Skip to main content

Perbezaan sistem menjayakan ibadah korban antara UMNO dan PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Sejak kecil, gua tak pernah dok jauh dari ketiak mak gua. Bukan sebab gua anak mak; tapi idealogi gua lain. Gua bukan berfahaman belajar setinggi yang mampu, then kerja kerajaan. Masa abes PMR, gua pilih sekolah teknik terdekat yang gua dapat. PD. Lebih kurang 40 minit dari pintu pagar rumah gua. Itu kalau abah gua bawak kete la. Kalau mak gua, gua rasa sejam lebih kot.

Bila abes SPM plak, gua dapat dip kat UiTM Jengka. Ah.. g mampos. Gua tidak berfahaman belajar tinggi2 then apply gomen. Kerja2 gomen ni bagi kat Melayu hutan jer la. Nik Aziz cakap, kerja kosong utamakan kepada wanita hodoh. Wanita cantik banyak sangat peluang. Lu paham la sendiri. Hua3...

Dan.. gua pilih sijil dekat PD gak. Cukup untuk bagitau anak gua, yang gua bukan setakat SPM, tapi mampu lebih dari itu; tetapi tidak mahu lebih. Setakat pegang Phd macam Hasan Ali, kena kencing gak. Melayu gak. Gua jer Russian.

Lepas kawen, dan mungkin atas asbab dituduh memaki Sultan Johor dengan perkataan mampos, mampos dan mampos; gua dicampakkan Allah ke Kelantan. So, terus kepada tajuk N3 kita pada kali ini; ialah; perbezaan sistem menjayakan ibadah korban antara UMNO dan PAS.

Pembolehubah tajuk UMNO.

Tempat : Kampung Panchor, Seremban.
Wakil : Mustapha Rasuah Lenggeng.
Tahap tempat : Kawasan perumahan terancang.
Majority : UMNO
Majority AJK surau : UMNO

Pembolehubah tajuk PAS.
Tempat : Padang Tembak.
Wakil : Ulama Nik Amar.
Tahap tempat : Kawasan perumahan terancang.
Majority : PAS
Majority AJK surau : Tak tahu. Tapi gua main agak jer PAS.

Tempat UMNO.

Bai.. kat tempat gua, tempat UMNO, melalui pengalaman berada di kedua2 alam ni, ialah; betapa sistematiknya mereka menjayakan ibadah korban. Maybe lu boleh kata bidaah, tapi pada gua, pergi mampos lah. Mana yang lu setuju ambil. Mana yang tidak tak payah ambil. Mari gua citer sket.

Gua tidak pasti jumlah masa, tapi agakan gua, 8 bulan sebelum tarikh korban pada tahun itu, AJK surau tempat gua telah mengedarkan borang ibadah korban. AJK surau menetapkan harga satu bahagian korban pada tahun ini jatuh kepada RM sekian-sekian. Sesiapa yang ingin mengambil bahagian, sila penuhkan borang, dan serahkan kepada imam atau AJK masjid yang dinyatakan di bawah. Bayaran adalah lumsum atau secara ansuran.

Menjelang sebulan dua tarikh korban, AJK surau dari kalangan UMNO, mengedarkan kupon kepada setiap keluarga. Kupon itu digunakan bagi mendapatkan agihan daging korban nanti. So, mereka yang ke luar daerah misalnya, atau wanita tunggal yang beranak kecil misalnya, atau yang uzur misalnya; boleh mewakilkan jiran tanpa syak wasangka. Kerana semuanya melalui bukti kupon. Gua tak sure berapa, tapi gua anggap la dalam 2 kilo untuk satu keluarga, untuk satu kupon.

Kemudiannya, lembu atau kambing dari duit yang dibayar dikumpulkan di depan surau. Termasuk lembu dari orang yang tidak melalui borang, tetapi ingin turut serta. Anak2 muda mereka pula ditugaskan menjaga binatang korban tersebut. Masa dulu, ketika gua sekolah rendah, pemuda2 UMNO menjaga sambil bermain judi. Ketika ini, alhamdulillah tidak lagi.

Akhirnya, selepas solat dan kutbah, seluruh anak muda, tua, lelaki dan wanita bersatu dalam pesta tersebut. Bangla ada, Indon pun ada. Islam is universal. Yang muda tukang seret lembu, tukang bawa daging ke tempat lapah dan agih. Yang tua tukang pantau bab2 potong dan sembelih. Yang wanita tukang sediakan makan minum. Yang ambil gambar ada, yang kena taik lembu ada, yang tertunggeng kaki berbelit dengan tali lembu pun ada.

Imam dan ustaz2 plak tukang sembelih, dan tukang pantau daging dari diseludup keluar sebelum proses bahagi oleh golongan otai2 veteran. Daging sedap dan mahal seperti batang pinang digaul campur sekali oleh imam. Then, ditimbang dan dimasukkan ke dalam plastik. Then distapler dengan no kupon. Ada peruntukan untuk kupon, ada peruntukan untuk pekerja lapah. Indon dan Bangla dapat peruntukan untuk pekerja lapah la. Purata dalam setahun, kat surau tempat gua tu, ada la dalam 7 ekor. Dan keluarga anak mukim surau tu, adalah dalam 150 buah rumah. Sikit dama sikit, banyak sama banyak.

Tempat PAS.

Tahun ini, gua meraikan ibadah korban di tempat PAS. Kelantan. Jauh sangat kemeriahan dan perbezaannya. Maybe menjaga dari anasir bidaah kot.

Ibadah korban dilakukan secara sendiri2. Selepas bersatu dalam solat dan kutbah, Keluarga yang mampu akan sembelih sesama keluarga yang mampu. Keluarga yang belum mampu pula segan mahu membantu kerana tidak mahu dikatakan meminta daging.

Sekelompok keluarga mampu sembelih di sana. 300 meter dari itu, sekelompok lagi keluarga mampu sedang melapah. 500 meter di alik sana pula, sekelompok lagi. Bila daging dapat, segan pula seandainya tidak diberikan kepada jiran terdekat. Jika diberi kepada jiran terdekat, bimbang pula rakan rapat tapi jiran jauh kecil hati.

Akhirnya, ramai pengorban lembu akan melakukan ibadah korban di tempat luar dari jiran tetangga. Keluarga mampu A berjiran tetangga di Lodon akan berkorban lembu di kawasan Moscow. Setakat ini, gua tak tahu lancau apa ibadah korban yang berlaku di Kelantan ini, di tempat gua. Maybe Kelantan tempat lain, lainlah. Biar takda sistem asal tidak bidaah kot. Ke guane gu?

Comments

  1. apa la lu ni.... ni la nikmatnya buat korban sendiri-sendiri... cross border.... bukan sebab segan la.... ni sebab tawaran... contohnya kat kampung lu ada satu bahagian lagi memerlukan korban.... offer akan dibuka kat sesiapa pun nak... tak kira la dari moscow ke... dari belgrade ke.... kalau ada yang sanggup ok jer.... ngan cara ni gak orang kampung lain boley kenal ngan orang kampung satu lagi.... mana ada sebab bidaah.... satu lagi kalau kita sendiri yang tarik lembu.... khejong lembu..... pegang lembu... tengok sendiri ngan mata kepala semasa lembu tu di sembelih.... lagi terasa nikmat korban tu..... lepas siap lapah daging... ambik skit sorang buat kenduri... buat gulai daging n singgang daging lembu n makan beramai-ramai....

    wa pernah gak sambut aidiladha kat negeri lain... memang la nampak cam sistematik jer..... tapi lepas selesai korban balik umah tido..... esok lusa dah tak raya dah... mana meriahnye....

    kelantan..... 2-3 hari lepas tu ada yang buat BBQ la.... bakar daging la..... jemput kenkawan.....

    ReplyDelete
  2. tak kisah la sistematik ke matematik ke tapi sampai tak tujuan KORBAN tu ? 1/3 korban dapat tak kat org miskin ?

    ReplyDelete
  3. Ya mungkin 2 2 sistem tu elok. Tapi ada tak sampai maksud ibadat korban tu kalau daging sembelihan tak sampai kepada yang betul betul memerlukan makanan e.g. fakir miskin???

    Setuju dgn Katon Tin Ton .. tapi 1/3? entah la nisbahnya TAPI eloknya yang masuk bahagian/ pangku tak ambik bahagian dia bagi saja orang miskin di kampung dia/sesiapa saja yg perlu.

    ReplyDelete
  4. http://izzul31.wordpress.com/2008/12/01/ibadah-korbanibadah-korban-menurut-pandangan-islam-oleh-ustaz-shahrom-abu-hassan/

    ReplyDelete
  5. hari ni 2-3 tempat terima jemputan .... esok lagi banyak..... minggu ni sibuk la beraya...

    - pasal agih daging korban ni.... tu yang elok biar tuan korban sendiri bahagi... sekurang²nya dapat gak ilmu kaedah agih daging korban ni.... ni kalau hal ehwal agama semua serah kat masjid..... tuan punya daging korban tak tau apa²..... mana sampai matlamat korban kat tuan daging.....

    ReplyDelete
  6. AT...kau punya arguement kali ni xleh pakai sgt la....byk yg x kena....aku rasa sebab kau dok usha ngan mata dari jauh, pastu kau cuba pikir logik ngan hotak kepala (anak aku cakap)....xpela, aku paham sebab kau baru je dok kelantan, byk lagi yang kau kena selami budaya kelantan....lama2 nanti kau faham la tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu