Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Nov 7, 2010

Anwar sodok Azmin atau Azmin sodok Anwar?

Oleh : AdukaTaruna

Gua masih ingat pada malam kecoh Anwar dipecat. 1998. Ketika gua tingkatan 5. Ketika tu, gua tersidai depan rumah member gua belajar main gitar. Lepas Isyak kat surau, orang balik rumah, gua sambung kuliah. Tengah jari terkial2 nak tukar code A kepada C, member gua keluar dari rumah.

"Weih... berita kat TV. Anwar dipecat."

Gua letak gitar, terus blah ke rumah. Tinggalkan member gua yang terpinga-pinga. Gua memang minat politik. Gua membesar dengan buku cerita kanak-kanak Al-Arqam, pemberian abah saudara gua, walau mak dan bapak gua UMNO.

Gua 'PAS' sejak gua tingkatan 4. Gua duduk asrama dan berdebat dengan bebudak Kelantan. Dari katil sambung ke surau. Berhari2... gua belum pernah kalah kalau bertekak, tapi akhirnya, gua pembeli Harakah. Gile. Usia gua beli Majalah Gila2, gua beli Harakah.

Sampai rumah, gua terus cari arwah abah gua.

"Bah... bah..."

"Ha..."

"Anwar kena pecat."

"Den dah agak dah.. parti sampah.Suruh ikut Al-Quran kang kono tangkap."

Time tu la pertama kali gua baru tahu yang bapak gua luar jer baju biru, kolar Merah. Tapi spender Hijau. Ak' alaaaa.... patutla dia join sekaki setiap kali gua bawak balik Harakah bila pulang dari asrama.

Tingkatan 5, gua sekolah lain. Gua jadi penampal tegar risalah dari internet kat papan kenyataan di kantin atau dalam tandas. Member gua yang ada internet tukang supply. Gua dan bebudak tukang sebar. Tapi artikel kehebatan Anwar gua tak minat, artikel kejahatan UMNO, gua minat.

Ghaib kat kantin, muncul kat tandas. Hilang kat tandas, muncul kat tangga. Kat perhimpunan Pengetua warning supaya tidak terjebak dalam politik kotor. Tindakan tegas. Tamat waktu persekolahan, risalah terselit di setiap wiper atau celah pintu kereta cikgu-cikgi, ikut mana yang line clear ketika itu.

Semakin membesar, semakin banyak berfikir. Semakin mampu untuk meletakkan diri dalam kepelbagaian sudut. Salah satu soalan diri gua ialah, sejahat2 Mahathir, sekuat2 Mahathir ketika itu, dalam banyak2 tajuk yang boleh diguna bagi menjatuhkan Anwar, kenapa LIWAT?

Memali pun boleh dibunuh;
Mahathir boleh meletakkan dadah di kediaman Anwar, tapi kenapa LIWAT?
Mahathir boleh merancang kemalangan helikopter Tan Sri Yahya misalnya, tapi kenapa LIWAT?

Satu soalan, tapi berpuluh jawapan. Namun, hati tetap belum puas. Semakin hari, semakin dalam maklumat. Semakin pelbagai dalam tajuk maklumat alternatif itu sendiri. Jiwa semakin benci UMNO. Raga semakin pelik dengan Anwar. Sungguh pun begitu, gua tetap tabik pada semangat babil dia.


2005, gua ditakdirkan Allah aktif dalam dunia internet. Membaca, menulis, memaki-hamun, mengamuk dan sebagainya. Semakin gua menyerang UMNO, semakin jauh gua dengan Anwar. Semakin gua menjelaskan kebodohan Melayu, semakin gua meluat dengan Azmin. Sungguhpun begitu, sekali lagi, hakikatnya gua akui peranan dan jasa Anwar kepada perubahan Malaysia.

Tali apakah yang ada pada Azmin yang mampu menarik Anwar? Fail apakah yang ada pada Azmin sehingga Anwar bergaduh dengan Ezam? Hubungan apakah yang ada pada Azmin sehingga Khalid Ibrahim bergeser dengan Anwar? Seolah2, Anwar tidak mampu melepaskan diri dari cengkaman Azmin. Azmin ada WMD. Azmin ada sesuatu. Apakah ia? Sehinggakan, jika gua diberikan kemampuan Allah dalam beberapa tajuk, gua tekad melanggar Azmin.

Akhirnya, tibalah pemilihan. Di tahun 2010 ini. Selepas kemenangan PRU12. Ketika zaman menuai. Kita melihat aksi Azmin yang sangat menjijikkan. Ya, atas hujah tertentu, yang gua simpan dalam lubuk kepala otak gua, memang gua sokong Azmin untuk Timbalan Presiden. Gua sokong Chegu Bard, tapi sokong Azmin. Cuma, artikel ini tidak membincangkan itu. Kita melihat aksi jijik Azmin dalam ketelusan pemilihan dibiarkan Anwar. Wujud persepsi dan kata2 Anwar menyokong aksi2 jijik Azmin.

Kenapa?

1. Adakah Azmin ada sesuatu yang istimewa? Nasi kangkang apakah yang ada pada Azmin?

2. Adakah sokongan aksi jijik Anwar kepada Azmin adalah sokongan rebah yang menjatuhkan Azmin secara halus?

Ianya sungguh misteri. Ianya melesukan. Tawar dan hampir kepada tiada perasaan...

