Skip to main content

Gua dipukul : Suasana perundangan yang jakun.


Oleh : AdukaTaruna

Perasaan memang kecewa akan suasana perundangan tahap jakun oleh Melayu. Tapi realitinya, itulah dia zaman gua di tanah air ini ketika ini. Kerana itu kita semua wajib mengubah semua ini.

Ketika mahkamah berehat untuk sessi penangguhan (mungkin ayat dan istilah gua silap, kerana gua bukan ahli perundangan), gua keluar dari kamar mahkamah dan duduk di kerusi di luar. Bersebelahan dengan pintu masuk utama.

Ini adalah pengkuan gua.

Gambar akan diupload kemudian. Terdapat sedikit masalah kerana gambar ditangkap oleh penangkap yang bukan owner camera, dan sedikit kelam-kabut.

Demi Allah,

Ketika itu, gua didatangi oleh 3 lelaki, yang gua percayai saksi atau pengadu kepada kes gua ini. Ketika itu gua dalam keadaan duduk.

"Kau ke AdukaTaruna?" Soal lelaki bergambar 1. Riak wajah sedikit provokasi.

"Ya... saya." Gua senyum dan hulur tangan untuk bersalam. Masih dalam keadaan duduk.

"AdukaTaruna?" Soal lelaki bergambar 2. Juga berwajah provokasi.

"Ya." Gua senyum dan hulur tangan. Kedudukan gua masih duduk. Dan adik gua duduk disebelah gua.

"Tak payah salam dengan budak kurang ajar macam ni." Sampuk lelaki 3 (suspek) sambil tepis tangan lelaki 2.

Tetapi gua still tidak alihkan gaya tangan bersalam. Dan akhirnya lelaki 2 sambut bersalam sambil test genggam tangan gua. Gua hanya bertahan kerana gua dapat rasai bahawa genggaman gua lebih kuat. Wallahualam.

Ketika keadaan inilah, lelaki 3 (suspek) memukul kepala gua. Gua bingkas bangun. Adik gua menyerbu. Ditahan oleh lelaki 1 dan 2. Manakala lelaki 3 lari ke kelompok polis yang berhampiran.

Berlaku sedikit pergelutan. Antara gua dan adik, dengan lelaki 1 dan 2, dengan beberapa anggota polis. Gua minta adik gua tak lepaskan lelaki 3 dan gua turun dapatkan handphone berkamera. Menyesal gile sebab gua pengguna handphone nokia lampu suluh yang setia selama ini.

Bila dapat, gua naik ikut tangga sebelah berlawanan dengan tempat adik gua tadi. Teorinya, gua akan sampai ke lelaki 3 dari belakang. Tapi dah ghaib. Adik gua masih ditahan. Adik gua tunjuk pintu mahkamah sebelah. Gua masuk, mahkamah kosong.  Gua tanya adik gua kat mana brother botak bermisai tanglung tu, adik gua sound polis bawa dia kat situ (sambil menuding jari.) Gua cari keliling mahkamah sambil diekori polis. Dah takda. Satu polis bisik dekat gua, si pemukul adalah pengadu. Dia dah cuak dan tak boleh lari. *Kalau takda pelindung ajaib lah. Tanda * adalah ayat gua sendiri.

Gua kol lawyer. Lawyer nasihatkan gua buat laporan polis. Gua kol ISA untuk makluman. Setelah mahkamah selesai membuat penangguhan, gua ke Balai Polis Seremban 2 terletak bersebelahan. Membuat report. Ketika membuat laporan, polis bertugas menghubungi (ASP Khu ntah gua lupa termasuk nama pangkat.) Dan berkata kepada gua begini :

"Encik, ini *ASP Khublala mahu bercakap."

*ASP Khublala speaking campur Melayu + Inggeris yang membuatkan gua hanya faham intipati. Gua boleh rekod, tapi bila mengenangkan handphone lampu suluh, gua terus kensel.


1. *ASP Khublala mengatakan yang pihak polis professional. Dia galakkan membuat report bagi tindakan undang-undang.

2. *ASP Khublabla menjelaskan bahawa gua hanya baru dituduh. Saksi, pengadu atau sesiapa tidak boleh menghukum secara sendiri.

3. If I tempat you pun I marah. You boleh saman dia.

4. Dia minta gua rujuk pada lawyer gua.

Setakat ini dulu. Alhamdulillah, gua tidak mengalami apa2 kecederaan. Dan doakan gua supaya gua tidak mendapat pukulan ajaib yang mencederakan secara lewat seperti mana yang dialami Ketua Putera UMNO.

Perbicaraan gua disambung pada Mac 2011, manakala untuk kes terbaru ini, *ASP Khublabla akan mendapatkan statement gua sebelum gua pulang ke Kelantan.

