Skip to main content

Allah tidak adil (1).

Oleh : AdukaTaruna

Latar belakang sebenar cerita gua sembunyikan atas sebab tertentu.

Suatu hari, dari asbab seorang manusia, gua bertemu dengan seorang lagi manusia lain. Dan kini menjadi rakan. Insyaallah. Gua nak share dengan lu orang. Macam biasa, setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah.

"Aduka, I nak tanya U satu soalan. tapi, kalau U sensitif, I minta maaf. Kita cakap soal lain."

"Insyaallah.. teruskan. Pada saya, semakin sensitif seseorang tu, semakin primitif dia." (Sensitif yang terus nak mengamok la maksud gua. Terpaksa gak gua buat nota kaki. Hua3..)

"Islam claim tuhan Allah itu adil, but, pernahkah U terfikir, tuhan Allah yang lahirkan kami sebagai bukan Islam. Dan kami masuk neraka. Beruntunglah manusia yang Allah lahirkan sebagai Islam. Adil ke kalau macam tu?"

Ah.. sudah... gua kena jadik ulama la plak. Mampos. Bismillahirrohmanirrohim. Allahummaftah alaina, hikmataka... baca doa penerang hati gua bai. Seb baik gua masih hafal time mengaji mukaddam dengan Ustaz Yunus dulu. Hua3.... Releks2... walau tahap mana pun gelabah, muka mesti control hensem.

"Sebenarnya U tanya soalan pada orang yang salah ni. Takperla.. I cuba jawab, tapi U kena semak dengan ustaz nanti..."

"I sudah tanya banyak orang la.. Aduka.."

Aaaa.... mampos.... Lancarkanlah lidah gua Ya Allah. Kalau Lu nak izinkan gua memalukan diri gua sendiri takper lagi Ya Allah. Tapi janganlah benarkan gua memalukan agama Lu.


"Begini sir.... panjang penjelasan ni. Kalau U boleh dengarlah."

"Eh.. can.. can.."

(Ayat yang gua taip semula mungkin lebih tersusun dari berhujah secara live pada waktu itu.)

"Definasi adil pada takrifan terhad manusia tak sama dengan definasi adil oleh Allah. Kalau ianya seperti yang U dakwa, sepatutnya Allah tidak beri peluang manusia hidup di dunia. Allah cipta I as muslim, then tanpa hidup kat dunia, dia terus masukkan I ke dalam syurga. Allah cipta U as non muslim, then terus masuk neraka.

Sepatutnya, kalau ikut teori U, Allah akan buat sistem begitulah. Tinggalkan itu dahulu. Kita pergi kepada boleh atau tidak Allah berbuat begitu? Sudah pasti boleh. Sebab Dia adalah creator. Dia nak buat nyamuk, dan nyamuk pula lebih hina dari katak, dimakan oleh katak... adakah itu hujah kita mengatakan Allah tidak adil? Sebab Dia adalah pencipta, dia berhak.

Masuk semula dalam persoalan tadi... dalam Islam, ada satu golongan yang dinamakan Golongan Fitrah. Manusia ini adalah manusia yang tidak mendapat wahyu, risalah, pengetahuan, penglihatan atau bau-bau Islam sedikit pun. Mereka diampunkan Allah."

"Eh... baru dengar."


"Pertama, mungkin bab ini tidak dianggap basic oleh orang yang U tanya, sir. Keduanya, khilaf banyak sangat. Khilaf ni, perbezaan takrifan terhadap catitan kitab. Pada I, sir ikutlah pendapat yang paling rasional. Tak perlu taksub dan terikat kepada kumpulan-kumpulan pentafsir. Ada group pentafsir A, ada group pentafsir B."

Pastu tu gua teringat satu story yang gua baca dalam blog ISA.

"Ada satu kisah sir. bla bla bla....(baca cerita di sini. Gua carik balik guna pakcik google.)"

"Then, Nabi Muhammad kata, nanti, di mahkamah sana, mahkamah Allah di hari kiamat menurut ajaran Islam la... ada yang memberi hujah yang berkaitan dengan persoalan ini. Orang pekak. Dia dakwa, memang ada penerima risalah mengenai agama Allah, tetapi cacat untuk mendengar. Kalau manusia itu dari zaman sekarang ni, mungkin hujah itu boleh dimatikan. Apa yang penting ialah hak dibicarakan, hak mengeluarkan hujah, walau Allah sudah tahu setiap zarah kejadian, tetapi Allah tetap mengikut format alam yang Dia cipta sendiri.

