Skip to main content

Ulasan Hasbola Taruna Final Piala Malaysia 2010.

Oleh : AdukaTaruna

Pertamanya, gua menolak pendapat awal sebelum perlawanan yang popular di kedai2 laksam dan somtam Kelantan, yang mengatakan Sultan Kelantan bayar sempena pertabalan dia plak. Ini bola Melayu bai. Belum mampu lagi untuk bermain lakonan seprofessional begitu. Kecuali kalau dia bayar individu macam Rita yang keluar injured.

Pada gua, analisis gua tak meleset (kaber line nih). Ditambahkan lagi pembolehubah Azizi Botak Kelantan yang tiada. Lu boleh tengok, seawal minit pertama bagaimana Sembilan menghuru-harakan defend tahap sekolah rendah Kelantan. Idris Karim dapat peluang, Kunalan dapat, Halim pun dapat.

Tapi, entah taktikal bongok mana ntah, corak bertahan terus diamalkan sebaik sahaja dapat gol murahan seperti penalty itu. Pada gua, gol free kick, gol conner, penalty adalah gol level 2, walaupun gua isytihar bahawa penalty kepada Kelantan itu adalah layak dan tepat. Penalty tu denda bai. Bukan hadiah. Jangan jadi Melayu. Penalty (denda) kepada Kelantan, bukan penalty (hadiah) kepada Sembilan.

Memang benar, walaupun corak bodoh diamalkan, yakni bertahan, dapat bola sepak lelap mata ke atas, kena serang balik, dapat patahkan, sepak clear lelap mata lagi; gua akui bahawa defend Sembilan memang tahap kebangsaan. Shukor dan Rita berganding dengan cemerlang. Sungguh kemas.

Sehinggalah Rita kena rempuh dengan Norshahrul, dengan rempuhan minor. Lutut longgar punya budak. Mesti ganas Rita nih selama nih. Terus keluar tak masuk2 budak Rita tuh. Wan Jamak dah kelam-kabut. Tadi amal corak bertahan, belum sempat nak tukar corak, Rita keluar. Teringat fail kes cerai dia terlupa simpan kat rumah. Corak bertahan apa, Shukor seorang, Rita keluar tanpa diganti? Jose Morinho kol gua.

“Hello, Aduka. Pundek apa Wan Jamak buat strategi macam tu?”

“Mana gua tahu. Gua harap Rosmah tempeleng dia. Hidup Rosmah!”

Dari detik Rita keluar, adlah detik malang bagi juara bertahan itu. Faktor feel good untuk kerajaan negeri kelantan di PRK Galas mula menyinar. Defend huru-hara. Shukor kawal kanan, kiri bocor. Kawal kiri, kanan melopong. Kemusnahan tercatat apabila Hai-O tidak dikawal menanduk bebas tanpa cabaran. Gol bergegar.

Kemudian, kubu Sembilan terus huru-hara. Ianya tidak bocor melalui tepi, tetapi bocor di posisi Rita. Badri lepas melalui lorongan bola mudah. Keeper Sembilan plak, jenis lemah lutut, semakin dekat Badri secara 1 by 1, semakin rendah lutut. Cuba lu tegak dan garang macam Buffon. Kompom tak masuk sebab penyerang Malaysia jarang yang placing untuk score. Semua jenis lelap mata rembat sepuas hati untuk keadaan 1 by 1.

Selepas ketinggalan 2-1, barulah Sembilan bermain seperti biasa. Yakni bermain untuk mencari gol. Larian Kunalan terpaksa dijatuhkan. Kena kad kuning. Kemudian bocor lagi di kawasan posisi Azizi. Tapi rembatan Firdaus tahap pemain kampung. Melambung macam bola ragbi. Bocor lagi di kawasan Azizi. Shahrulain hanya perlu scrore guna sepak sila sahaja untuk placing. Tapi scrore guna sepak kuda. Terus bola ke Halim yang kedudukan offside.

Bocor lagi defend kelantan.. Tapi lorongan Idris ke tengah gagal dibaca Firdaus. Patutla mamat ni main simpanan. Harap rambut jer belah tengah. Sedang rancak menyerang, Kelantan plak berjaya masuk. melalui posisi Rita. Alif tarik Akmal, Akmal berbulu, debik belakang. Tersembam budak rambut retro tu. Sakit dapat, kad kuning pun dapat. Pakej. Seb baik Akmal tak tarik rambut retro tuh sampai botak macam dia.

Kesimpulan.

1. Tahniah Kelantan.

2. Harap2 ianya menjadi faktor sedikit sebanyak kepada kemenangan PAS di PRK Galas.

3. Semua gol Kelantan adalah bocor di posisi tengah, yakni posisi Rita. Gua optimis ramalan gua tepat kalau Rita tak mengada2 mengadu lutut dia longgar.

4. Perlawanan kekuatan sebenar pada gua ialah apabila Azizi ada untuk defend Kelantan. Rita dan Shukor ada 90 minit untuk defend Sembilan. Dan Rizal Zambry Yahya (Ikan) juga ada untuk tengah Sembilan. Dan Ayu Raudah ada untuk serangan Sembilan.

5. Gua meluat tengok adengan ritual pundek tertentu. Sendiri faham la lu.

Comments

  1. ala hasbullah tu asyik puji N9 jer... aku dengar ulasan pun rasa cam nak hempuk ngan kusi stadium jer..... skit² HANTARAN CANTIK DARI N9.... bila pengulas sorang lagi puji klantan skit .... dia trus jer potong n puji n9.... lepas kelantan score gol kedua 2 baru la kendur skit puji kat N9.... aku suka ulasan pengulas kat TV tu....

    ReplyDelete
  2. apo kono jang? mulo jo baguih main pastu dapek gol teruih main main.

    Rather kill the game early with 2nd goal. Skor gol lagi. Sebab defence Klate pun agak gelebah/ leaking. Main-main kena la.

    Apa pun syabas kat 2 2 pasukan. Jarang aku nak nengok aksi bolasepak pemain-pemain M'sia main. Sebab Final aku 'terpaksa' la tengok jugak. Hehehe.. Kualiti tu ada at times. Skill & confidence pemain ada jugak pada sebahagian. Farhan, Sharul, Aidil (Rita? haha), Sharulain dll tu bagus nampaknya. Most of the times.

    Ada yg gelabah sampai habis game pun buat unforced errors. Banyak kali pulak tu? Dengar kata pemain tu pemain kebangsaan atau ex-national player? Ada ke rope tu main...puihh! Memalukan aje.

    ReplyDelete
  3. syukurrrrrrr....AT xyah tido luar...wakakkakaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...