Skip to main content

Refresh mood lesu sebelum PRU13.

Oleh : AdukaTaruna

Mungkin gua silap, cuma gua nak up kan pemerhatian gua, yakni, mood yang lesu pada PRK kali ini bagi golongan terbanyak macam gua.

Jika dibandingkan dengan PRK yang sama di Kuala Terengganu dulu, kemudian di Perak dan Permatang Pauh, suasananya jauh berbeza. Tolak PAS Kelantan yang sudah lama, negeri2 Barisan Rakyat lainnya, Pulau Pinang terutamanya, diserang hebat media perdana. Demo yang hadir hanya 100 orang tapi publisiti mengalahkan demo 10 000.

Sebelum PRU12 dulu, mood golongan terbanyak macam gua pun lesu juga pada gua. Sehinggalah ditakdirkan Allah, demo BERSIH yang berjaya menghimpunkan 100 000 mungkin atau hampir kepada angka itu. Aura dan momentum dari BERSIH itu juga menyebabkan demo Hindraf berjaya.

Mungkin ada benarnya kata Tukar Tiub bahawa PRU tidak boleh mengubah apa-apa. Jika boleh, sudah lama ianya diharamkan. Mungkin benar juga pendapat Mat Sabu bahawa revolusi rakyat lebih berfakta dalam mengubah politik satu-satu negara. Cuma pada gua, sebahagian dalam cabang demokrasi lah asas dan basic kepada apa2 perubahan dan perbezaan, termasuk revolusi rakyat. Bukahkah atas tiket demokrasi, hujah, perbezaan dan idealogi dapat disampaikan?

Media baru.

Pada gua Barisan Rakyat sangat beruntung kerana memiliki atau diminati oleh golongan media baru. Ianya muncul silih berganti. Tumbuh berganti. Pusingan satu ekosistem yang seakan wujud dalam fenomena ini.

Contohnya, dulu Perisik Rakyat, Pink Turtle muncul dengan garang. Pelbagai hujah di update. Kini sudah mencapai satu level lain. Ianya mungkin diganti oleh PriaMalaya, Jeming Hase dan barisan seumpamanya. Yang aktif dan cepat dalam menjawab isu. Seakan wujud sistem penggiliran yang bersambungan. Gua sendiri bergantung kepada hujah dan point golongan baru. Terutama budak2 U di fesbuk. MSK, Penarik Beca dan seangkatan pula sudah melepasi level duduk di atas politik.

Masalah SPR.


Namun, kesemua kita, walau apa pun level kitaran yang sudah dilepasi, tidak dapat tidak, perlu juga menempuh pelbagai masalah dan cabaran. Untuk SPR pula, tuntutan penggunaan dakwat yang masih gagal diperjuangkan BR. Gua tidak peduli sangat media atau berat sebelah dalam bentuk lain oleh SPR. Tapi, gua rasa sudah cukup memadai jika penggunaan dakwat berjaya dilaksanakan.

Jika tidak, letih bai. Gua pernah jadi Polling Agent dulu. Siap kursus simulasi lagi. Selagi tak guna dakwat, memang lu kena kencing la. At least, kalau guna dakwat, kita tak kuyup sangat kena kencing.


Professionalkah BN untuk tumbang?

Yang kalah berpuluh tahun seperti DAP dan PAS kita tidak pedulikan sangat. Soalnya, BN tumbang. Sejarah mencatatkan keganasan golongan pelampau ini. Mona Fendi, Memali, Samad Gul, Padang Terap, Batu Burok, Datuk Taha Gemencheh, Sauk, Anwar Ibrahim, adalah cebisan kecil yang tercatat.

