Skip to main content

Cerita senja semalam.

Oleh : AdukaTaruna

Kedai Kek Bomboo. Cabang Tiga. Pengkalan Chepa.

"Kek yang mana Bang?"

"Beli yang berpada la. Duit nak guna balik Seremban nanti. 1/2 kilo ni pun cantet gak."

Bulan 8 adalah bulan besdey adik ipar lelaki gua, mak mertua gua dan gua sendiri. Ikutkan hati rock gua, takder masa gua nak sambut besdey dengan kek ni der. Tapi meraikan adik ipar dan mertua, gua setujulah. Lagi pun adik ipar lelaki gua dalam proses baikpulih dari sejenis kesilapan. Gua ambil module pemulihan dengan merapatkan hubungan kekeluargaan. Banyak tanggungjawab gua kena pikul lepas kawin beb. Wooo...

Hidupnya gua di Kelantan selepas takdir Allah mencampakkan gua ke sini, membuatkan gua belajar banyak perkara. Tidak tahu perencanaan Allah itu mengkehendaki gua berapa lama di sini. Pendapatan gua di Kelantan untuk sementara ini sederhanalah berbanding di Seremban. Tapi, pelbagai faktor di Kelantan menyebabkan pendapatan itu mencukupi. Alhamdulillah.

Sementara menanti orang rumah gua memilih jenis kek 1/2 kilo, gua berdiri di luar. Memerhati persekitaran senja di luar. Setengah jam lagi magrib. Setengah jam lagi segala urusniaga pembelian akan terhenti di seluruh Kelantan. Sistem Kelantan telah lama membentuk semua itu. Tidak perlu bergantung sangat kepada penguatkuasaan.

"Bang.. ada budak tu.. kesian die."

Tiba-tiba orang rumah gua bisik kat gua. Gua toleh. Seorang budak lelaki berumur lebih kurang darjah 4. Berbaju Melayu lengkap dengan seluar. Warna biru. Bersih. Muka ada kesan bedak. Baru lepas mandi ni.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia tanya akak kek tu. Dia nak pinjam roti. Nanti dia bayar."

Gua tak pernah peduli penipuan atau tidak. Gua yakin Allah balas. Jika ianya satu penipuan, sekurang2nya gua melegakan urusan budak tu. Gua halalkan. Jika ianya satu sindiket, gua doakan ianya hancur dan lumpuh oleh pihak bertanggungjawab.

Gua merapati budak tu dan hulur satu lipatan duit singgit2. Gua tak sure jumlah. Tapi bolehla beli roti yang dia mahu. Dia tengok muka gua. Wajahnya serba-salah bercampur cemas. Maybe dia takut tengok lelaki dewasa berambut panjang kot.

Gua pun ambil keputusan menghensemkan diri. Senyum.

"Ambil la. Buat beli kuih. Kat luar tu ada jual kuih lagi best." Kata gua sambil buat isyarat jari best.

Budak tu ambil sambil kata kat gua :

"Kito nak roti..."

Apsal dia nak roti? Roti macamana plak ni?

"Takpolah. Akak bagi donut."

Budak casher tu terus bungkuskan 2 biji donut, dan kasi kat budak tu. Budak tu ambil, dan berkata lagi :

"Tapi kito nak roti..."

Nampaknya gua dengan budak casher tu tak paham2 bahasa Melayu. 

"Ok. Adik ambil roti mana. Takper. Abang bayar."

Budak tu tunjuk roti buku. Ala... yang macam roti gardenia tu.

"Adik nak makan roti ni sama-sama kat rumah ke?" Gua tanya. Budak angguk sambil minta diri. Riak wajahnya segan dan serba-salah.

Settle beli kek, gua drive pulang. Peristiwa itu merobek memori gua. Memuntahkan satu kenangan tanpa definasi.

"Aduka mana makan nasi lokap." Mamat 36 bertatoo singa di dada kiri sindir gua. Masa gua dalam lokap Bukit Jalil.

