanya sambil berkata pernah mengajak Umno untuk bekerjama ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Walau gua tahu Presiden takut takan layan gua, tapi gua tetap beri amaran kepada Hadi, supaya jangan terus menipu tentang ini.


UG hanya di zaman Paklah hanya penipu seekor ulama yang gua takkan respek sampai mampos. Siyes. Gua ada hujah dalam 4 soalan yang gua belum kemukakan pada Hadi. Gua malas nak ungkit dalam fasa PRS dan kemungkinan PRU selepas PRS dan pemilihan PAS. Gua tak nak letup dan UMNO ambil kesempatan.


Cuma, Hadi, jangan menipu la.... Demi Allah.... kalau gua kemukakan 4 soalannya, secara manusianya, Hadi pasti terkedu. Hujah UG hanya di zaman Paklah adalah pembohongan secara timeline. Cukup setakat itu. Gua tak nak hujah lebih2... Gua tak nak buka banyak. Satu hari nanti, mudah2an ulama pembohong ini tidak boleh menyelinap / melengah2kan / melarikan diri lagi.


Gua akan berkata Hadi bagus pada tajuk Hadi bagus. Gua akan kata Hadi pembohong pada tajuk Hadi pembohong. Gua akan kata gua silap pada tajuk gua silap. Semoga Allah kekalkan hati gua begitu.

Comments

  1. huhu..

    isu UG lagi..
    Lu takkan faham sampai bila2 kerana cuba tutup cahaya kebenaran..

    kisah hijrah antara Nabi SAW dan ABu bakar..

    -- semasa ditemui oleh satu orang semasa perjalanan..
    --ABu bakar ditanya.. siapa di depan beliau..
    -beliau jawab --si penunjuk jalan..
    -Padahal.. yang menunjuk jalan ialah seorang kafir Quraisy..
    --namun.. Saidina ABu bakar mengistibatkan penunjuk jalan Addin..

    Hahaha... lu sombong maa.. macam apa lu buat tu.. akan jadi benda besar.. hahaha..

    wa serius cabar laa.. kalu betul LU rasa LU ungkit ada isu besar.. buatlaa...
    Nak tengok gak keyakinan lu pasal perbuatan lu tu..

    Kalau betul nak bagi 4 soalan..
    pergilah je umah tok guru kat rusila..

    pergi senyap-senyap takpe..
    takde orang sabotaj..
    duit pun belanja tak banyak..
    cuma.. lu berani tak berani je..
    hehehe...
    paling senang.,. jumpe TGNA tanya pasal ni.. apa pendapat dia?

    lu pun kan bijak.. takkan takde strategi lain kot??
    takkan strategi ayam berkokok je??
    strategi rimau menghendap mangsa takde ke??

    SO.. SIAPA PEMBOHONG NI?? wakaka..
    dah berapa lama tunggu 4 soalan nak dijawab ni?? hehe

    ReplyDelete
  2. AT mmg anti-ulama'...mmg diturunkan utk pecah belah parti islam...AT mmg cerdik...cerdik main sandiwara...baru hidup 30 thn, mcm2 hina ulama'...AT belajar pun malas...mulalah buat kerja hina...kerja cari salah ulama' je..kamu istiharlah perang kat kami...kami sedia layan kamu geng2 SB sikular...

    ReplyDelete
  3. Ulama? cis masuk bakul angkat sendiri...
    cuba ceta mai atas dasar apa lu boleh claim seorang tu ulama?
    amal maaruf nahi mungkar?? mungkar apa yg telah kamu tolak..
    mandikan kambing hitam umno yg tolak islam jadi putih suci pembela islam?
    atau kamu dok berkutbah kat parlimen minta najib hapuskan arak dan judi?
    atau kamu berjuang lawan assobiyah dlam umno, assobiyah melayu, assobiyyah ulama melayu pas yg rasa dah grenti masuk surga??
    atau kamu berjuang supaya pendidikan sex islam diajar pada budak darjah satu?
    atau kamu pegi dakwah cina dan kafir hindu supaya terima kebaikan islam?
    atau kamu masuk kg keluar kg pegi dakwah melayu supaya tolak riba, judi, tutup aurat, pebetoi semayang??

    takde punya.. apa yg lu buat cuma masuk kampung ceramah politik supaya menang pilihan raya.. itu je!!
    dapat je kuasa mula la mabuk harta dan kuasa??
    pencacai macam lu plak wala' gila kot-kot dapat projek bekal poster.. takpun dapat jadi penceramah bebas berbayar yg hapal dua tiga hadis dah rasa waraq giler..

    boleh belah laa.. semua tu ulama politik berjuang utk dunia dgn jual agama.

