Skip to main content

Panasss : Aduka Taruna Kena Pelempang Di Mahkamah Hari Ini.


Hari ini perbicaraan Aduka Taruna di Mahkamah Seremban.

Berlaku sedikit kekecohan di Mahkamah sebentar  tadi apabila sekumpulan lelaki (3 orang) yang berlagak seperti samseng kampung dusun membuat huru hara.

Pada mulanya, Aduka Taruna telah di hampiri oleh 3 lelaki tersebut, dan salah seorang daripadanya berkepala botak dan berbaju biru telah menghampiri beliau dan bertanyakan nama. Aduka Taruna menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mengaku bahawa beliau adalah Aduka Taruna... sudah la salam yang di hulur tidak bersambut.... dalam masa yang sama mamat botak tersebut telah melempang Aduka Taruna (terkena bahagian kepala).

Berlaku kekecohan dan pergelutan, apabila adik Aduka Taruna bingkas bangun untuk membelasah mamat botak tersebut, malangnya telah di halang oleh polis yang bertugas di Mahkamah.

Dalam kekecohan tersebut si mamat botak itu telah menghilangkan diri, walau bagaimana pun kawan2 Aduka Taruna yang ada di situ sempat mengambil gambar 2 lelaki (kawan2) mamat botak tersebut. Gambarnya akan di upload dalam blog Aduka Taruna petang nanti dan menjadi bukti insiden tersebut.

Lebih malang lagi, apabila polis hanya memegang adik Aduka Taruna dan tidak menangkap mamat botak yang berlagak samseng dan pengecut tarak teloq hingga berjaya meloloskan diri.

Laporan Polis akan di buat oleh Aduka Taruna selepas perbicaraan tengahari nanti.

Berita selanjutnya akan menyusul samada di blog ini atau blog Aduka Taruna.

(Saat ini Aduka Taruna sedang berada di Balai Polis membuat laporan polis)

Comments

  1. aik! Ada orang prejudis/sakit hati tanpa melihat 1 1 isu di paksi keadilan & kebenaran?? ( & you called yourself Islam,Melayu ..shame on ou) ... AT ni kalau dia penjenayah pembunuh, personally, apa pun adili dulu di mahkamah. Tak caya mahkamah pulak dah? Ni ada pulak orang dah hukum dia sebelum trial???! Surely, he has alot to catch up b'coz just came out of the rock (or 'gua'?) after living under all this whilst!

    ReplyDelete
  2. adakah samseng itu abangbotaklicin yg sering nicknya kelihatan berkeliaran di forum2..lol

    ReplyDelete
  3. hah!!! sekarang baru lu tau betapa bergunanya jadi gedebe... hahahhahahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.