Skip to main content

Belajar dari McDonald…

Oleh : Nota Merah


Pendapat | McDonald boleh dikatakan berjaya kerana sebiji burger yang harga kosnya tidak sampai RM3, akhirnya berharga RM10 (set McChicken).

Sudah lama McDonald beroperasi di tanah air, tetapi konsumer khususnya remaja tidak jemu memasyarakatkan McDonald.





Orang miskin pun mengidamkan McDonald walaupun mereka hanya mampu membeli burger keluaran Ramli dengan harga RM3. Kalau mampu, mereka pun mahu membeli burger McDonald kerana citarasa manusia memang mementingkan status dan kepuasan hidup.

Dahulu, ulat buku di kutub khanah atau toko buku. Kalau nak main permainan video atau melayari internet, anak muda ke kafe siber. Kalau nak menonton tayangan langsung bola sepak Liga Perdana Enggeris (EPL) atau melepak, mereka ke kedai mamak.

Sekarang, sejak McDonald menyediakan medan capaian jalur lebar tanpa wayar (wifi hotspot)serta televisyen awam, budaya-budaya remaja terbabit berpindah ke restoran makanan segera itu.
Apakah selepas ini, McDonald akan ditinggalkan remaja?

Pakar pemasaran profesional memberitahu bahawa setiap produk mempunyai tempoh hidup (life time).
Tetapi, life time ini boleh dielakkan sekiranya sesebuah organisasi pemasaran bersedia untuk memilih beberapa opsyen pemasaran yang sebenarnya tidaklah ajaib.

Pertama – re-packaging atau bungkus semula sesuatu produk; iaitu jenama (brand) masih sama, tetapi ada nilai tambah (added value) pada produk baru yang mahu dipasarkan.

Kedua, re-engineering atau proses kejuruteraan semula; iaitu pasarkan sesuatu produk yang berjenama baru dengan faedah saingan (competative advantage).

Ketiga, replacement atau ganti yang baru; iaitu gantikan organisasi/produk lama dengan yang baru, jenama baru dan bernilai baru.

Pernahkah kita terfikir, mengapa iklan McDonald menampilkan keseronokan serta kebahagian anak kecil mengajak ayah ibu sekeluarga ke menikmati makanan di restoran makanan segera tersebut?
Kalau nak menarik minat konsumer, sepatutnya cukuplah dengan menampilkan golongan dewasa atau pekerja yang meminati makanan McDonald.

Juvana secara logiknya, mana ada pendapatan untuk menjadi konsumer tegar McDonald.
Jawapannya mudah, strategi pemasaran McDonald adalah perancangan jangkauan panjang. (Long Range Planning); iaitu McDonald menamam minat konsumerisme kepada generasi kanak-kanak lagi kerana kanak-kanak ini suatu hari kelak akan dewasa, berkeluarga tidak dapat hidup tanpa menjenguk pada McDonald.

Mengapa McDonald sanggup melancarkan Long Range Planning tersebut?

Jawapannya mudah. McDonald mempunyai rancangan demikian kerana ia mempunyai makmal penyelidikan produk senantiasa melihat pesaing-pesaing organisasinya seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Marry Brown, Burger King, Kenny Rogers Roaster, Pizza Hut, Radix Fried Chicken (RFC), Old Town dan sebagainya secara sihat.

Bagaimana pula dengan PAS?

Adakah PAS mempunyai Long Range Planning seperti McDonald untuk menempuhi musim pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi?

Walaupun PAS baru melancarkan kempen ‘PAS sedia ganti Umno’ Sabtu lalu, kita perlu bertanya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agong PAS), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, JPP) dan Dr Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif (Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, PPPP) berhubung usul Muktamar lalu – PAS sasar 60 kerusi Parlimen.

“Apa khabar 60 kerusi Parlimen yang PAS sasar sebelum ini, apa Long Range Planning kita?” pertanyaan yang wajib dijawab oleh ‘pegawai pemasaran’ PAS.