    ReplyDelete
  4. wau.. panjang marahnya..
    hehe..

    al-ulama-- maknanya orang berilmu, dari segi istilah ialah orang yang menguasai ilmu agama..
    ulama bukan didefinasikan dari segi turun naik bagi ceramah..

    Politik pilihanraya??
    hehe.. sape politik plihanraya ni?

    TG Haji Hadi??

    abis tu.. kuliah pagi jumaat di rusila??

    penulisan Aqidah Muslimin?

    bukan satu bentuk dakwah menyeru kepada ISLAM dan cara hidup ISLAM??

    marah betul kat ulama??
    lu nak title ulamak kat lu ke??
    hehehe..

    Al-ULAMAK SAM RASPIUT... fuyooo..
    cantek bro... hehehe

    pencacai macam wa dapat kontrek??
    wakakaka...
    dapat projek bekal poster??
    wakakaka..

    sah2.. tak pernah sertai jamaah ni?? wakakaka..

    lu pernah pi cat plywood nak buat papan tanda PAS??
    lu pernah cat kain kasa Buat Bendera PAS??
    kita orang mana pakai tender2 ni boh.. buat sendiri laa.. tong-tong duit.. hehe

    wakakakaka....
    dah kantoi laaa lu niii...

    setakat main belasah tuduh..
    seBIJIK macam UMNO.. hehehe

    ReplyDelete
  5. hah!!!! SFH dah marra tu.... jawab lu aduka.... kawan baik lu sound lu tu..... hahahahahaha

    ReplyDelete
  6. WEDNESDAY, DECEMBER 8, 2010

    PAS Masih Untuk Orang Kuat PAS

    Setelah tidak menjadi orang kuat PAS, barulah saya tahu apa persepsi orang bawahan terhadap PAS. Berbeza semasa memegang beberapa jawatan di dalam PAS, saya rasa PAS benar-benar kuat sehingga jika ditakdirkan pilihanraya berlaku bila-bila masa pun, PAS boleh menang.

    Manakan tidak; sekejap usrah, sekejap tamrin, sekejap mesyuarat, sekejap seminar, sekejap …, sehingga terasa masa sangat suntuk. Terasa PAS begitu aktif dan banyak aktiviti. Diari sentiasa penuh dengan kerja dan temujanji.

    Dimana-mana sahaja bercakap mengenai PAS. Terasa diri seperti diperhatikan orang sepanjang masa sebagai orang kuat PAS. Terasa diri amat bernilai kepada umum. Terasa seolah-olah semua orang berfikiran PAS, bersemangat PAS dan kuat PAS macam diri sendiri.

    Namun, semua itu hanya untuk orang kuat PAS sahaja. Bila jadi orang biasa PAS, baru terasa, rupa-rupanya, semua aktiviti itu hanya berlegar di kalangan orang-orang PAS sahaja. Atau, lebih tepat di kalangan orang-orang kuat PAS sahaja.

    Bila berada di tempat orang biasa, hidup bersama orang-orang bawah, bersama masyarakat di kampong, terasa kewujudan PAS agak jauh untuk dijangkau.

    Jika orang seperti saya yang pernah jadi orang kuat PAS pernah terasa begitu, bagaimana dengan pengundi yang tinggal di ceruk kampong, yang tidak pernah jadi orang kuat PAS?

    Tahukah dia apa rencana masa depan PAS, kenalkah dia pemimpin PAS, pemimpin pemuda dan muslimat PAS? Maklumkah dia apa aktiviti dan program PAS?

