Skip to main content

Cerita Pak Guard terlampau (2)

Oleh : AdukaTaruna


Siri 1 | Siri 2

Lepas baca apa yang patut, buka sikit 4 cermin kete, gua pun rebah seat. Tido. Ni, kalau Majlis Agama Islam Kelantan tuduh gua buat maksiat dengan member gua nih, mau gua cota kupiah diorang sekor2 nih. Gua dah la tengah seram nih.

Tengah terkial-kial nak lelap mata, gua perasan member gua bernafas macam kerbau. Ak'alaaa... dah la nyamuk banyak gua tak boleh lelap. Esok gua mesti bawak Fumakilla nih. Panas satu hal lagi. Nak bukak tingkap, gua tak berani. Member gua plak buat taik.

"Woi... apahal mu nih?"

Gua gerak dia bangun.

"Wooo!!" Dia terkejut. Dengan gua2 sekali terkejut. Pundek nih.. seb baik tak kena penumbuk.

"Aku ingat demo tido doh.." Member gua kecek luar la kononnya.

"Nak tido cane.. dah mu memekak macam kerbau."

"Kawe tido kena tindih. Pah tu ada ore tolak troli mayat sebelah pintu kawe."

"Aku tak dengar pun."

Gua malas layan. Member gua ni 2 kali penakut dari gua. Tapi takper la.. janji jangan dia penakut tahap lari tinggalkan gua sorang2 jer, dah la. Mau nagis gua kat situ.

"Kita kluar dulu lah... pekana kopi." Bini gua ada bekalkan kopi 3 in 1. Gua bawak 2 peket.

Gua sajer jer betulkan kaki seluar la.. pakai kasut la. Tektik gua suruh dia keluar kete dulu. Tapi mangkuk tu lagi pakar dari gua. Dia tak bangun langsung. Mata terkebil-kebil tengok gua. Nate nih... last2 gua jugak kuar kete dulu. Gelap siot. Lampu limpah memang dah lama rosak. Lampu limpah ni beb. Mampos Evelyn tak tahu binatang apa lampu limpah nih.

Lampu kat bilik pengawal pun rosak. Sehelai jer yang hidup. Tu pun terkelip2. Niamakahai. Macam filem seram Ahmad Idham la plak. Besok, kalau IO (pegawai syarikat yang in charge) tak settle lampu, gua demo depan Putrajaya. Tengokla...


Lepas minum, kitorang terkebil2. Tunggu hari cerah. Bila dah nak dekat pukul 5, hati gua dah tenteram sikit. Jap lagi azan Subuh dah. Maka, berambuslah gua dengan member g masjid. Walau diancam buang kerja kalau kedua2 pengawal tiada di pos, gua peduli apa. Nak solat cane bai.. kotor nih. Walau gua boleh hampar sejadah kat jalan tar, tapi gua malas nak kotorkan sejadah. hua3....

Pagi tu.. masa bertukaran syif dan serahan tugas, gua bagitau KP (Ketua Pengawal) tentang member kena tindih waktu tido.

"Ngaruk demo nih."

Pundekla... dia tak kena malam boleh la. KP gua ni budak lagi. Umur 25 tahun. Tapi sebab dapat uniform, ada 3 calit kat bahu, dia punya poyo lebih. Mementang la gua hanyalah seekor Pak Guard, dia anggap gua ni bodoh setara dia. Wahahaha. Siyes bai. Ada ke dia cerita dengan gua tentang naik kapalterbang. Dia siap buka tingkap. Tapi tak boleh besar2 nanti pramugari marah.

Oleh kerana memang betul gua tak pernah naik kapal terbang, gua pun kompius gak la. Kah3... seb baik hari tu enset torch light gua tak boleh rakam audio. Kalau boleh, sah gua rakam dan upload untuk hiburan lu orang.

"Kalau langgar awan cane? Rosak tak?" Si barua member gua ni bakar si KP.

"Mano buleh kapa terbang langgar awan. Tak sampa. Lalu bowoh ja. Kalu langgar awan gak... punoh la enjin. Awan kan air."


Malam 2.

Pendek cerita malam 2 pun tiba. Tapi gua sambung esok2 la...

(bersambung ikut suka...)

Comments

  1. hihihi.. lawak sungguh! nak amik blekberi den nih wat rakam aksi terlampau pak guard belah malam.. hahahaha..

    ngah, sejak bila ada penjodoh bilangan 'sehelai lampu' nih. pos pengawal pakai lampu krismas yg melilit2 tu ka.. wahahahaha.

    oi. den tau la lampu limpah tu! yg cam lampu jalan tu kan..... cehhh....

    ReplyDelete
  2. naik kapal terbang bukak cermin tingkap?.... kahkahkah..... lu cakap la apasal nko tak ambik awan tu gumpal n makan.... best wooooo... kahkahkah

    ReplyDelete
  3. aku garenti EPF tak dak, apa tah lagi SOCSO.. kah..kah..kah..
    lama-lama bila dah biasa,bila lu dah dah tau lubang, lu boleh bikin itu pos sebagai port.. lu tak caya??

    ReplyDelete
  4. wei wei wei..sape tido sampai bas terbakar weii

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.