Skip to main content

Hadi Awang enggan beri jaminan gabung PAS-UMNO TIDAK BERLAKU bawah pemerintahan beliau.



Projek Langgar Hadi 2010 (Cubaan 3)

Oleh : AdukaTaruna

1. 

Malam percubaan 1 dan 2, kami beredar. Minum di Family Kopitiam Taman Bendahara untuk berbincang plan selanjutnya. Beberapa rakan mula meminta diri untuk pulang. Tinggal gua dan Edyesdotcom.

Then kami berjumpa dengan seorang lagi sahabat. Menilai kembali kelemahan untuk kaizen. Hadi tidak boleh dilepaskan. Kerana kami adalah kumpulan miskin. Allah telah takdirkan satu kemudahan kepada kami. Tidak boleh lepas.

Setelah berbincang + merapu, kami pulang. Pukul 4 pagi. Piala Dunia kami ketepikan. 4 pagi belum boleh tidur. Edit video. Video dah diedit untuk beberapa keperluan, tetapi kami tidak 'cut'. Tidak potong. Lu boleh tengok kami tidak sembunyikan apa2, termasuk suara gua yang agak tercungap kejar Hadi masa Cubaan 1.

Jujur gua cakap, nak Langgar Hadi niat kena sentiasa bersih. Kalau ada sekelumit niat 'geram' memang ada sahaja masalah menghalang. Satu contoh gua bagi ialah komputer gua tiba2 sound boleh ghaib. Terus teringat soal niat. Maybe berkobar2 sangat sampai wujud elemen geram.


So, take time balik, tarik nafas, mohon maaf kat Allah, dan alhamdulillah. Sound ada semula. Edyes jadi saksi. Gua dah banyak kali pesan kat dia. Tolong ingatkan gua tentang niat.



2. 

Pagi dah bangun. Settlekan tiket bas Edyes. Perdana habes, Transnasional pun habes. Niamakahai. Nasib baik Mutiara ada. Tiket bas Edyes jam 9 malam.

Terus ke CC. Upload perkembangan untuk lu orang. Settle, gua hantar Edyes ke Putik. Gua ke Klinik Kerajaan Pusat. Gua tak berapa 'sihat'. Check punya check, doktor bagi gua 'MC' sehari.

Dalam pukul 3 lebih kurang, gua datang Putik. Edyes sedang kusyuk dengar penggulungan Presiden PAS. Dia ajak gua cari jalan bagaimana nak cuba untuk kali ke 3. Gua plak tengah perah otak nak tetapkan falsafah.

1. Hadi minta gua jumpa Dr. Samsuri. Maknanya dia dah buka pintu depan. Sama ada ikhlas tak ikhlas, terpaksa atau rela gua tak peduli. Kes ni sama macam SP pelawa khidmat dia. Hulur Queen kat gua, gua terus ngap.

So, ketika itu adakah gua perlu 'langgar' Dr Samsuri untuk serahkan surat cabaran debat atau apa sahaja pertemuan khusus PAS REFORM dengan Hadi?

Gua sms spy gua sama ada nampak kelibat Dr Samsuri atau tidak. Spy gua jawab:


"Dr Samsuri tu sapa? Gua tak kenal."


2. Atau gua tetap try langgar dia. Satu peluang ialah ketika Sidang Media. Langgar time Sidang Media? Apakah ketetapan falsafah dalam hal ini? Salah tetap, gua meninggalkan sejarah yang salah kepada generasi depan.


Keadaan semakin mendesak. Gua kena buat keputusan cepat.


"Makan dulu bro.. gua lapar nih." Edyes sound gua.


"Jom."




3. 

Time beli makanan, gua dah nekad. Gua serahkan kepada Allah. Kalau Allah takdirkan Hadi untuk gua di Pengkalan Chepa ni, maka itulah yang terjadi.

"Nak makan mana ni bro?"

"Kita lepak kat belakang bangunan (Putik) tuh. Redut sket."

Sampai jer kat belakang, gua ternampak satu kereta yang memang gua pernah tengok. PAS12! Aik? Tengah makan, ada 2 pakcik (ada dalam bidio) sedang siapkan kereta.

"Bro... peluang. Lu rakam dari jauh. Gua tanya Dr Samsuri." (Bidio ada kat Edyes, gua terlupa nak salin.)

"Assalamualaikum, pakcik."

"Waalaikumussalam."

