Skip to main content

Cerita Pak Guard terlampau (1)

Oleh : AdukaTaruna

Alhamdulillah, gua selamat tiba di KB tengah hari tadi. Gilo lame gua dalam kete lipan. 14 jam lebih! Siap rosak lagi sejam dua. Binatang punya BN. Dari lu buat bangunan 100 tingkat la, KLCC yang takder manfaat untuk golongan terbanyak, masuk F1 yang hanya diminati Hasbullahpit, baik lu buat kete lipan laju ala2 Jepun. Dari KL ke KB. Senang gua ulang-alik mahkamah. Hua3...

Nak gua citer bab isyarat berdarah Najib kang, gua bimbang menakutkan awek2 Melayu dan amoi2 Cina yang memang penakut. Sebab undi terbanyak diorang pegang nih bai. Pompan2 ni semua, jenis malas fikir punya. Apa? Politik? Baik I baca novel cinta Kasih Terlarang. Takper2... nanti2 bila kena masa sesuai, kita bincang bab penting ni sama-sama.

Nak gua citer bab kes gua kang, mau gua kena tempeleng dek lawyer plak. Sebab takut menganggu proses. So, terpaksa la gua citer bab kerja terbaru gua. Pak Guard sebelah malam. Ngeee....

Sebab gua perlukan masa mencetak, mencari sales, terjah masuk kilang2, sekolah, etc, maka, gua perlukan sebelah siang terutama pagi. Tapi tak berani plak nak benti terus kerja. Kena kerja gak. So, sekian lama minta, alhamdulillah, Allah takdirkan gua dapat jadi Pak Guard sebelah petang sampai malam atau malam sampai pagi bergantung pada syif. Pergh... seumur hidup gua tak pernah gua jadi Pak Guard nih. Ni tahu dek ahli PAS macam Anak Sengat mau gua kena hina tak hingat punya nih. Kah3. Gila mulia bai darjat diorang.

Setelah gua hantar surat, terus meeting. Bos gua separuh marah, separuh berbulu dengan tindakan gua. Gua slow talk baik punya. Gua cakap gua berhenti kerana hasutan C++. Siapa C++? Bos gua tanya.. gua sengeh jer.

"Takper la bos. Kalau ada design, bos panggil la. Kito buat la... no hal la..."

Then, gua ke kedai. Gunting rambut. Orang Kelantan panggil bojeng. Gilo apa tak gunting rambut. Mau kena terajang kat Ketua Segala pak Guard tu kang. Seb baik gua gunting ada unsur2 ganas sket. Kalau unsur2 jambu Anwar Ibrahim, mampos. Mampos gua 8 hari 8 malam gua kena kutuk kat fesbuk. Kapten kutuk si Azmir. Nama jer macam nama ulama. Tapi kaki kutuk.

Hari pertama, gua diberikan uniform. Ah... gila. Gua rasa gua masuk zaman sekolah balik ni. Zaman poli dulu pun gua g kelas pakai jeans n RXZ takda no plat.

"Ni... Khairul. Pegang cota ni skali."

Tiba2 gua rasa nak gelak dah nih. Gua pegang cota ni bai. Tak pernah lagi ni. Selalu cota gua simpan dalam seluar. mana boleh pegang kat luar. Gile. Malam tu taklimat. Gua start pukul 12 malam bersamaan 1 hb.

"Kalau malam, takper la nak pecat uniform. Tapi kena kemas la. Cuma kalau siang, time pejabat, tak boleh."

Pergh.... ayat paling indah gua dengar.

"Cabaran besar letak pada orang malam la. Syarikat nak bagitau jujur supaya takda masalah kemudian hari. Tempat ni memang ada masalah. Sebab itu orang tak lekat dan syarikat pun tak lekat. Paham2la. tempat simpan organ untuk hospital. Tapi, insyaallah, kalau kita kuat semangat, tak tinggal solat, Allah bantu kita."

Ah... pundek. Tempat berhantu ke ni? Sudah...... gua tengok member gua, member gua tengok gua. Woooo.....

"Masalah paling banyak kat ambulans ni la." Ada 8 buah ambulans buruk kat belakang kawasan bangunan.

Pendek cerita, malam tu, dengan dibekalkan 2 set wacky talky (camni kot ejanya), 2 cota (kah3), uniform tahap polis, gua bertugas. Pertama kali gua bertugas sebagai Jaga dalam hidup gua, pertama kali syarikat itu berkhidmat di situ. Semuanya terletak pada gua dan member.

lepas borak2, mengumpat2 apa yang patut, dalam pukul 3 pagi, gua ambil keputusan membuta.

"Nak tido kat mana?" member gua tanya.

"Dalam kete." Kete kancil member gua. kat pos pengawal kotor. Belum bersih. Tempat lain memang takda. Takan lu nak gua tido dalam ambulans. Gile. Pak Din Mountdeweller boleh la. Gua? Jangan mimpi bai. Kalau hantu tu lawa cam Nora Danis takpa. Ni menakutkan macam Ikut Suka Haku. Ah... gile.

Lepas baca apa yang patut, buka sikit 4 cermin kete, gua pun rebah seat. Tido. Ni, kalau Majlis Agama Islam Kelantan tuduh gua buat maksiat dengan member gua nih, mau gua cota kupiah diorang sekor2 nih. Gua dah la tengah seram nih.

(bersambung ikut suka...)

Comments

  1. Bhai AT...

    Hahaha.... lu jadi JAGA ka... hahaha... jaga baik-baik itu cota... nanti hilang... ader kesan DNA .. payah lu... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. gua tak berani nk gelak ni..kang kecik ati lak...aishh...alalala!~

    ReplyDelete
  3. pergh!!!! bagus la lau jadi pak gad.... ni mesti bbojeng ala budak PLKN ni....

    ReplyDelete
  4. salam aduka..wak pun macam restless - antara nak gelak dan tidak..tapi nak gelak jugak..wakakaka...!!

    Kerja guard - kerja mulia, orang lain tidor, guard 'jaga'. tak mulia ker?

    ReplyDelete
  5. Sape kata JAGA itu berjaga? Salah. Tido gak. wahahaha

    ReplyDelete
  6. weh ngah, bijak gak lu. skarang gaji jaga dah naik woo. lu kene timekasih kat najib. heehee

    ReplyDelete
  7. pecat uniform????.....apa salah uniform tu sampai nak kena pecat???....

    wakakakkakaka.....lama x dengar perkataan PECAT (bahasa kelate la)....lamo etek dok di luar...hihihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...