Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 11, 2010

Surat AdukaTaruna kepada remaja.

Oleh : AdukaTaruna



Adik-adik gua sekalian...

Remaja perlu ubah sindrom lari bila nampak polis.

Gua tertarik dengan maklum balas member gua, Kapunden tentang budaya remaja lari dari polis. Katanya ada benar. Benar di satu sudut. Satu tajuk perbincangan.

So, meh sini bro citer sama lu orang kisah bro masa bro zaman2 lu orang. Tak jauh sangat la bezanya. Lebih kurang tambah tolak jer beb.

Adik-adik gua sekalian...

Masa bro remaja macam lu orang, bro pernah pakai Honda Bulat, then upgrade kepada EX5, then up lagi kepada RXZ. Zaman lu orang plak 125Z or LC. Zaman otai dari bro, maybe zaman Mat Saman Kati, diorang guna Yahama RD. Ala macam citer Azura tu. Lebih kurang jer la kita semua nih.



Walau bro ada lesen, dan motor bro lengkap macam baru keluar kilang, bro tetap cemas bila berhadapan dengan polis. Stendet. Bro faham sidrom yang lu lalui skang. Bila ronda waktu malam, nampak kon atau lampu orang tenagh repair jalan pon dah cemas dah. Kepala otak ingat nak U turn atau songsang jer. Padahal lesen ada, motor stendet bangang dan urin clean.

Itu sindrom kita. Zaman bro pun sama. Gua faham. Cuma skang bro nak ajak lu orang ubah. Ubah seperti apa yang dikatakan oleh member bro. Kapunden.

Sindrom seronok lari.

Selain dari sindrom cemas bila nampak polis, bro juga mengalami sindrom seronok main-kejar2 dengan polis. Kalau ada antara lu yang macam tu, bro faham. Dan bro ajak kita semua ubah. Ubah macam kita nak tukar kerajaan kepada yang lebih baik.

Adik-adik gua sekalian...

Bro nak citer sama lu orang satu story. Siyes benar punya citer nih. Saru malam bulan puasa kalau tak silap, ketika bro pakai EX5, bro melepak lepas terawikh dengan 2 rakan bro kat simpang jalan. Stendet la.. Melayu kan.

Malam bersejarah tu, hanya bro jer bawak motor. Selalu kitorang tinggal motor kat rumah sebab nak main meriam karbait. Senang nak lari dari polis. Menyusup dalam semak. Motor EX5 bro plak stendet bangang. Make up jer. Tapi bro tak pernah jadi bodoh ubahsuai enjin. Bro beli motor sebab nak pakai, bukan nak simpan dalam bengkel motor. Manjang rosak jer. Kalau nak racing dengan motor laju, pinjam jer motor member yang selalu masuk bengkel.

Adik-adik gua sekalian...

Balik balik pada citer tadi, bro double stand motor bro dan duduk atas motor sambil borak dan merapu tak tentu hala. Tengah2 borak, tiba2 dari jauh kelihatan 3 lampu motor yang bergerak perlahan.

"Otek, sial..." Member bro sound. Ayat macam tu la lebih kurang. Jujur bro citer nih.

"Releks... releks. Jangan lari. Malas lah malam ni nak lari." Member bro Masyerwandy sound.

Bro pun releks la sambil tunggu polis tu datang. Polis makin dekat. Polis Paroi. Jelaslah 2 motor Yamaha CDI lama dan satu Suzuki RG Sukan.

Bila polis tu makin hampir kepada kitorang, malaun 2 ekor member bro terus lari! Nate bewok! Bro pun terus teruja. Start motor, masuk gear satu, press minyak. Tapi motor tak jalan! Tionaseng!

Bro press lagi kuat, motor meraung camtu jer. Tapi tak jalan. Polis dah start tempik jangan lari dan kejar. Bro press lagi kuat, tapi motor meraung kat situ jer. Ah sudah.... Bengong! Rupa2nya bro double stand. Tayar belakang tergantung. Isa Samad punya motor. Memang la tak boleh jalan.

Bila bro tolak untuk turun dari double stand, motor terus ter wheely beb. Polis tu lagi berbulu. RG tu kejar bro. Bro plak ntah mengapa bangang, boleh jemput naik member 1 (Fauzi) sekali. Si Fauzi plak 2 kali bangang naik motor bro. Bro lari polis kejar. Pendek cerita bro main kejar2 keliling kampung pagi2 buta tu.

3 biji motor kejar bro keliling kampung. Bro tak lepas pasal RG Sukan tu jer. 2 motor lain tukang kepung jalan lain. Bila time coner memang bro tinggalkan dia la. Tapi time jalan lurus, kejap jer dia duduk sebelah. Walau kitorang time tu tunduk habis potong angin dah. Bangsat punya EX5.

"Benti! Benti. Cilaka punya budak!" Polis RG Sukan tu suruh bro benti. Dia kat sebelah gua. Kejap pandang kitorang yang tengah tunduk potong agin, kejap pandang jalan depan. Preng..... bro masuk simpang. Zup RG Sukan tu terlajak ke depan.

"Yuuuhuuuu!!!!!" Bro bersorok. Seronok gilo.