    Jika dia punya kemudahan ICT, mungkin banyak perkara mengenai PAS diketahuinya. Jika tiada? Harakah tidak sampai ke rumahnya, di tempat tinggalnya tidak ada aktiviti PAS, pemimpin PAS tidak pernah berkunjung ke rumahnya.

    Di celah-celah itu semua, JKKK Umno pula acap kali berkunjung dan bertanya khabar, menghulur bantuan dan mengambil berat. Adakah punya harapan untuk orang seperti itu mengundi PAS dalam PRU akan datang?

    Umno sukar ditewaskan kerana orang kampong terhutang budi dengan mereka. Walau budi itu dicebik sahaja oleh PAS seperti budi tanah merah, simen dua tiga kampit, beras sekampit, gula sekilo, duit lima ringgit, tetapi budi itu sangat mencengkam jiwa orang yang menerimanya.

    Mereka menghulur secara berterusan. Jika PAS pula hanya menghulur sewaktu hampir pilihanraya sahaja, RM50 misalnya, itu masih kecil kerana Umno menghukur sebulan RM5 tetapi selama bertahun-tahun.

    Jika PAS menghantar 10 keping zing semasa hampir pilihanraya, itu juga masih kecil berbanding Umno yang menghulur sekampit beras setiap bulan selama bertahun-tahun.

    Maksudnya, dakwah PAS belum benar-benar mengakar dan menguasai. Pemimpin PAS memang bijak berpidato, hebat di pentas, tetapi pidato mereka hanya di dengar oleh orang-orang kuat PAS. Yang kuat ketawa dengan lawak di pentas pun adalah orang kuat PAS juga.

    Pemimpin bawahan Umno memang tidak bijak berpidato tetapi mereka bijak menawan hati pengundi. Mereka bijak berbudi, mereka bijak memikat, mereka bijak menambat. Ikatan dan tambatan mereka sangat sukar dirungkai.

    Justeru, bolehkah PAS berkecil hati jika orang kampong enggan mengundi mereka?

    Posted by Zolkharnain Abidin at 8:55 PM

    ReplyDelete
  7. abanghensem..
    wa tarak marah maa..

    wa merai perbezaan.. tapi perbezaan perlu kepada kefahaman.. hehe

    ReplyDelete
  8. pak ngah ...... wa tau ni luahan penyokong setia PAS tapi kecewa sebab penyokong cam pak ngah ni UNDI jer penting yang parti mau dari pak ngah.... yang lain tak berguna dah...... wa sejak kecik lagi didedahkan dengan PAS... wa pernah tolak untuk dilantik sebagai AJK PAS kawasan ..... sebabnya orang kuat PAS cakap wa ada pengaruh dikalangan pemuda kawasan kampung wa..... tapi wa tau ... kalau wa jadi pemimpin.... wa akan jauh ngan masyarakat.... wa terpaksa kena ikut apa yang parti nak walapun wa tak setuju..... wa suka aktif dibelakang tabir jer....

    bukan pak ngah saja luah perasaan camni..... ramai lagi..... sampai ada yang cakap tak kemana PAS sebab ramai ore kuat PAS lebih PAS dari PAS..... wa pernah dengar luahan penyokong..... camne nak memang kalau dok dakwah dikalangan orang PAS jer..... tapi bila tegur IKUT SALURAN..... tak kemana teguran tu.....

    ReplyDelete
  9. wa baca luahan hati pak ngah..

    beberapa persoalan terlintas??

    1.pak ngah jadi orang kuat sokong PAS atau orang kuat bekerja untuk PAS demi kemenangan ISLAM??

    2. Kemudian jadi orang biasa PAS. dah tak berjuang untuk ISLAM ke?

    kenapa soalan ini timbul..

    orang kuat PAS kadang2.. memang semua program dia ikut.. tapi faham tak program tu untuk apa??
    Tamrin, usrah dan sebagainya ialah proses penyediaan daei2 untuk menyebarkan UMat ISLAM..
    silap besarlah siapa yang menganggap PAS hanya politik semata-mata..