"Minta maaf saya, pakcik. Nak bertanyalah. Dr Samsuri ada tak kat sini?"

"Eh.. ada."

"Nampak dia tak?"

"Dalam dewan rasanya. Kenapa?"

"Begini, kalau saya nak jumpa Dr Samsuri, atas urusan rasmi, bagaiamana ya? Maksd saya, kat mana pejabat dia?"

"Jalan Raja Laut lah. Tapi minggu ni dia takda. Dia kat Besut."



4. 

Pendek cerita, Edyes betul. Gua plan nak 'langgar' Dr Samsuri, Allah takdirkan Hadi keluar. Betul jangkaan Edyes untuk tetapkan masa tunggu Hadi di situ. Ketika tu pulak, time tidak sesak. Tak ramai orang. Majority dah balik. Gua rasa macam nak sujud syukur.

Maka bidio Cubaan 3 pun terhasil untuk penilaian lu orang. Kita hanya berhenti ketika waktu perlu berhenti. Selain itu, kita teruskan agenda kita mencilok sistem Islam kerana sistem itulah yang menyelamatkan kita.

Plan seterusnya ialah Langgar Rusila tanpa pengumuman tarikh (bergantung kepada kesesuaian peristiwa yang Allah rencanakan).

Takbir!!!

Comments

  1. aku suka dengar hadi awang gelak time ayat bukan meniaga..

    mcm santa klaus plaks..

    ReplyDelete
  2. mcm sombong je tok guru, da la kesian koreang plan datang susah2, dia buat layan x layan jek.. kalo aks akit ati ngan org tua tuh.

    ReplyDelete
  3. TGHH tu pemimpin Islam tersohor di dunia tu hairil.. janganlah kecik hati dgn akhlaq dia. Ulamak bukankah pewaris Nabi? Semestinya TGHH akhlaqnya mirip Rasulullah.

    Some might say that...hehe

    ReplyDelete
  4. gua rasa dia nak jawab camni:

    "dah lepas dah..saya tak perlu jawab.benda tu dah lepas"

    pemimpin yg nak memimpin sistem islam tak perlu ego utk mengaku kesilapan diri.sepatah perkataan maaf pun cukuplah.

    dia dah kalut la tu org kantoikan dia menipu.sampai bape persen org tny pun tak boleh nak jwb dah.gua rasa kalau tny nik aziz,mungkin lebih tegas jwpan dia.hai presiden..presiden..

    kalau mtk masa lebih sikit,ddk dlm keadaan yg lebih selesa,mungkin dia bole ulas pjg lagi.takpe2.cuba lagi.

    ReplyDelete
  5. hehehe tahniah bro.. lu sebagai perintis terjah pemimpin... lpas ni ramai lagi yg ikut terjah pepon lpas ni lu bole terjah najib mcm sayfool buat ...untung2 dpt lesen utk pertaruhan judi hahaha...

    gua cadangkn klu nak langgar tunggu depan pintu jamban lpas dia berak lu terus terjah mesti dia layan sebab beban dlm kapla dh d buang lagi pon gua caya x de bodyguard mase tu & lu pon bole tanye bkn 4 tp 40 soalan...

    ReplyDelete
  6. Bhai AT,

    Alhamdulillah... Allah S.W.T kabulkan gak sedikit projek langgar Hadi lu tue.... syukur... kena lebih usaha lagi lepas nih...

    Sebab.. takder satu pon jawapan yang Hadi bagi boleh memuaskan hati para pendengar/pembaca/penganalisa politik tempatan.

    Moga Allah S.W.T berikan banyak lagi peluang untuk kita dapatkan penjelasan dari Hadi.

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  7. Celakalah ke atas mereka yg mahu "menikam" ulama'.

    Aduka dan konco2nya merasakan mereka ni seolah2 bagus sngt!.

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya TGHH jawablah elok2. Macamana golongan muda nak dekat? Rasulullah pun jawab dengan elok, tak kira siapa pun yang datang tanya. Walaupun ada ketikanya, ada sahabat nak tetak je.

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya TGHH jawablah elok2. Macamana golongan muda nak dekat? Rasulullah pun jawab dengan elok, tak kira siapa pun yang datang tanya. Walaupun ada ketikanya, ada sahabat nak tetak je.

    ReplyDelete
  10. hehehe..
    macam mana golongan muda nak dekat..??

    aku pun golongan muda maaa...
    dekat je rasa.. wakaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.