Masa tu gua dah makan kat bilik siasatan Bukit Perdana. Polis bagi gua makan apa lauk yang gua mahu. Bila gua balik, gua memang dah kenyang. Sampai ke pejabat lokap, tempat polis Bukit Aman serahkan gua kepada polis lokap Bukit Jalil, ada satu polis yang membaca internet. Dia tahu blog gua. So, payung gua kembang sikit la.

Kalau time dia bertugas, gua tak kena bogel dan cangkung. Satu proses untuk tahu sama ada 'roket' barang melalui dubur. Dan nasi bungkus gua boleh ambil berapa banyak yang gua nak. Selalu gua ambil 2. 1 bekalan seandainya gua lapar tengah2 malam, satu lagi memang gua peruntukan untuk satu warga Mynmar. Mamat Mynmar tu selalu kena buli. Nasi dia selalu kena cantas. Lu nak tuduh gua apa, gua tak peduli. Tapi gua memang cover mamat Mynmar tu. Gua, sedaya upaya gua, hidup atas falsafah Islami. Benar tetap benar, salah tetap salah.

Jadi, bila time makan, gua releks tak makan. Nasi bungkus ada dengan gua. Nak cantas nasi tu, boleh.. memang boleh. Tapi kena tumbangkan gua dulu la. Luar lokap, mungkin gua fikir 10 kali lu 30 atau 36 atau 77 atau 18. Dalam lokap tak dapat bro. Senjata susah, kawan pun susah. Satu lokap paling banyak 15 orang. Tahanan paling lama 2 minggu. 2 minggu nak bentuk satu group dalam satu lokap memang susah. Penjara lain, lokap lain. So, nak tak nak, lu kena tumbangkan musuh lu 1 by 1.

Makanan dan keperluan untuk makan memang boleh menyebabkan manusia bertindak. Ada yang memilih cara meminta seperti budak tadi. Ada yang memilih cara samun macam mamat 36 bertatoo singa. Sampai bila? Kerana itulah gua nekad untuk berada di bawah sistem Islam.

Bukankah minta-meminta itu belaku di Kelantan?
Bagaimana logik sistem Islam dengan menyokong DAP?

Gua tahu itu level soalan Melayu majority. Kupasannya lebar dan luas. Tapi bukan dalam entri catatan kehidupan seperti ini.

"Gua dah makan kat luar tadi la bro. 1 bungkus ni gua stanby kalau gua lapar nanti. 1 bungkus ni memang gua payung budak Mynmar tuh. Pasal gua tak setuju dengan cara lu orang. 1 bungkus ni, yang untuk gua ni, kalau gua tak lapar jugak, gua hadiahkan untuk lu. Settle?"

Gua angkat kepala tanya mamat tu. Mamat tu tunduk tak pandang gua.

Wallahualam.

Comments

  1. Brader...

    Besday lu bulan 8, besday gua pulak bulan Ogos.., he he he..

    ReplyDelete
  2. lu tak dak laptop baru beserta internet lagi ka bro??

    lembab semacam ja update=kemaskini blog lu ni..

    ReplyDelete
  3. ak mmg rs ape yg kau tulis ni bukn utk pujian,tp prinsip yg ptt org lain buat jugak.smbung la citer penjara lg.. ape pndpt kau AT psl politik somalia. ak rs knyataan politik(statement) dr Islamic Court Union ni mcm sj cari pnyakit je.bak kata kau, xpandai cilok.amacam,ad pndpt?

    ReplyDelete
  4. Alamak bro.. Somalia? Gua tertinggal keteapi la. Kena tanya jin gua. Hua3...

    ReplyDelete
  5. ikutkn somalia ni mnarik gak, Islamic court Union stabilkn byk daerah scr militari.cuma yg slacknye blum
    dpt smua negara,dh klua statement nk
    attack negara lain..ikut chance nk
    guna hkum syariah scr total kt somalia mmg tngi.sblm ni diorg penah ada krajaan komunis n demokrasi,
    tp smua 2jd bnde buruk.so klo negara
    2gune hukum syariah,msti kbnyakn rakyat diorg stuju.

    aku ada terfikir yg diorg berani sgt klua knyataan extrem sbb ekonomi amerika tgh teruk,
    so amerika xbrani la nk perang scr besar-besaran lg.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.