Skip to main content

Macam2 la lu Rosmah. Meluat gua.

Oleh : Qayum Rahman

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan bahawa sidang kemuncak "First Ladies" bakal diadakan bermula 11 Oktober hingga 13 Oktober ini.

Menurutnya, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Beliau berkata, lebih daripada 20 wanita pertama dari seluruh dunia dijangka hadir untuk mewujudkan satu platform baru dalam meningkatkan kesedaran dunia global bagi menceburi bidang pelaburan, pembangunan, kebajikan dan pendidikan.

Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses Kuala Lumpur.

Rosmah berkata, sidang ini adalah satu signifikan kerana wanita-wanita pertama merupakan penyokong perubahan strategik untuk membantu pemimpin lelaki ke arah kejayaan.

"Kita telah menerima jawapan positif daripada 24 wakil negara luar yang mengesahkan kehadiran untuk bersama-sama melaksanakan program ini.

Kepimpinan wanita masa kini

"Sidang ini diadakan untuk menyakinkan umum mengenai kepimpinan wanita pada masa kini," katanya ketika sidang media di kediaman Perdana Menteri Jalan Duta di sini hari ini.

Antara ‘First Ladies’ yang terlibat adalah dari negara Afghanistan, Chile, Sri Lanka, Albania dan 20 negara lain.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sharizat Abdul Jalil yang turut hadir berkata, kementeriannya berbangga dengan inisiatif Datin Seri Rosmah yang mampu merancang sidang kemuncak seperti ini.

"Kita patut berbangga kerana Malaysia adalah negara pertama berjaya mengelolakan sidang kemuncak "Wanita Pertama" bersama lebih dari 45 negara yang akan mengambil bahagian.

"Perbincangan secara bersama ini akan dimanfaatkan oleh semua ‘Wanita Pertama’ untuk membantu kepimpinan dan pendidikan wanita lain di negara masing-masing," katanya.

Sharizat berkata, sidang kemuncak ini akan menjadi satu sejarah dunia untuk mendorong pelapis ‘Wanita Pertama’ akan datang meneruskan perjuangan kepimpinan wanita.

"Deligasi yang akan wujud hasil kemuncak ini mampu menjadikan ‘Wanita Pertama’ lebih bergerak maju mengikut peredaran semasa," katanya.

Sidang kemuncak la, forum dunia la... setakat sembang air liur macam ulama, baik buat blog macam gua jer. Duit tak membazir.

Gua ingat kalau Imam Mahdi muncul, ulama2 buih laut macam Hadi Awang no 1 yang dia bunuh. Gua ingat la. Betul tak betul, lu tapis la sendiri.

Sebab forum sana-sini, hotel sana-sini, makan sana-sini, microphone sana-sini, cakap2, makan2, peluk2, pastu no action. Claim kat pengikut kampung halaman masing2 berjihad untuk Islam. Macam sial.

La ni Allah macam tunjuk Bik Mama merakamkan watak2 ulama akhir zaman bodo piang nih. Selamat bersidang gua ucapkan. Pes ledi tu bhai... Sebenci2 gua pada Mahathir pun, gua respek Dr Hasmah. Sebenci2 gua pada Najib, lagi semak gua dengan Rosmah..

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.