Skip to main content

Najib mengisyaratkan pertumpahan darah?

Oleh : Penarik Beca

Dalam liputan bertajuk "Najib: Apapun terjadi, Putrajaya mesti dipertahan" yang menyiarkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Umno, Malaysiakini hari ini memetik:
Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!
Saya teringat tindakan Dewan Rakyat yang menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila menolak soalan mengenai pembelian senjata dari sumber-sumber rahsia di pasaran gelap luar negara yang dikaitkan dengan Pemuda Umno.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan menghalalkan pembelian berjuta-juta senapang dan berpuluh-puluh ribu pistol, senapang submarine dan stand granite dari sumber-sumber rahsia di pasaran gelap luar negara. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kos dan butir-butir sepenuhnya serta hubungannya dengan latihan separa tentera Pemuda Umno.

Bagi Lim, jawapan bagi soalan tersebut adalah sangat penting.

"Ini adalah sangat mustahak oleh kerana sama ada benar muncul satu para military outfit dan disokong oleh kerajaan atau Mindef (Kementerian Pertahanan) secara tidak mengikut perlembagaan dan undang-undang.

"Parlimen patut tahu supaya semua perkara boleh diambil perhatian," katanya.

Tindakan Dewan Rakyat menolak soalan itu menimbulkan persoalan adakah penolakan itu berpunca dari keengganan Najib menjawabnya. Jika benar Perdana Menteri enggan menjawabnya, ia menimbulkan tanda tanya mengapa beliau enggan menjawabnya.

Jika soalan yang dikemukakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu tidak benar dan tidak mempunyai asas sama sekali, tidak ada sebab mengapa soalan itu patut ditolak. Tindakan itu juga dengan sendirinya menimbulkan kecurigaan terhadap Perdana Menteri yang dilihat enggan bersikap telus untuk menjawab soalan tersebut.

Comments

  1. wak2 kampung dah bersidang seh, kunonnya...
    umno sudah sedia terima hakikat kekalahan pru13.. teori huruhara dan kacau bilau.. perjuangan melayu dungu era 13 mei menjadi bisek2 penyedap kopi!
    Umno memang handal dgn teori konspirasi. walaupun selalu miss no ramalan, wak2 kedai kopi selalu tepat dalam isu2 camni!

    ReplyDelete
  2. kalau korang ingat pembunuhan beramai2 yg dahsyat di Algeria tahun 1995 selepas FIS (Islamic Front) menang majoriti pilihanraya, tangkap pemimpin2... diorg guna taktik bela jambang/janggut 2-3 minggu dan bertakbir masa kepung n bunuh penduduk2 kampung yg merupakan kws grup Islamist...

    dgn khidmat nasihat Apco, aku tak dpt bayangkan kejahatan dan kekejaman Umngok utk pastikan mereka survive...

    ReplyDelete
  3. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm

    cerita pasal lu tarak dalam blog kah?

    ReplyDelete
  4. gua igt ni la punca ketegangan kaum.akta hasutan 1948 x bole pki ke?hehe

    ReplyDelete
  5. bro Pencatat,
    skang cuba lu bayangkan yg ni plak..
    mat mat lebai jubah putih beserbang pi serang mengamuk kat jinjang dan batu cave.. kendian hero tamil naidu ngan hero wah datang ngamuk kat kampung melayu sungai bulu.. pah tu baru keluar wak muda rambo jawa dgn vest kebangsatan bersatu membela.. haru dia punya plot noo.. agak jadi tak cam tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.