Soalan DAP di parlimen mengenai gerakan pemilikan senjata oleh pemuda UMNO, kenyataan 'hasutan' Najib mengenai keperluan mempertahankan Putrajaya, dana sebesar bangunan 100 tingkat, susunan penempatan askar Wataniah di setiap parlimen, kehilangan keluarga tentera dalam hak pengundi awam, agen provokasi perkauman yang diberikan lesen perlindungan seperti Ibrahim Ali PERKASA dan Namawee, semuanya seolah2 skrip tertentu pasca PRU13. Namawee bakar Melayu, PERKASA bakar Cina. Semua tak kena tangkap. Yang kena tangkap, gua. Celako punya Man U. Haha.

Mampukah BR melalui situasi sukar?


Genetik terbanyak dalam Barisan Rakyat adalah Melayu. Manakala penasihat kepada BN adalah Israel dimana track recordnya sangat cemerlang dalam menghapuskan mana-mana kebangkitan negara yang tidak pro kepada agenda negara Zionis.

Tulis secara professional, Melayu PAS boleh dikatakan tabah. Kalau 10 pemimpin menang PRU, kita letakkan 2 gagal dalam ujian sukar. Dibeli, diugut, mungkin. DAP pula boleh juga kita letakkan tabah. Setakat pasca sukar tahap PRU12, hanya sekor dari DAP yang berpaling tadah. Jadi untuk DAP, dalam 10 pemimpin menang PRU, kita letakkan 3 gagal.

Perbincangan seterusnya ialah PKR. Parti baru. Terlalu baru untuk bersama dalam memerintah sebuah negara. Dengan bayangan dan sunnah kekacauan yang berlaku, dengan kehebatan pemikir Yahudi untuk bangsa selembik Melayu, sebenarnya kita bermasalah dengan PKR. Dari 10 pemimpin menang PRU, boleh tuan-puan meletakkan berapa lulus, berapa gagal?

Masalah SPR, masalah kelesuan golongan muda, mungkin boleh direfresh dengan Demo Gergasi seperti BERSIH. Tetapi masalah PKR bagaimana? Tak perlu sebut PKR lah.. kita sebut masalah pemimpin pundek. Ini yang perlu kita renungkan bersama.

Mungkinkah begini?

Untuk PRU13, PKR hanya bertanding di parlimen sahaja. Manakala DUN berikan kepada rakan PAS atau DAP. Hujahnya, jika PKR dibeli UMNO pun, dan UMNO masih memerintah Malaysia, mereka hanya memerintah pusat, tanpa mampu mengawal negeri-negeri, terutama sumber2nya.

Kata lainnya, adalah satu2 perjudian yang membahayakan jika mahu membunuh babi yang ganas secara terus jika kita sendiri belum berkemampuan. Soalnya, jika cubaan bunuh itu tidak berjaya, dan hanya melukakan semata, maka, amukan babi ganas itu boleh membunuh kita pula. Ada baiknya babi yang ganas itu dikepung dan dikecilkan kawasannya sebelum tiba masa yang sesuai.

Sunnah Allah.

Mungkin benar, mungkin salah, kalau kita perhatikan kemenangan Islam oleh Muhammad SAW di seluruh tanah Arab, ianya diizinkan berlaku apabila sudah wujud tulang belakang yang kuat. Maksud gua dalam kenyataan ini, adalah, kemenangan Islam di negara Mekah dan lainnya, setelah Islam mempunyai tulang belakang Madinah.

Jadi, di zaman sekarang ini, untuk satu spesis selemah Melayu, gua tak fikir Allah izinkan kemenangan. Pertama, kerana kemenangan itu tegak atas cabaran dan derita. Manakala Allah pula memberi cabaran sesuai dengan kesangupan seseorang hambanya itu.

Keduanya, masih belum muncul tulang belakang Islam dalam bentuk negara di dunia ini. Di mana boleh melindungi kemenangan2 baru di seluruh dunia dri ancaman Dajal. Yang paling kuat adalah Iran, di mana Iran sendiri masih bergelut secara keseorangan. Jadi, adakah spesis Melayu mempunyai kesangupan ujian dan cabaran seperti mana spesis Algeria, Bosnia, Palestine?