Termasuk kisah Lim tadi, dia berhak mendakwa kepada muslim yang berhampiran atas kecuaian dalam kewajipan menyampaikan risalah. Soal Allah terima atau tidak soal lain. Tapi kita bicara tentang soal keadilan yang Sir faham, dan keadilan menurut Islam.

Kecuaian itu pula boleh datang dalam pelbagai bentuk. Akhlak misalnya. Melayu dilihat Islam oleh non muslim. Tapi tidak menepati janji, rasuah, mundur dalam ekonomi, penagih dadah teramai, perogol anak sendiri... juga mungkin boleh dijadikan hujah akan penolakan risalah Allah oleh non muslim ketika di dunia. Sekali lagi, soal Allah terima atau tidak, wallahualam.

Kalau kita analisa sejarah Islam, terdapat 3 pembolehubah asbab kepada hidayah. Memang benar, hidayah itu milik Allah, tapi Allah kata, manusia perlu berubah, baru Allah ubah. Sebelum itu, ini konsep yang perlu faham juga.

Kalau kita usaha untuk kaya, Allah akan ubah kita jadi kaya. Penentu mutlak Allah. Asbab usaha. Dan dalam konsep ini, sudah pasti Allah boleh untuk menjadikan kita kaya tanpa usaha dan tak kaya-kaya walau berusaha.

Kita usaha untuk mati dengan terjun dari tingkat 18, maka Allah ubahlah kita menjadi mati. Tapi bolehkah Allah jadikan kita tidak mati walau terjun dari tingkat 18? Semudah kun fayakun. Allah kata jadi, maka jadilah.

Masuk balik bab 3 pembolehubah asbab kepada hidayah itu ialah :

Pertama : Hujah.
Kedua : Akhlak.
Ketiga : Trend dan baka

Mereka yang mendapat hidayah melalui hujah pasti menjadi star. Antara yang memeluk Islam melalui hujah ialah sahabat2 nabi, dari jahil dan jahat kepada star. Kalau zaman sekarang, kita boleh melihat Cat Steven.

Comments

  1. AT, kalau cat steven melalui hujah menjadi star dlm islam.. adakah Mc jusuh yg secara trend dan bakanya islam tidak perlu berhujah?

    pada saya pembolehubah 1&2 itu utk semua umat manusia, cuma faktor baka telah disalah anggap sebagai kelebihan.. betulkah!?
    sedangkan baka dilahirkan islam belum tentu akan mati sebagai umat penerima hidayah..

    ada islam baka khususnya melayu tidak lebih dari pusaka adat.

    ReplyDelete
  2. Tapi geng, faktor 3 - Islam baka - tu la buat orang Melayu yang selama ni bertuankan UM?NO paham Islam tu 'privilege' depa & mak pak depa. Lebih teruk kalau Melayu jenis 'syok sendiri' ni hingga menafikan hak asasi sebagai manusia kpd non-Muslim .. Apa nak buat, dah jadi darah daging, instilled in their back of the mind, budaya, peel, beot depa paham Melayu = Islam? Padahal jadi Melayu saja tak cukup, sebab boleh terbabas, sesat drp jalan Allah & juga menyesatkan orang lain, jadi atheis, munafik, kafir & dll.

    Ok, ada juga orang Melayu drp puak PAS yang 'terlanjur', & dah 'lebih sudu drp kuah'.. memalukan ..Tapi tak seramai dalam parti UM?NO tu.

    Bottomline is - Hanya Islam diterima Allah, bukan Melayu. Sebagai umat Muhammad s.a.w. @ hamba Allah, jadi mana yg betul & salah semua bersandar kpd perspektif Islam la, bukan drp sudut Melayu seperti UM?NO mau.

    Allah tu adil ... yang tak adil manusia drp UM?NO drp dulu, kini ..( & selamanya?).

    ReplyDelete
  3. boleh je Allah nak jadikan semua manusia bersatu dlm satu umat atau satu agama.semua muslim.tapi tak thrill la camtu.rujuk surah almaidah ayat 48.mestila kena ade test.tapi dlm ayat tu test tu merujuk kepada org islam yg menyampaikan dakwah.

    gua taip word 'menguji','ujian','diuji',byk keluar result ayat2 quran yg menunjukkan ada tahap2 ujian berlainan untuk kita.org yg baru masuk islam,ada ujiannya,org yg dah establish beriman,ujian dia lain,org yg sampai peringkat bertaqwa,ujian lain,dan seterusnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu