Skip to main content

Syahdunya gua, melihat gambar Musa Hasan.

(Semoga maju jaya pada lu, bro.. tapi.. syahdu ni... sob..sob... barang2 gua yang kena rampas tu lagu mana tu? huhu...)

KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang bakal bersara kelihatan meninggalkan Mes Pegawai di Bukit Aman selepas majlis serah tugas, di sini hari ini.



 (bro.... bro.... ala..... komputer gua tuh lagu mana? Ada gambar C++ dalam tu beb. Dengan KakRos.)

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang bakal bersara melambai ke arah jurugambar ketika meninggalkan perkarangan Mes Pegawai di Bukit Aman selepas majlis serah tugas di sini hari ini.

Kontrak perkhidmatan Musa, 59, akan tamat pada 12 Sept. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan mengambil alih jawatan sebagai Ketua Polis Negara.

Comments

  1. BEKAS KPN BERBOHONG. LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT. TANGKAP DIA SELEPAS BERSARA.

    KDN nafi campur tangan urusan PDRM


    2010/09/08
    KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, mengenai wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

    Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata adakalanya syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM.
    "Maka di dalam hal ini, urusan pengurusan perkhidmatan utama adalah tanggungjawab PDRM dan isu campurtangan di dalam perjalanan urusan PDRM oleh kementerian tidak wujud sama sekali," katanya di sini hari ini.
    Beliau berkata demikian ketika membaca kenyataan tiga muka surat kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas dari Musa kepada Timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru berikutan persaraan Musa, Isnin ini.

    Sebelum ini, Musa meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan PDRM menjalankan tugas dan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.

    Mahmood berkata, di peringkat kementerian, mesyuarat Pengurusan Logistik PDRM telah diadakan pada setiap hari Rabu bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan sumber manusia, pengurusan dan pembekalan PDRM.

    Katanya, ini bagi memastikan segala keperluan PDRM diberikan perhatian sewajarnya sejajar dengan penambahbaikan perkhidmatan PDRM.
    "Sekiranya sesuatu permintaan itu tidak dapat dipenuhi, ianya kelihatan seperti KDN campur tangan dalam pengurusan PDRM.

    "Walaubagaimanapun setiap permintaan dan perancangan PDRM seperti mana-mana jabatan kerajaan yang lain adalah tertakluk kepada dasar kerajaan, prosedur kewangan serta lain-lain peraturan yang berkaitan," katanya.

    Sementara itu, beliau berkata walaupun isu tamat kontrak Musa tidak dimaklumkan secara bertulis, namun ia telah dimaklumkan secara lisan seminggu sebelum tarikh pengumuman KPN yang baru dan turut dimaklumkan sekali lagi secara lisan pada hari yang sama.

    "Urusan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Pegawai Kanan Polis perlu melalui Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri.

    "Seterusnya dipertimbangkan untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong melalui syor Perdana Menteri," katanya. - BERNAMA

    ReplyDelete
  2. Bhai AT...

    Gambar gua yang ader dalam PC lu yang dirembat oleh PDRM tue ... takper... itu gambar lama.. sekarang gua nak buat facelift... sekarang muka gua dah jadi muka Antonio Banderas... hahaha... mesti Catherine Zeta Jones suka kat gua punya... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.