    cuba check setiap kawasan..
    walaupun ramai ahli..
    berapa ramai yang komited untuk buat kerja??
    berapa ramai yang nampak ganjaran hanya ALLAH yang bagi?
    kenapa.. bila mesyuarat lantik orang yang sama? mana pergi suara yang ingin perubahan??
    mengapa kalau berselisih tak bleh bekerjasama secara rapat setiap masa?
    hanya bila tiba PRU baru nak itu ini..

    itu silap syeikh!!!

    tengok Tok guru2 dan ustaz2 PAS..
    adakah semata-mata kejar ceramah untuk politik??
    mereka sepanjang masa pusing surau masjid memeberi dakwah agama..

    tengok situasi selangor sekarang!!
    ramai mahukan srau2 dan masjid2 adakan kuliah tetapi tak ramai yang ustaz2 biasa2 ni mampu mengeluarkan peluh sendiri untuk berdakwah..

    ada ustaz2 yang sudah selesa tanpa amal jamaie.. tetapi mereka pula yang kuat kutuk Bila ustaz2 PAS bagi kuliah agama..
    mereka yang compalin ini.. di mana??
    sanggup datang duit sendiri untuk kuliah agama??

    golongan profesional plak asyik complain..
    kenapa tak kuatkan diri dengan ilmu agama,..kemudian berdakwah??

    maudui.. memang ramai.. tapi dainyer tak mencukupi..

    orang PAS kerja free maaa...
    cakap sapa sanggup 10 tahun buat kerja free??
    yang jaga yayasan pun dapat gaji tau?

    ReplyDelete
  10. abang hensem..

    satu cerita..

    ada orang pernah mengadu kat tok guru haji hadi..

    pengomplain (aruah MP bkt Gantang): ana sekarang takde masa untuk keluarga, hidup macam pakai touch n go dengan keluarga..

    tGHA: ana macam pakai smart tag..

    -- terkedu pengadu.. baru dia tahu.. pemimpin2 PAS memang tabiinyer pengorbanan yang besar.. kadang2 takde masa untuk keluarga.. itupun sanggup lagi menerima kritikan dan tomahan..


    sekarang ni.. ramai orang kuat dan penyokong PAS tak faham..
    apa tugas amal jamie?
    apa tugas amilin ISLAM?
    apa tugas orang awam?
    apa tugas umum orang ISLAM..

    kenapa ada usrah dan sebagainya...

    cuba selusuri sejarah PAS..
    zaman permulaan--- zaman ulama memimpin secara berjemaah.. amal jamie berkembang.. PAS maju dari segi kekuatan sahsiah dan peribadi pemimpin..

    zaman Dr asri.. zaman kerajaan campuran.. bila usrah/tarbiyah ditinggalkan.. PAS akan menuju kepada perbezzaan fikrah yang merosakkan..

    zaman pasca dr asri..

    kenapa PAS kelantan kuat walaupun tinggal majoriti satu kerusi?
    apa peranan ustaz Yahya Othman?
    apa perana lajnah tarbiyah?

    tapi bila kawasan2 mula meninggalkan amal2 jamie..
    penyokong2 mula meninggalkan adab2 jamie..
    PAS akan nampak lain..

    Alhamdulilah sekarang ini..
    tarbiyah.. bawah pemuda.. bawah ustaz nik abduh akan terus diperhebatkan..

    sekarang.. makin kurang suara2 sumbang perbezaan fikrah..

    tak nak peristiwa semasa dr asri dan kerajaan campuran berulang..

    kalau Yang menyokong PAS tak faham akan akidah perjuangan dan sebagainya..

    sampai bila2 laa menyalahkan pimpinan.. dan penyokong suka menyalahkan..
    maka.. kesannya qualiti pemimpin yang diangkat akan berkurang.. hanya pimpinan yang tahu komplain..

    ReplyDelete
  11. Lu ni sej... tak pernah fokus terhadap isu. bla bla bla berbunga2...

    isunya ialah hitam atau putih. lu bla bla bla bunga tayar kete.

    orang macam lu ni gua anggap angin. Yang kipasnya (punca angin) ialah Hadi. Demi Allah, gua harap sangat Hadi berdepan dengan gua.

    Gua bukan bunga macam pengikut hadi. Gua fakta dan real. Kita tengok Hadi bila berdepan dengan timeline kronologi nanti. Insyaallah.

