Skip to main content

Kepala AMK. Gua syorkan CheguBad.

Oleh : AdukaTaruna

Ni syor gua jer nih. Apa pun gua hormati hak demokrasi lu orang yang dalam PKR tu untuk memilih. Cuma, gua pun ada satu hak lagi, yakni mendakwa lu orang bodoh. Dan lu pun ada hak membalas hujah dakwaan gua. Settle perkara basic yang ahli PAS Terengganu masih terkial-kial nak faham. Ngee...

"Kita ada saluran dalam, Aduka. Mung mana tahu konsep jemaah."

Pergi mampos sama konsep jemaah tafsiran dan budaya Melayu. Puluh tahun saluran dalam diguna untuk settle kes sekecil baju uniform bebudak PASTI. Sekali gua maki ikut konsep jemaah gua plak, sebulan terus settle. Cawangan PASTI Paroi Jaya dapat hak menempah uniform sendiri.

Masalahnya bukan konsep jemaah Islam. Tapi konsep Islam ikut keupayaan tafsiran dan sikap Melayu. Bangang punya ulama. Lepas ni tunggu. Gua dedahkan malaun pemimpin dalam PAS Seremban yang aktif UMNO. Siap ada gambar lagi dalam mesyuarat UMNO bahagian.

"Ketua Ulama N9 suruh ikut saluran jemaah, Aduka. Nak syura dulu."

Baik.. Gua bagi masa. Nak tengok syura ulama Melayu tahap mana. Kekal bangang wal lembab, gua guna kaedah bubur asyura plak. Bro Saye, lu sediakan bahan2 tumis jap. Senang kita nak gaul.

Antara Sam dan Bad.

Bai.... Sam ni kalau nak dibandingkan dengan gua, dia JAUH lebih baik la dalam banyak tajuk. Tapi masalahnya ini antara Bad dengan Sam. Bukan Sam dengan gua. Macam biasa, nak pilih pemimpin mesti melalui beberapa tajuk. Aktivis, pemikir, akhlak.

Tajuk aktivis.

Tajuk aktivis, antara Sam dengan Bad; gua ingat 2-2 bagos dalam tajuk nih. Sam terkenal dengan mamat report polis, gimik menarik macam lembu kepada SPRM dulu dan sebagainya. Bagos jugalah dari gua, xenan, ali, uma yang dok belakang.

Bad juga adalah bintang dalam tajuk aktivis. Skuad propaganda university Korea ke Taiwan ntah (lupa) pernah meminang Bad untuk dijadikan pelajarnya. Motifnya ialah, bila star2 aktivis ini melakar sejarah, nama university mereka turut terlakar.

Kalau bab demo plak, Bad lebih kepada leader yang memimpin, berdikari. Manakala Sam manjang berkepit bawah ketiak Anwar time demo. Lu tak payah nafi la Sam... gua tempeleng lu nanti. Lu ingat gua tak berani?

Jadi, kalau ikut mata, dengan diandaikan 5 adalah mata penuh, dalam tajuk aktivis ini, gua bagi Sam 3, Bad 4 dan Tantawi 1. Tantawi paling cikai bab aktivis beb. Siyes gua cakap. Cuma level dia dalam bab ni lebih mulia dari gua dan gang jer.

Pemikir.

Bab pemikir plak, atau kemampuan berfikir, menyelesaikan masalah, berhujah, intelek dan sebagainya; Bad jauh meninggalkan Sam. Seingat gua, baru sekali jer Sam cabar lawan untuk berdebat. Malah belum pernah gua jumpa idea penyelesaian dari dia dalam satu-satu isu.

Sam ni wataknya macam Ibrahim Ali pada gua. Tukang panas line. Tukang upkan gimik. Sam, Ibrahim Ali dan Noh Omar adalah satu DNA pada gua. Cuba lu tengok betul-betul dakwaan gua.

Bad pun tak la bagos dalam level pemikir, tapi penegasan fikrahnya, ketetapan corak politiknya, tidak terikut-ikut dengan politik level remeh, sedikit sebanyak membantunya dalam tajuk ini. Dakwaannya berfakta. Isu yang dibawanya berstatus tinggi.

Jadi, kalau ikut mata, dengan diandaikan 5 adalah mata penuh, dalam tajuk pemikir ini, gua bagi Sam 0, Bad 2 dan Tantawi 3.

Akhlak.