Allah tidak memungkiri kalamnya. Cabaran itu diberikan mengikut tahap kesangupan. Gua tidak fikir Melayu Malaysia mempunyai tahap kesangupan setaraf Melayu Indonesia, Melayu Acheh, Melayu Pattani dan Melayu Selatan Filifina.

Kekalahan di Galas.

1. Kekalahan di Galas adalah iktibar kepada semua, terutama kepada diri gua sendiri. Adalah mimpi, untuk menang di kawasan luar bandar dalam keadaan SPR sebegini. Dengan jumlah kawasan luar bandar yang terlalu banyak berbanding kawasan bandar, adalah dongeng untuk melihat BR menguasai parlimen Malaysia.

2. Media tradisional masih relevan maybe untuk 20 tahun lagi di kawasan luar bandar di Malaysia. Lebih malang lagi, secara keseluruhan di Malaysia ini, boleh dikatakan kawasan pendalaman berbanding negara maju.

3. Terdapat perbezaan hala tuju perubahan antara anak muda Kelantan luar Kelantan, dengan anak muda dalam Kelantan. Anak muda dalam Kelantan dahagakan perubahan pembangunan. Anak muda luar Kelantan dahagakan ketelusan pentadbiran.

4. BR mempunyai masalah dengan gender low IQ, yakni wanita. Akalnya 1, emosinya 9. Majority makcik2 sampai anak2 gadis tahap SPM jenis ikut arus perdana. Jumlahnya memcecah juta berbanding ribu wanita yang berpendidikan tinggi, tapi takda otak, berbanding ratus wanita berpendidikan tinggi yang berotak.

Dah habes fikir dah gua macam mana nak condongkan kumpulan2 sampah ni kepada perubahan. Sampai adakalanya gua fikir nak jadi penyanyi tahap 'Momok' dah. Wakakaka. 'Momok' kan idola budak2 pompan sampah nih. Dia perlukan ikon dan pujaan yang boleh mempengaruhi keputusan mereka.

5. PAS mempunyai masalah sokongan dari anak muda produk pendidikan UMNO. Siyes.. memang bermasalah. Juta2 pengundi baru yang lahir dari kerangka pendidikan UMNO, hanya beratus2 sahaja yang tertarik kepada falsafah perjuangan Islam. Ribu ke PKR, tapi juta jadi UMNO dan atas pagar. Kena plak Presiden yang tak fleksible, lagi parah.

6. Untuk tajuk Kelantan, memandangkan belia Kelantan ni memang minat bola, sampai penuh setiap inci padang2 yang ada kat Kelantan ni petang2, takwimkanlah Piala Menteri Besar. Buat liga. Tapi haramkan nama kumpulan berasaskan daerah. Subur plak asobiyyah. Tak reti nak buat, lantik gua jadi Presiden Bebola anak beranak sampai mampos sambung-menyambung edisi Kelantan. Gua akan pastikan Kelab Bola Pak Guard Terlampau dapat perlindungan istimewa.

Comments

  1. Mood rakyat yang atas pagar/'silent majority' tengah 'bosan' atau 'malas layan' atau idle mode kepada politik semasa, nampaknya. UMNO-BN dah berjaya cucuk jarumnya melalai/melenakan rakyat yang dulu semasa & selepas PRU12 mahukan perubahan & 'nak kenakan UMNO-BN'.
    Tambah pula kelemahan drp pihak PR sendiri & yang dipaparkan oleh media perdana kokongan UMNO-BN, mood rakyat adalah 'slumber mode'.

    Ya, UMNO-BN kalah kita akan lihat mereka 'memberontak'. Tu pasal gua kata dah dulu lagi, yang idea UG @Kerajaang Perpaduang TGHH tu hanya 'wajib' ditawarkan kpd UMNO-BN lepas BN kalah.. teruk/simple majority.

    ReplyDelete
  2. BRO
    yg kena hanyut kat sungai bukan FIRAUN tapi NABI MUSA as

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.