Di tahun 2010 ini, selepas kemenangan PRU12, ketika zaman menuai ini juga, kita melihat perkara2 pundek yang dilakukan Anwar. Jika Pak Bakaq selalu mengatakan pemimpin bukan sahaja perlu telus, tapi perlu dilihat telus. Gua setuju. Perlu dilihat itu penting dalam perjuangan. Nabi saw sendiri bukan sahaja berhujah wahyu itu datangnya dari Allah, tapi perlu juga dilihat sebegitu. Dan sebab itulah Nabi tidak boleh menulis. Diperlihatkan tidak boleh menulis.

Jika anda mengatakan Nik Aziz tidak boleh diperlihatkan rasuah walau ianya zakat, gua setuju.
Jika anda mengatakan Anwar tidak boleh diperlihatkan gay, sebab apakah Anwar mengambil jambu2 lelaki dalam jawatan2 pundeknya?

Pembantu khas - Lelaki Jambu Rahimi.
Pembuat Kopi - Lelaki Jambu Saiful.
Kerja-kerja khas - Lelaki jambu satu penjara dengan Anwar.

Ianya sungguh misteri. Ianya melesukan. Tawar dan hampir kepada tiada perasaan...

7 comments:

Faizal Ibrahim said...

aku pun pening dan semakin sangsi ngan anuar nie..

bertambah sangsi apabila berfikir berpandukan pemahaman undang-undang..

Manjungmari said...

Bro...
Lu SPM tahun 1998.. huh lama dah berlalu,,, gua 1978.. lagi lama wooo, lu kena panggil pokcik....
Wa kenal PAS sempat dengar arwah Dato Asri Haji Muda berceramah...memang dato Asri terror berceramah,, kepatahnnya berceramah telah diambil oleh Anuar Ibrahim...

Zulfikar said...

Apasal bro..duk confuse lagi ka..?? Cari la jawapan..jangan tak cari..Kalau cerita zaman Aisyah lu boleh buat rumusan.., inikan pula insiden zaman lu sendiri..

Lu jangan silap langgar orang bro..Wa tengok mentality lu masih ditahap 'taik kote' lagi..still immatured..Lu jangan wat malu ahlul-bait bro...Nak pilih side, tengok betul-betul...Jangan silap dikemudian hari..Silap dalam ingatan, boleh lagi diterima..Jangan silap dalam catatan..especially bila ramai orang baca..ada follower..Lu confused.., follower lu pun confused..Tok Guru bengong..ramai akan turut jadi bengong..

Since lu buka topic Anwar, wa kasi lu satu link..Lu study dulu pasal dia ni..
http://www.cuttingedge.org/news/n1020.html

Lu jangan pula pegang prinsip, "Setan bantu pun, lu sanggup terima"

blogenstarz said...

Dari kes 13 mei 1969.
kepada kes MEMALI.
Kepada AL MAUNAH.
Kepada HARAMNYA UMNO
Kepada Ujudnya SEMANGAT 46
Kepada Ujudnya UMNO BARU
Kepada ANWAR DIPECAT.
Kepada KES MELIWAT.
Kepada BERMULA REFOMASI
Sehingga sekarang.......

Saya berterusan mengalaminya,merasainya dan melaluinya.

Dan yang pasti MALAYSIA adalah yang terbaik....

Tapi sayang MELAYU MUDAH LUPA !

ariffz said...

tapi at kalo betul si azmin tau rahsia terbesar anwar, kenapa dia xberpaling tadah pada umno je. dah tentu berjuta2 dia boleh dpt, bukan setakat senator, menteri kewangan pun sanggup BN bagi kalo betul si azmin pegang kunci rahsia anwar. tapi dia kekal dgn anwar smpi skang walaupun pada zaman awal paklah dulu pkr menang 1 kerusi je. jadi benda ni susah kita nak fikirkan sebab hanya mereka saja yang tahu. so sblm tertimbul fitnah secara tak sengaja dari kita, elok kita lupakan sejenak. mohon petunjuk tuhan agar bumi malaysia ini bebas dari cengkaman zalim.

Nizam Mahmud said...

ariffz,

Ada satu kemungkinan- Azmin bercita2 tinggi, nak jadi Menteri, or Menteri Kanan atau dia ingat kalau Anwar masuk jail & PR menang, dia leh jadi Perdana Menteri.

UMNO boleh offer dia duit ajer utk mengaku. Dapat berapa? RM100 juta? Kecik tu bai kalau compare dgn apa yg dia boleh kaut bila jadi menteri. Menteri kat Malaysia main billion2. Mana alang2 main juta2. Satu jer kontrak time Najib pegang - kapal selam, berapa harga dia? Belum campo kontrak lain.

Sekali jadi menteri, ada masa 4 tahun sebelum pilihanraya seterusnya. Itu 4 kali bajet. Fikir sendiri lah.

UMNO tak akan offer dia jawatan Menteri utk mengaku. Sebab? Siapa nak pilih pemimpin yang pernah mengaku buat perbuatan terkutuk. Kalau si Saiful mengaku, itu logik. Pasal Saiful tak ada hati nak masuk politik. Dia cuma nak duit ajer.

Ingat 2008, siapa berebut nak jadi MB Selangor. Bukan Khalid bai. Kesimpulannya, Azmin bercita2 tinggi. UMNO suruh burukkan benda lain & janji jawatan Menteri? Come on la, si Ezam sampai sekarang dah jadi Menteri ker?

Unknown said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體