Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Sep 7, 2010

Orang yang taksub kepada anti-konspirasi itu super bodoh! Orang yang taksub kepada konspirasi itu bodoh tukil!

Oleh : AdukaTaruna

Seorang rakan meminta gua mengulas tentang satu cabang fahaman.

Di sini.
Di sini.

Selalunya, bagi gualah, untuk mengulas benda berat, memerlukan equipments yang biasa pada gua, dan satu masa yang lapang. La… kan ke equipments gua, gua kasi Musa Hasan pinjam. Skang ni Musa Hasan dah pencen, gua dah risau… barang2 gua yang kena rampas tu lagu mana tuh?

La ni Jeming Hasan bagi gua pinjam PC Pentium 3 beliau. Berukben cap Maxis plak selalu habes quota sebab kongsi reramai. Bila la DAP nak perintah Malaysia ni. Dapat tenet free.. kah3…

Anti-konspirasi itu super bodoh.

Gua baca penjelasan mamat tu berjela2, gua dah gelak dah. Gelak sebab dalam BM la. Kalau dalam BI, gua diam jer. Sebab kalau dalam BI gua memang siyes sket.

Tapi gua suka. Suka bab percambahan idea dan suasana bahas yang berlaku. Cuma pesan gua kat mamat tu, dalam seronok kemukakan idea sendiri, lu jangan cari pasal dengan Herman Samsudeen.

Dia memang tak boleh lawan hujah, tapi tunggu lu masuk dalam keadaan tertentu. Memang dia selongkar facebook, myspace, friendster dan paparkan gambar lu atas alasan membantu pihak polis. Wakakaka. Aduss…. Seb baik la Herman ni gua jumpa time gua 29 tahun. Kalau time 9 tahun, kena plak satu kelas dengan gua…. memang lumat la bebudak kopiah ni…..

Setiap kejadian bermotif.


Macam biasa, dalam mencari satu-satu jawapan, perkara paling asas ialah memahami bahawa kita adalah genetic yang bodoh. Dari sini, kita terus mencari 1st party. Keterangan dari langit. Jangan memandai2 ikut Melayu. Kemudian, kita timbang dengan 3rd party. Yakni golongan ahli. Last sekali, barulah kita memilih mana yang terbaik untuk kita.

Allah jadikan dunia ini bermotif. Abu bunuh Timah juga bermotif. Kes pembunuhan antara Qabil dan Habil juga bermotif. Yang takda motif ialah kes kematian Altantuya jer. Special sket.

So, mari kita gigit 1st party dulu.

Orang-orang kafir itu membuat tipu daya , dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik–baik pembalas tipu daya” Surah Aali 'Imraan : Ayat 154
(Pergh.. dah macam Harun Taib ni, hujah gua.)

Itu bukan AdukaTaruna yang kata tu. Tu Allah yang kata. Tipu daya itu wujud. Allah kata, bukan Aduka kata. Jangan lu tuduh kata2 Allah itu konspirasi gua dah. Gua tempeleng lu hidup2. Tetiba plak lu percaya pada konspirasi.

Jadi, bermakna, perancangan, motif dan konspirasi memang wujud! Golongan yang tidak percaya kepada konspirasi satu golongan super bodoh yang gua baru jumpa! Nah! Lu tahu tak apa makna bodoh, dan apa makna super?

Disampaikan kepada kita bagaimana Firaun itu membuat perancangan membunuh setiap bayi lelaki yang lahir. Ini adalah konspirasi. Allah…. Wujud juga golongan buta akal sebegini. Hua3…. Dengan Pentium 3 pinjaman Jeming Hasan, berokben cap Maxis, gua taip hujah nak lawan mamat tuh. 2-3 minit, dengan izin Allah; siap.

Jadi, motif dan konspirasi apa gua nasihatkan mamat tu supaya jangan bergaduh dengan Herman Samsudeen di awal artikel? Sebab mamat tu, dan Herman Samsudeen kualiti pemikir dia satu level. Lihat bagaimana gua susun konspirasi dalam artikel menjawab hujah anti-konspirasi. Ngee…

Itu belum gua buka sirah bagaimana Adam makan buah nateapontah (gua lupa), Yusuf kena campak dalam perigi oleh adik-beradik dia, Iblis menyamar manusia dalam konspirasi Arab membunuh Muhammad saw, fitnah terhadap isteri Ibrahim, etc. Setiap kejadian bermotif. Setiap zarah takdir Allah tidak sia-sia.

Taksub konspirasi juga adalah bodoh.


Tapi janganlah sampai taksub. Ubat gigi habes kat rumah kerja UMNO, minyak motor habes dalam perjalanan kerja UMNO, blackout kerja Yahudi, air terputus 2 jam kerja Yahudi. Itu level lagi bawah dari Herman.

Boleh kemukakan teori, tapi dengan hujah. Hujah pula, selagi tanpa bukti, maka ianya kekal dalam bentuk teori. Jika mempunyai bukti, barulah ia dipanggil fakta.

Boleh juga berbantahan mengenai teori yang dikemukakan, tapi juga dengan hujah. Hujah itu pula, selagi bukan dalam bentuk bukti, maka kekallah ia sebagai teori juga. Jika ada bukti maka fakta sebenar bolehlah dicatat. Itu pun sehingga bukti2 baru ditemui kelak, di mana, ianya boleh didebatkan semula.

Apa pun bro… sebenarnya gua dah buang masa tulis benda basic nih. Harap2 Nizar atau YDP PAS kat Penang tu tak layan isu bawahan gua nih. Kah3…

ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH-Suhaimy Ramly
Hahaha… senyum jer la gua… tapi gua puji lu dalam berani tulis idea lu.

Pecah kaca, pecah tin.
Sudah baca, jangan bergaduh dengan Herman Samsudeen.
Ke guane?

6 comments:

mat said...

Fikir kan bagaimana Wali Allah zaman ini Tahun 2010 menangani konspirasi dan menyelesaikan konspirasi

matsatu.satu@gmail.com

merah_s said...

Caya la lu Aduka, hujah balas ko ni kira mantap gak woo..

Restless said...

ha ha ha.no komen.layan At Vance sepamm.!!

saye said...

he he tambah ayat sket " sesungguhnya tipudaya syaitan itu lemah" so kalau lemah maka buat ape risau pasal konspirasi? tak guna tau pasal perancangan orang jahat tapi hidup tak berubah, masih jauh dari Islam. he he sempena ramadhan nak habis ni

student_outlaw said...
This comment has been removed by the author.
student_outlaw said...

TUKANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI NI ADALAH MUSYRIKIN MODERN..

lebih tepat gitu..