So far, ofkos la ketiga-tiga mereka lebih bagos dari akhlak gua. Akhlak gua cuma menang kalau compare dengan C++ dan IkutSukaAku jer. Sekor kaki skodeng, sekor lagi kaki mengorat. Kah3... C++ dan ISA boleh menang kalau compare dengan Parpu Kari jer.

Akhlak paling penting dalam memegang amanah itu ialah, amanah itu sendiri. Nak tahu sama ada amanah atau tidak perlu diuji la. Allah cakap, mana bleh lu dakwa lu beriman sedangkan lu tak diuji. Amanah pun gitu la. Mana bleh dapat pengiktirafan amanah sedangkan belum diuji.

Ujian paling berkesan ialah menjadi ADUN atau AP dalam ketika BN terdesak sekarang. Kita tengok berapa banyak yang kecundang. Bad, Sam dan Tantawi belum dapat diuji lagi. Setakat pegang jawatan parti, apa barang. So, kita tak tahu lagi berapa mata yang boleh diberikan dalam tajuk amanah.


"Tantawi amanah Aduka. Mung tau apa? Dia ulamak, tahu tak?"

Pundek lu. Nakahei tu ulamak lagi besar serban dia dari Tantawi. Jangan nak bawak hujah fakap tahap Rusila dengan gua. Sekali Allah balik dan bolakkan hati, jangankan mat kapak macam gua, Haji Hadi pun boleh turn neraka jahannam. Nauzubillah.

"Aduka, sekor lagi calon, Rafizi direstui Anwar."

Niamakahai. Pantang gua pemimpin jual ketiak pemimpin nih. Pergi mampos la sama Anwar. Memang la dia bagos, tapi pergi mampos la sama dia dalam tajuk ini. Skang ni PKR ni parti rakyat ke, parti Anwar? PAS dah la jadi Parti Terengganu skang ni.

Sikit2 jual ketiak Anwar, sikit2 jual ketiak Anwar.

Kalau lu pilih Bad.

Gua tak cakap gua berpengaruh. Cuma gua menjelaskan laluan yang ada kalau lu pilih Bad. Kalau lu pilih Bad, gua janji akan bawa suara lu orang kepada Bad. Bukan maksud gua, yang gua ni orang kanan Bad. Jumpa pun tak pernah. Terserempak pernah la. Walau dia datang time kes gua dulu, tapi gua dah blah dulu.

Apa yang gua nak jelaskan, gua budak Seremban. Dan Bad aktif di Seremban. Selain gua, Edyes juga budak Seremban. Gua dan Edyes adalah blogger bertaraf awam macam lu orang. Tiada kepentingan tertentu. Setakat ini, dan insyaallah berkekalan begitu.

Jadi, jika ada apa2 masalah, nak sampaikan idea, misalnya, masalah misalnya, tak puas hati misalnya, Bad buat bangsat ala2 Hasan Ali misalnya, mudah jer gua dapatkan penjelasan dia. Lu sound gua atau Edyes, gua atau Edyes boleh dapatkan penjelasan untuk lu orang.

Bro semua...

Skang ni bai, kita kena duduk atas politik. Lu kena pilih pemimpin yang lu mudah akses dengannya. Sebab pemimpin ni balaci rakyat. Bukan elitis. Bukan dipilih berdasarkan ketiak Anwar.

Di sini la gua memperlihatkan kepada lu orang, betapa mudahnya jika Bad dipilih. Untuk orang awam dan juga untuk orang PKR sendiri.

1. Nilai pemimpin berdasarkan tajuk aktivis, pemikir, akhlak.

2. Pilih pemimpin yang mudah diakses. Bukan elitis. Bukan kelam-kabut lari bila dengar nama PAS Reform. (Cuba malam tu gua kencing dari Majalah Mangga, kompom boleh wawancara walau seminit dua.)


Jadi, penutupnya, tidak semestinya anda termasuk Edyes yang disebut gua setuju; gua mengsyorkan kepada seluruh perwakilan PKR, undilah CheguBad.

Comments

  1. mcm ni la br umph...tp still kurg r dari dulu pnye...

    ReplyDelete
  2. wakakaka bhai... lama tak dengar lu punya stori maa..... ok gua sokong bad... :)

    ReplyDelete
  3. wa baa artikel ni baru napsu buas wa membuak² nak komen.... ni la baru artikel lu yang wa nak baca... ni apa..... kisah sedih lu dalam jeriji besi.... apa barang bhai....

    ReplyDelete
  4. kalau segi presepsi lawan pun Bad menang gak (bagi gua le he he) pasal sam dah di label penakut kes kat melaka ari tu. (walau citer tak benar)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...