Skip to main content

Apsal kete mudah terbakar kat Malaysia skang ni?

Oleh : AdukaTaruna

Gua tertarik dengan isu yang dibawa oleh Setan Besar Paroi Jaya, Edyesdotcom. Apsal skang ni, banyak kete kat malaysia ni, terbakar kalau eksiden?

Edyes ada bagi satu teori. RON95. Betul tak betul, gua tak tahu. Kena timbang dengan ahli. Evelyn as jurutera kimia petrol maybe boleh kencing kita sebanyak sedikit. Jurutera kete pun boleh masuk gak. Cuma pomen tak bertauliah macam C++ jer tak bleh. Gua boleh murka. Tauliah2 ni penting bai. Kalau tak, gua anggap lu berhadas besar. Kepala abah dia tuh.

Skang gua nak bagi teori gua plak. Teori tak tahu lagi ni fakta ke mitos semata. Haha. Gua ingatlah kan, antara sebab terbakar ialah bateri kete duk kat depan. Kat area hentaman dan renyukan. Bila wayar bateri tu sentuh body, mesti berlaku spark punya. Spark plak berpanjangan. Selagi engine hidup. Petrol plak meleleh. Tangkap lentok punya. So, 10 saat ke atas, pasti terbakar.

Maybe diburukkan lagi jika kita adalah pengguna RON95. Gua pun tak tau nate apo RON-RON nih. So, kalau lu agak2 teori gua betul, apa kata kita sama2 mody letak bateri kete kat belakang ke, dalam dashboard kete ke, atas bumbung ke. Tempat yang agak selamat dari hentaman depan la.

Ke guane?

Comments

  1. Bro..., kalau bateri punya pasall, tukar aja beteri jenis h/phone guna tu...yang kalis api..

    ReplyDelete
  2. Nak letak kat belakang lg dekat dgn tangki bro..
    Tlg tnya Edyesdotcom bleh gune betri eberedy x?

    ReplyDelete
  3. spark kat mana2 pon boleh berlaku. cth: yg suka hentak2 kepala pam minyak kat tempat masuk minyak.

    kebakaran berlaku sbb benda2 berikut ada pada masa yg sama.

    1. fuel
    2. spark
    3. oxygen

    bila eksiden, tiga benda ni jika bertemu serentak, kompom akan terbakar. so tricknya, isolation. mengasingkan.

    cara paling mudah, tangki kereta kena kukuh la. haha. guna carbon reeinforced material. mcm rocket n space shuttel punya solid fuel tank. boleh withstand high temperature and high impact.

    but of course, you have to pay more... :p

    bg wa, ron 97 n ron 95 tak banyak beza pun. sbb asal ada spark, dont matter if its ron 95 ke ron 97. flash point dia beza dalam 0.5degree celcius. dalam keadaan kemalangan (spesifik pada high impact accident), kandungan benzene or toulene or iso butane dlm kes ni, boleh dikatakan negligible. of course, kalau lu tanya engineer lain, dia akan kata benda ni penting sbb engineer mmg poyo like that. ahaks :p

    but, takdak spark pun boleh jugak terbakar. every hydrocarbon ada special characeristic, flash point etc.

    ReplyDelete
  4. alah, leceh la nak spiking melayu full full ni. mau bedarah hidung wa nak trenslet flash point. titik menyala? high impact, persentuhan tinggi? hwakakakakakakaka

    ReplyDelete
  5. bateri letak kat belakang? nih lawak pagi ahad ke? wakakakakakakaa. dah tu kalau kene langgar dr belakang? ngeee...

    nak setel bateri ni, kita kene reka portable bateri. ala2 kunci keta la. nak start keta baru cucuk bateri. seme pun pakai portasble. hanya switch on bateri stail lama jika anda lupa cas bateri lampu keta. ahaks.

    ReplyDelete
  6. Jenuh la kita nak mengusung bateri portable kereta ke sana ke mari, nampaknya, Elyn? Hehehe

    AT, wa ingat spesifikasi keselamatan kereta kita rendah atau tak standard imported BMW, Merc, dll. Tambahan, kereta yg pasang kat M'sia lagi barai, hancus.

    R&D kita pun tak kaji kot road accident effect/impact pada setiap hasil prototype design kereta kita. Janji kereta nampak cun, sudah, boleh jual kat rakyat macam AT. Padahal semua local manufacturer + vendors hanya nak 'low-cost' tapi optima untung.

    Mana nak capai tahap negara maju jika minda yang bertanggungjawab buat kereta pun tak merdeka lagi, tahap 2nd class (3rd?) tak pikir & pentingkan keselamatan pembeli keretanya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.