Skip to main content

Bacaan berat dari gua. AdukaTaruna.

Oleh : AdukaTaruna

Ini amaran gua. Bacaan ini berat. Hanya terdapat dalam blog gua jer. Lu kena sediakan panadol sebelum teruskan membaca artikel gua nih. Kalau tak, gua yakin, lu semua akan pening kepala.

Baik. Skang mari teruskan membaca.


Resepi Nasi Goreng Chinese Style


Resepi Nasi Goreng Chinese Style

Bahan-bahan:

2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan udang rebus
1 bawang besar saiz sederhana
½ cawan kacang pea separuh masak
2 tangkai cili merah — hiris
400 gm nasi sejuk
2 biji telur
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 tangkai daun ketumbar - dimayang


Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang hingga sedikit coklat.
2. Masukkan nasi dan goreng beberapa minit sambil dikacau.
3. Ketepikan nasi dalam kuali dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
4. Kacau selama 3 minit.
5. Masukkan udang, kacang pea, garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api.
6. Hidangkan nasi goreng dengan daun ketumbar dan hirisan cili sebagai hiasan.

Selamat mencuba.

p/s : Sorry beb. Gua just apdet blog jer nih. Hua3... skang ni sibuk menyiapkan buku lokap gua.

Comments

  1. hahahaha....
    lu btul2 letak resipi masakan laa...

    aku ingat ape td kena sediakan panadol....

    ReplyDelete
  2. ngah, meh sini,
    den nak high-five kat pipi kanan lu.

    ReplyDelete
  3. resepi penipu....dalam foto ada capsicum la, cendawan la, dlm resep tak dak pun.....lu penipu aduka penipu

    ReplyDelete
  4. Rapidshare, Hotfile, Megaupload PREMIUM termurah!!!!!

    http://rapidsharepremium-murah.blogspot.com/

    " we have experience almost a year selling premium account "

    0122453958 >> deal paling cepat dan pntas

    cara2 pembayran ade dalam blog di ats.
    LPS PAYMENT , TERUS DPT.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.