Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Nov 19, 2010

Lagi story pasal Zaid masuk PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Husam : Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada PKR.

Salahuddin : PAS tiada halangan jika bekas Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mahu menyertai parti itu. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jika benar keputusan itu, ia seharusnya dihormati kerana dalam demokrasi mana-mana individu berhak untuk menyertai mana-mana parti.

Gua ulang sekali lagi, bahawa, memang Zaid Ibrahim berhak mengemukakan borang keahlian PAS, tetapi, peribadinya, seandainya Zaid diberikan peruntukan jawatan, gua tak setuju. Gua tak sure setakat mana tahap keprofessionalan Zaid dan tahap pengasingan tajuknya. Malapetaka pada gua, seandainya platform jawatan dari PAS digunakan bagi menyerang PKR dan individu2 dalam PKR.

Sukacitanya gua nak imbas satu kes krisis PKR dengan Zul Kulim. Selepas tiba2 UMNO tarik petesyen PRU kerusi Kulim Bandar Baru, Zul terus berubah. Kemuncaknya, dia bergaduh ala2 budak kecik berhingus dengan Khalid Samad PAS. Lu tahu tak budak kecik? Nak bertumbuk tak berani, tapi mengadu kat bapak.

Khalid Samad ajak berdebat. Berbahas secara matang. Zul penakut, tapi report polis. Pundek punya orang. Tindakan Zul report polis itulah, menyebabkan PKR memecatnya bagi menjaga kepentingan hubungan dan perpaduan Barisan Rakyat.

Sebaik sahaja Zul kena pecat, selaku ulama Melayu yang lurus macam tiang letrik dan warak membabi buta, Tuan Ibrahim terus mengeluarkan kenyataan bahawa PAS sedia menerima Zul Kulim. Nasib baik blogger pro PAS dan pro PKR bergabung membantah gila babi juga bagi melawan warak tahap lurus membabi ulama Melayu. Kalau tak, lu boleh bayangkan tak, apa yang berlaku hari ini? Atas platform PAS, Zul menyerang PKR dan individu2 dalam PKR?

1. Zul dipecat PKR kerana laporan polis kepada pemimpin PAS. Then, PAS pula, hulur laluan kepada Zul dalam PAS. Gua tak tahu pundek apa kemampuan penetapan falsafah oleh ulama Melayu. Kalaulah semua blogger wala', dan Zul masuk; tak ke masalah antara PAS sesama PAS dengan Zul vs Khalid Samad; dan PAS sesama PKR dengan Zul vs individu2 PKR?

2. Sebab ulama Melayu ni tahap bodoh yang gua sendiri tak tau nak letak mana, gua bagi perumpamaan. Anak jiran A bergaduh dengan anak jiran B. Tapi anak jiran B lebih kuat. Anak jiran B ajak 1 by 1. Gaduh mulut jer, bukan gaduh fizikal. Lalu anak jiran A guna Samseng Raja Di Malaysia bagi melawan anak jiran B. Siap gari dan lokap.

Jiran A menghalau anaknya sendiri yang memang bermasalah bagi menjaga perpaduan kejiranan. Baru setapak anak jiran A melangkah keluar, anggota keluarga jiran B yang naif, ajak masuk dan menjadi keluarga. Warak ke bodoh gua tak tau la. Ending cerita, anak jiran B plak yang kena halau 6 bulan la ni. Hua3...

Fikirla dengan bijak. Gua tak mau Zaid PAS hari2 keluar Buletin Utama membelasah PKR. Maka 1000 tahun lagi la gua dan keterunan gua duduk di bawah UMNO-Israel di muka bumi Allah warisan nenek moyang nih.

9 comments:

Faizal Ibrahim said...

takkan nak duduk di bawah pembelit dan penipu macam anuar ibrahim..sampai bila kita nak harapkan orang yang dilaknat itu menjadi pemimpin..cukup laa..

AmenoWorld said...

Apa masalahnya kalau belasah PKR? PKR maksum ke weh? soh PKR ulas isu murtad dulu. aku tunggu. selagi mereka tak tegaskan mereka dalam line mana, jgn bicara soal keadilan.

AmenoWorld said...

BTW : anak melayu macam ko pun tak cerdik juga. cerdik nya husam sebab tak berapa nak jemput zaid masuk pas. aku sokong. bukan nak kata zaid neh masih terlibat dalam kegiatan tak bermoral ke apa, tetapi jika zaid sungguh2 dah berubah, elok jadi ahli biasa, tak perlukan beria2 nak pangkat utk reform ini reform itu dalam PAS sebab PAS lebey baik 100000 x daripada PKR. PKR dan DAP ada something wrong. Dengan DAP yg tak berapa faham islam.. macam UMNO juga nak kena ajar sket2.. menambahkan kerja bila PKR pown buat perangai 2 x 5 macam umno. adoii pening kepala. PAS elok sendiri, sapa2 pun tak kita tak perlu. siapakah mereka sehingga kita perlu bergabung? heh, soal islam bukan soal yg boleh di buat main2. eloklah jalan sendiri2, kecil tetapi kuat dan senang buat keputusan daripada besar tapi semua perangai serabut kepala hotak. say no to pemusnah islam. tak kira siapa pun mereka. ko toksah nak ampu PKR lebey2 sangat, sekarang soh PKR jawab isu ahli nya yg murtad dulu.

orangkasai said...

kalau masuk PAS standard dia jadi ahli biasa saja. jangan dok gatai nakn bertanding timbalan presiden pulak. kalau boleh jangan terimalah, buat sial saja...

HEROICzero said...

takpe, dia nak buat parti baru. hahaha!

ah celaka lah Zaid. serious gua ada harapan tinggi kat dia.. damn!

Hanz Newman said...

Fokus semua! Fokus kita untuk kalahkan UM?NO-Be END.

Lantak la Zaid nak buat parti baru cop apa pun. Dia punya pasal la. Dah dia rasa PKR tak sesuai, lantak la dia. PAS tak perlu dia kot. Who needs him when we've Nasha? Ha ha ha.

tungkaran hati.blogspot said...

PAS lebih bermaruah dalam perjuangan tanpa DAP dan PKR.
Sekarang ini pun DAP macam memBABIkan saja PAS! Jadi PAS jangan laa jadi bodoo sangat!

ibnu marzuki al firdaus said...

wa masuk paper indon...

http://hebatnya-yahudi.blogspot.com/2010/11/nordin-mat-top-azahari-p-bom-j-w.html

sam raspiut said...

aduka... Tuang Brahim Tuan Mang offer Zul Keling masuk Pas sebab dia bantai Khalid Samad, lu pung tau geng ni pun dah lama gatai tangan nak bantai Khalid.. aihh lupa ka!

kalo Zaid tiba2 kornar masuk Pas dan dapat jawatan.. lu aduka jangan pulak sampai hatam Pas atau keluar parti tubuh parti baru pulak..
lu jangan lupa Zaid tengah selera dok nak bantai Anwar.. selera yg sama ada pada pemimpin pas pusat tapi terhalang demi PR. beri jawatan skit kat zaid barulah selera dan hantaman itu mancur.. ulamak pas skil politik depa dah maju AT.. lu doa la banyak kat zaid supya tubuh parti baru!!