    Buat masa ni, hujah angin bunga, tayar kete, makan sup tepi jalan, gua biarkan jer.

    Gua masih muda, dah harap Allah berikan kesempatan untuk berdepan dengan ulama menipu besar dalam tajuk UG.

    Tak perlu bunga2. A atau B, hitam atau putih, penipu atau tidak.

    Makbulkan doa gua ya Allah.

    ReplyDelete
  12. huhu..

    lu harap TGHA berdepan dengan lu??
    macam tunggu kucing bertanduk laa.
    tu pasal kalau BENAR nak jawapan..
    pergi je jumpe TGHA tanpa protokol dan helah sebagainya.. pergi sebagai seorang penuntut ilmu..
    bukan sebagai yang membawa pertuduhan mengatakan ULAMA PEMBOHONG!!

    isu HITAM Putih..

    ISU UG.. adalah dalam isu tahaluf siyasi..

    isu tahaluf siyasi.. isu politik..
    isu politik bukan isu hitam putih..
    boleh tuduh sesuka hati..

    bunga tak bunga.. wa cuma nak semua orang bukak mata..
    lu ada idea.. wa pun ada idea wa..
    lu bukak gelanggang..
    wa masuk gelanggang supaya pandangan lu dikontrakan dengan hujah yang ada..
    lu tak nak terima.. itu pendirian lu

    lu cakap .. lu fakta dan real..
    wa pun bercakap atas fakta dan real..

    fakta yang utama.. quran/hadis..
    fakta yang kedua.. turutan sususan dalam sejarah(akhbar/video/minit mesyuarat)..

    ISU UG.. kalu lu kata TGHA menipu Besar..

    kita refer balik ucapan TGHA hadi dan ulasan pemimpin DAP/PKR/PAS..

    So.. isu macam ni.. lu kata hitam/putih??

    bro.. wa pun orang muda.. sama umur macam lu..

    fokus isu UG..

    lu cakap TGHA pembohong..
    abis tu.. wa nak cakap TGHA pembohong juga pdahal wa pun faham berdasarkan fakta dan real..

    itu pasal wa cabar..
    kalu betul lu BENAR!!!
    langgarlah dengan fakta dan real yang lu ada...
    tapi awal2 lu dah sound.. takut PRU kacau laa... bla2 laa.. hehe.

    ISU UG.. hitam/putih penipu atau tidak..
    wa cakap TIDAK..

    tapi.. bila wa cakap macam ni.. lu plak berbunga-bunga.. sup ayam.. barbican..kfc. mcdonald.. kopitiam..

    hahaha... kong kali kong.. kat situ jugak...

    bila ada soalan what.. nanti akan follow, why, whi, how.. hehe..

    kalu ini lu pun nak cakap bunga..

    senang citer..

    lu cakap TGHA bohong..
    Wa cakap tak bohong..

    haha.. habis tu camana nak bezakan kebenaran?? wakaka...

    maka terpaksalah cari bunga-bunga tu..

    ReplyDelete
  13. Baiklah sej.. gua nak rakam IQ tahap lu dulu.

    soalan hitam putihnya. Adakah Hadi menipu bila mengatakan UG hanya di zaman Paklah?

    A. Ya. Hadi menipu.
    B. Tidak. hadi tidak menipu.

    Gua nak rakam kenyataan lu dulu. A atau B. Tak payah bunga2...

    Insyaallah, lu akan tahu di mana tahap lu, dan kenapa gua tak pernah anggap lu berhujah selama ni.

    ReplyDelete
  14. bro SFH.....wa suka borak ngan lu sebab lu tak emosi..... jawapan lu tak ikut napsu.... wa malas sentuh pasal perpaduang.... langar melanggar .... tu citer aduka..... lantak lu la aduka.... hehehe

    cuma wa tertarik satu jer.... pasal lu sebut TGHA cam smart tag tu..... wa ada orang komplen gak pasal pemimpin pas yang merungut sibuk ni..... ada cakap komplen sibuk tapi pasang bini 2-3 sempat lak..... komplen sibuk tapi kawasan tak pernah turun padang..... komplen sibuk tapi orang susah tak pernah jenguk.....

    apa wa nak cakap..... wa kalau ada yang komplen camtu wa suruh dia pgi trus jer kat umah pemimpin tu..... kalau kena halau bagi tau kat wa.....

    satu lagi ayat lu wa nak komen " kalau Yang menyokong PAS tak faham akan akidah perjuangan dan sebagainya.."

    apa wa nak jawab kalau penyokong jawab.... DAH PEMIMPIN TAK TURUN PADANG ... CAMNE PENYOKONG CAM AKU NAK PAHAM???.... YER LA NAK PEGI UMAH AKU KOTOR LA JUBAH TU.... terkedu bro.......

    ReplyDelete
  15. jawapan wa.. dah ada wa cakap..
    TGHA tak menipu...

    abanghensem..
    kalau penyokong jawab.... DAH PEMIMPIN TAK TURUN PADANG ... CAMNE PENYOKONG CAM AKU NAK PAHAM???.... YER LA NAK PEGI UMAH AKU KOTOR LA JUBAH TU.... terkedu bro.......

    hehe.. ini biasa bro..

    jemaah PAS.. petugas PAS.. tak lengkap..
    itu kalu cakap.. kalau PAS menang.. itu adalah suatu diliuar jangkaan kalau ikut usaha2 petugas dan penyokong..
    kemenangan yang ALLAH bagi ini.. juga satu bentuk ujian kepada pejuang2.. ALLAH nak tapis siapa yang berhak masuk syurganya..

    Pemimpin yang Adil.. syurga balasannya..
    Pemimpin tak adil... Neraka balasannya..

    isu turun padang ni.. adalah isu kawasan..
    sebenarnya ada banyak benda...
    kadang2.. salah pimpinan itu sendiri..namun bukan semua kelaku begitu..
    manusia bro.. ramai jugak berlakon..

    kalau nak cakap.. dalam PAS pun ada pembelot.. tapi rahsia laa..
    kalau pergi pecahkan.. nanti akan ada isu besar..

    sebab perlembagaan kita perlembagaan Quran dan Sunnah..
    urusan pembelot ni.. kita tangani macam Rasulullah tangani ABdullah bin Ubay dan sahabat tangani ubay bin khalaf..

    ReplyDelete
  16. Tak payah suluh suluh lagi AT, dah terang (waktu siang/ ada lampu kalimantang dah..hehe)..Dah terang lagi bersuluh, bak kata Melayu cam lu AT ..haha... Ramai nampak begitu, kecuali kot depa hat buta la. Ops! Orang buta pun boleh tau hal ni. Mungkin hat orang jenis butakan mata, pekakkan telinga saja, yang nak kita 'nganga & telan' saja apa orang atas suruh buat/ suap. Hat ni sampai sanggup ditipu & dikhianati orang atas dia, kot? NOT! Masa tu baru depa ada akal kot, sorry! Too late to do ****ing thing.

    ReplyDelete
  17. hehe...
    sudah terang lagi bersuluh..
    marilah kita ikut fakta berserta timeline dan chronology peristiwa..

    wa nak tanya jer laa..

    lu cakap dan dakwa TGHA menipu..
    So.. lim guang eng.. tak akan menipu??
    yang menafikan Dakwaan TGHA tak menipu??

    ada DSAI cakap TGHA ada menipu?
    ada kit Siang cakap TGHA menipu?

    hehe..
    pasal 16 sept.. siapa tipu siapa??

    UG selepas 16 septmber..

    ramai nampak TGHA menipu..
    tapi menipu ke???

    dulu.. sebelum Hijrah..
    dakwah nabi kat Mekah..
    kafir quraisy cakap Nabi saw penipu.. penyihir dan sebagainya
    ramai tu.. sebab yang peluk ISLAM sebelum hijrah tak sampai 500 orang..---> ini fakta..

    orang yang celik dapat tengok peristiwa di sebalik peristiwa..

    orang buta yang tak buta hanya tengok luaran sahaja.. tanpa kaji selidik.. wakakaka..

    sejarah memberi fakta yang sama..
    huraian dan tafsiran orang yang mengkaji berbeza.. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.