Skip to main content

Antara Zahid dengan Azmin.

Oleh : AdukaTaruna

Serahkan sesuatu itu kepada ahlinya.

Allah menunjukkan satu sunnah yang harus kita ikuti dalam mencari dan memilih pemimpin. Nabi Adam melalui satu peristiwa getir yang membentuk segala kekuatan. Dicampak ke dunia, berpisah dengan Hawa, etc. Isa dilahirkan tanpa bapa, miskin. Sejak kecil pemimpin itu dibentuk Allah dalam satu konsep sunnahNya sendiri.

Malas cerita banyak, lu lagi terer bab cerita nabi; Nabi Yusuf kena buang dalam perigi, berpisah dari keluarga sejak kecil. Muhammad miskin dan perlu dibuang ke rumah Halimatussaadiah. Sejak kecil juga. Itu sunnah atau format alam yang Allah sediakan untuk kita.

Asas menetapkan falsafah.

Gua memang tak suka Azmin dalam beberapa tajuk, dan gua memang tak suka Zahid dalam beberapa tajuk. Sebenarnya gua lebih banyak tak suka Azmin dari Zahid untuk beberapa hujah yang masih belum dibentangkan. Dan kedua mereka lagi la buat tak port terhadap gua. Sama ada suka atau tidak. Pergi jahanam dengan semua itu.

Berbuih2 jari dan mulut gua dalam membawa kepada lu orang bahawa, dalam satu-satu permasalahan, PERTAMANYA, kita harus down tu basic. Yakni, kita adalah genetik yang bodoh.

Dari sini, seterusnya kita perlu terus kepada bahan mentah dari langit. Bukan terus ambil pendapat mana2 mazhab. Fisrt party. Kemudian, baru timbang dengan tafsiran 3rd party dari golongan lain. Golongan ahli. Setelah itu, barulah kita buat keputusan yang terbaik. Wallahualam.

Tapi kalau ikut bodoh Melayu, Najib Razak tu tak pernah kena gigit pacat pun boleh terus jadi MB Pahang. Ada yang tak pernah main bola tapi pimpin pertubuhan bola. Melayu dan bodoh memang tak habes2...

Azmin.

Zahid bagus dalam bidang tertentu. Azmin juga bagus dalam bidang tertentu. Tapi skang kita berdiskus bab PKR. Survival dan corak haluan PKR.

Merujuk semula kepada bab sunnah di atas, untuk mencari pemimpin bagi PKR, gua berpendapat, Azmin paling layak. Berapa derita dan laluan yang harus ditempuh Azmin untuk meletakkan PKR berada di tahap ini?

Mari menggigit 1st party.

"Patutkah manusia mengatakan mereka beriman, sedangkan mereka tidak diuji?"

Ezam pun tewas la bro... tapi setakat ini, Azmin masih berada dalam landasan. Alhamdulillah. Atas mengatakan hak kepada yang hak, walau gua tak suka dengan Azmin, gua tetap mengatakan Azmin lebih layak dalam tajuk perbincangan ini.

Zahid.

Zahid juga mempunyai prinsip yang jelas. Bagus. Tapi untuk meletakkan Zahid setinggi Timbalan Presiden dalam tahap ujian yang rendah, gua rasa seolah2 ahli PKR sudah menjadi Melayu bodoh. Memang benar Zahid meletak jawatan dan bersedia untuk susah dalam isu ISA. Tapi dengan setakat satu ujian itu, melantik Zahid sebagai leader GMI pun, masih belum layak berbanding leader2 dan aktivis2 yang berjuang sejak zaman UMNO kuat dan ganas.

Jika Zahid ikhlas dalam memperjuangkan rakyat melalui PKR, untuk apa jawatan Timbalan Presiden?

"Saya sanggup meletak jawatan dalam kabinet untuk bersama memperjuangkan hak rakyat. Tapi untuk itu, sila berikan saya calon pilihanraya dan jawatan Naib Presiden. Jika tidak, sukar untuk saya berjuang untuk rakyat."

Soalan gua, adakah seperti itu? Dan apabila Zahid menerima lumrah pemilihan, mudah sahaja mengeluarkan kenyataan terbuka yang negatif. Jika takut bertanding, jangan rosakkan suasana pertandinganlah. Kalau nak merajuk, petik nama sini-sana, tak payah bersama kami pun takpa. Baik gua sokong Nora Reformis tu.

Hujah.

Selain dari faktor amanah, memilih pemimpin juga harus membabitkan intelek. Intelek harus berada dalam cengkerang amanah. Jika intelek hebat, tapi amanah out, maka jadilah seperti Mahathir Mohammad. Tahap kemusnahan dasyat. Jika amanah hebat, intelek out, jadilah seperti Hadi Awang. Tahap kelam-kabut satu2 organisasi.

Sekarang ini, pada gua, intelek Zahid masih samar2. Intelek Azmin juga masih samar2. Walau gua tahu ramai meluat, gua pun malas juga nak tulis, gua sebut juga lah di sini. Antara Zahid dan Azmin, kalau nak dibandingkan dengan Husam, macam Perodua Viva dengan Honda i-Vtec. Tapi laluan penderitaan Azmin, kesetiaan, amanah boleh dibariskan dengan Husam (tapi tidak layak nak dibariskan dengan Mat Sabu). Cuma Zahid, gua tak nampak. Itu pandangan gua. Stakat lawyer, Sam Kepala AMK pun lawyer. Nazri Aziz pun lawyer.

Jadi, kalaulah Mat Saman Kati boleh anjurkan perbahasan intelek antara Zahid dengan Azmin, apa rangka yang mahu diperjuangkan Azmin jika dipilih, dan apa rangka yang mahu diperjuangkan Zahid jika dipilih, gua sokong amat.

Wallahualam.

Markah oleh gua (5 adalah bintang penuh).


Azmin - Pemikir - (3) [Perbandingan Husam 4.5]
Zahid - Pemikir - (2)

Azmin - Aktivis -(2) [Perbandingan CheguBard 4; Mat Sabu 5]
Zahid - Aktivis - (0)

Azmin - Amanah - (4)
Zahid - Amanah - (belum boleh menilai)


Azmin - Kaedah berjemaah - (2) [Perbandingan Hadi Awang 5]
Zahid - Kaedah berjemaah - (-1)

Comments

  1. Bro..

    Lu bagi gua konfius.... kalau lu tak bubuh gambar mati-mati gua ingat Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO..., Kalau yang itu ZAID....bukan ZAHID... lu pandai-pandai tambah H...

    ReplyDelete
  2. kah3.. macam biasa bro.. gua ada masalah ejaan. efek eksiden dedulu kot.

    Takpun restless santau gua dari kuantan.

    ReplyDelete
  3. kepala hotak lu memang sentiasa menyegarkan kepala hotak wa la..

    logik berdasarkan pemerhatian dan sejarah tamadun manusia??

    yearghh..teruskan bro..

    i like! wakakaka

    ReplyDelete
  4. nak menyampuk gak. Zaid masih byk beban (taik) umno yang perlu dibasuh. he he. anyway bila dia kuar statement mengadu/ melatah pasal benda pemilihan, gua dah letak dia setaraf herman samsudeen je.

    ReplyDelete
  5. wahaha.santau sket apa nak kira bhai.lu kebal kan.
    berbalik kepada isu,back to basic udah,mudah.kalau jenis nak berjuang takdak ikhlas,makna nya tu UMNO.UMNO ni mcm geng mission imposibble,bleh tuka2 rupa.muhaha!!
    bila amanah dijadikan punca pendapatan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...