Jika PAS mahu melonjak pada suatu tahap terbaik dalam lanskap politik Malaysia sekali pun, sebenarnya PAS tidak perlu menyediakan pelantar penyelidikan seperti McDonald.

Pelantar awam iaitu dunia maya telahpun memberi pelbagai isyarat dan reaksi betapa perlunya PAS melakukan sesuatu sebelum parti komponen Pakatan Rakyat itu melepasi garis politik life time.

PAS perlu melakukan suatu re-packaging kerana dunia blog, Facebook dan Twitter telah melihat beberapa pemimpin utama PAS tidak lagi seperti McDonald ekoran terbongkarnya sindikit membawa PAS bekerjasama dengan Umno yang rasis lagi zalim.

Begitu juga dengan kepemimpinan Ulamak di Kedah dan Kelantan ekoran beberapa isu kronisme, nepotisme dalam menguruskan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), unsur rasuah dalam beragama, pembalakan haram, kenaikan tarif air dan sebagainya.

Kepemimpinan pemuda pula dilihat seakan burger Ramli apabila ketuanya begitu keAraban hatta dianggap tidak sejajaran dengan citarasa kawanan rakyat, khususnya golongan belia.

Kepemimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat lebih unik kerana kurang mendapat reaksi ‘makmal maya PAS’, iaitu internet.

Pun begitu, kita semua perlu mengakui bahawa mereka yang terbabit masing-masing dikagumi kerana kepemimpinan dinamik mereka pada era 1980an, 1990an dan awal tahun 2000.

Namun, wajarkah PAS mengekalkan produk ala-ala burger Ramli pada era rakyat kian menggilai McDonald?

Dahulu, PAS telahpun menempuhi fasa re-packaging yang cukup besar iaitu mempopularkan manifesto ‘Kerajaan Berkebajikan’ menggantikan brand ‘Negara Islam’ dan cita-cita ‘Hudud’.

Sekarang, PAS wajar sekali lagi melakukan re-engineering organisasinya supaya memenuhi citarasa semua pihak (marketable); tidak hanya disegani oleh kelompok beragama Islam sahaja.

Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Dzulkifly Ahmad, Khalid Samad, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub serta Firdaus Jaafar wajar diberi ruang memimpin parti.

Mereka dinamik, tidak seperti beberapa ulamak yang menyandang jawapan utama parti pada hari ini.
Mereka berkebolehan untuk memasarkan PAS dalam pasaran majmuk tanah air kerana masing-masing marketable di kalangan konsumer yang profesional, demokrat, rasional, liberal, artistik, ilmiah serta plural.
Mereka mempunyai keupayaan untuk mengembangkan pengaruh PAS kerana mereka masing-masing dilihat marketable di kalangan rakyat bukan Melayu.

Sekiranya PAS tidak bersedia membuat penstrukturan semula organisasi pemasarannya sekarang, lambat laung PAS mungkin terpaksa menempuh fasa yang lebih kritikal, iaitu replacement atau mungkin berputeh mata melihat PAS melepasi garis politik life time.

Kepemimpinan ala burger Ramli tidak marketable pada pilihan raya umum ke-13 kelak kerana rakyat terutama pengundi baru/muda menggilai McDonald.

Kalau tak percaya, sila tinjau sendiri kegilaan rakyat, khusus ‘Gen-Y’ di pondok burger Ramli dan Restoran McDonald bermula malam ini.

Comments

  1. lontaran idea yg paling cerdik!tahniah saing!!haha

    ReplyDelete
  2. yes.....
    gua tak taw la lu ni otak ape....
    perumpaan yg cerdek, olahan yg ummmmhhh....

    ReplyDelete
  3. lu sapa nak ajar PAS? lu ahli pas ke.... kalau bukan ahli tak yah nak ajar PAS la..... tapiiiiiii undi lu wajib untuk PAS..... lu paham tak!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.