Gua ucapkan terima kasih kepada seluruh rakan blogger dan rakan pembaca yang memberi sokongan. Toche... toche... Idop Kak Ros!

Comments

  1. Kalu setakat misai melenting kepala botak tapi datang 3 orang sbb nak pukul curi baik kasi buang teloq. Buat plastik surgery pastu ngangkang lagi sesuai. Wa tak sabar nak tengok gambar mal un tu..

    ReplyDelete
  2. Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
    Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
    Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

    ReplyDelete
  3. Setakat ini dulu. Alhamdulillah, gua tidak mengalami apa2 kecederaan. Dan doakan gua supaya gua tidak mendapat pukulan ajaib yang mencederakan secara lewat seperti mana yang dialami Ketua Putera UMNO.

    part ni yg gua xleh blah

    ReplyDelete
  4. Dia salam nak test lu ada beradik dia tak tu, biasala kalau jenis 3line ni, berlagak memang berani tapi kebanyakkannya penakut nak mampos. Aku agak ja laa...

    ReplyDelete
  5. a ah la Cenangau... mungkin jugak kot. dia tunggu gua jolok.

    wallahualam

    ReplyDelete
  6. AT....kalau lu saman pondan2 tu....nanti kn, pondan2 tu akan dijulang sebagai pahlawan melayu terakhir oleh geng2 babun tu (umNO, perkosa..etc..)...tguuuuuuuuu

    ReplyDelete
  7. peh...naseb baek gua tutup muka..bukan gua kan..??kan..??

    ReplyDelete
  8. kes lu lama sangat... depa pengadu pon kena hadir sama, kalo tidak mcmana kes nak jalan. aku ingat kalo 14x lagi lu naik turun mahkamah misti mamat ni teriak menyondol lu pulak.. sbb tak tahan kena temankan lu 14x lagi..

    ReplyDelete
  9. lu x perlu kecewa ... pukulan tu bukan pree tapi berbayar bro... errr itu pon klau lu menang saman ler hehehe...pastu buat kenduri syukur bg makan sumer blogger yg sapot lu..hahaha... walaopon bedaah ka..apa ka...makan nyer pasal gua datang...heheh.. toink..toink !

    ReplyDelete
  10. ► Kena CEPUK yer bangg.....wakakakak..Itulah mulut macam KEPALA LANCAU kan dah kena PELEMPANG dengan Abang Botak Misai.

    ► Tu baru sikit.Kalau aku memang aku sembur hingus je dekat muka busuk kau tu.

    ► Akhir kata izinkan saya mengungkapkan serangkap pantun dari zaman dahulu kala.

    "Kerana Pulut Santan Binasa,Kerana Mulut Lancau Badan Binasa"Ewaahhh..Ewahh...Krrruttt..Krruuttt....

    Terima Kaseyy..!!!

    ReplyDelete
  11. Mana gambar mamat yg balon ko tue aduka. meh bagi aku. tgk camne aku kecohkan kat facebook. tgk aku upload kat seluruh group2 aku kat fb. kalau tak malu dia seumur hidup jgn sebut nama gueee!!! iskh geram lak aku ngan mamat tue.

    ReplyDelete
  12. ak rs mak die pon skolah smpai darjah 2je. ak tringin gak nk jmpe mak die, nmpak sgt gagal. ak tringin nk tnye bdk ni ms kecik2 deberi makan rumput ke?
    klo anak akal singkat,mak nye pasti bodoh. i even doubt her mom can even read this

    ReplyDelete
  13. Lari rupanya mamat tu. Gua ingat berani sangat.

    Mahkamah ada, lawan dalam la. Lain la lu bukak gelanggang. Bila la nak profesional puak2 ni.

    Agak2 berani tak mamat tu lempang Namawee? Haha.

    ReplyDelete
  14. Haram jadah punya barua keturun melayu hutan tu..
    Jenih teloq kena "kasi" ni bro!!!
    Gua ingat keturunan ni Chin Peng dh bunuh perabih dh dulu, rupa2nya ada lagi.
    Lu jgn bg change bro, saman terus...
    Lu tlg upload cpt ckit, gua nk tengok barua tu...

    ReplyDelete
  15. rakuban, jangan la babit mak dia...dia dah beso panjang, dia tanggung jawab sendiri la. Ok understood, skip that part.

    Pukul curi boleh la. Dasar Ketuanan Melayu yang dilahirkan UM?NO la tu gamaknya. Depa mana tau makna "Gentlemen" / adil ..selalu pun puak tu jenis berat/ senget sebelah... macam otak depa jugak! Ho ho ho

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.