Bila lalu semula jalan tempat kitorang lepak tadi, member 2, si Masyerwandy boleh berlakon guna public phone!! Niamakahai punya member. Sengeh jer tengok kitorang kena hambat.

Kena tangkap.

Pendek lagi cerita, minyak bro dah nak habis; bro ambil keputusan menyorok. Matikan lampu, agak2 RG tu dah jauh, bro terus masuk dalam halaman rumah member. Fauzi terus cabut nyorok dalam jamban rumah arwah Pak Imam sebelah. Bro nyorok celah susunan zink. Masa tu badan bro kecik macam lu orang gak la.

Malang sungguh RG tu boleh kesan. Sampai skang bro berbulu kalau tengok polis ronda naik RG Sukan. Dia jumpa motor dan ugut nak bakar. Sudah... bro keluar la. Terus kena tempeleng 5-6 das.

Pendek cerita lagi, pergi balai. Soal siasat. Kena belasah beb. Polis A bagitau member2 kat balai yang bro siap Wheely lagi time nak lari. Polis RG bagitau member2 balai yang dia kena ejek time terlajak. Siyes beb. Bro kena belasah tak hingat punya.

Pastu datang Ketua Balai. Dia tengok atas meja soal siasat ada lampu suluh. Terus tuduh bro nak pecah rumah. Kono belasah lagi. Padahal lampu suluh tu, lampu polis RG. Polis RG tu boleh senyap jer. Ceh..

Benda dah berlalu.

Adik-adik gua sekalian...

Bro ajak lu orang berubah kepada berani dan matang. Jangan lari dari masalah kerana ia mengundang lebih besar masalah. Kita sedih mengetahui sahabat kita, adik Aminul Rasyid yang mati ditembak kerana lari dari masalah. Jika dikenangkan, seandainya polis berkenaan menangguhkan hasrat tembak hanya 2-3 minit, sudah pasti kejadian ini tidak berlaku. Kerana adik itu sedang lari menuju ke rumahnya!

Adik-adik gua sekalian...

Belum reda, lagi sahabat kita dianiaya polis yang cuai. Di Seremban pula. Polis yang cekap dan polis yang cuai adalah 2 tajuk yang berbeza.

Adik-adik gua sekalian...

Gua, AdukaTaruna, menyeru kepada lu orang semua, supaya berubah. Kita ubah sikap kita sendiri. Dan kita bantu mereka yang cuba mengubah suasana negara kepada yang lebih baik. Hak kerajaan ialah menyediakan apa yang perlu kepada kita. Jangan berterima kasih secara total, sebaliknya itu memang tanggungjawab mereka kerana kita telah memilih mereka. Mereka sepatutnya hamba kepada kita.


Adik-adik gua sekalian...


Bro menyeru kepada semua supaya berubah. Berani berhadapan dan menyesaikan masalah. Jangan lari. Gentle. Memang kena gentle.

Penutupnya, mari kita sedekahkan Al-Faithah kepada adik Aminul Rasyid. Bersama2lah menyertai bro di sini dalam mengatakan salah kepada yang salah, dan benar kepada yang benar.

10 comments:

TEKONG DARAT said...

salam...
lu makin membosankan sejak jadi anak angkat SB ni...
buat apa nak jadi 'baik' bro...
kita sedang melawan kejahatan...

SysOp said...

Bhai AT,

Zaman gua.. kitorang main Honda Raiders + RXZ (first edition) + Suzuki Gamma .... hahaha...

Gua tak pernah lari dari polis... sebab dari dulu lagi gua ader lesen B Full.... jadi aper nak heran...

Polis rata-rata cuma ader B2 jer... hahaha... kira boleh berbangga aper... hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

nusi said...

Salam,
Ajar dan nasihat yng baik akan baiklah jadinya, jikalau ajar dan nasihat yng jahat, akan jahatlah jadinya,
Bagitu jugalah atas nasihat kau bro, kepada remaja2 diluar sana akan terpesong jugalah akidahnya,
Orang tuo2 berkata, bapak borek anaknya rintik, adukateruna termasuklah dalam golongan orng2 yng sebagini,

abanghensem said...

wa dulu pakai TZM... pernah kena tahan polis..... masa tu lesen wa dah expired..... tapi ngan tenang jer wa buat² carik lesen wa dalam dompet.... slow..... slow..... wa dah pikir dah..... kalau kantoi gak wa nak lawan powlis tu..... wa nak buat cam hero ala² hollywood la kononnya...... dapat bolos sekatan powlis.... pergh!!!!

sedang tangan wa dok belek kad² ( kononnya cari lesen la ni) wa dengar bunyi sekumpulan mat² rempit dok berlumba.... then powlis tu cakap ok lah takpe la nko jalan dulu.... aku nak pegi sekat bebudak moto tu.... fuh!!!!! tak sempat wa jadi hero hollywood......

Bingai @ Bangang said...

AT,
Aku memang selalu tertarik baca lu punya blog. Kreatif, berkias dan membuatkan orang berfikir. Sebab itu aku letak blog ko dalam blog pilihan di e-Direktori.

Cara yang lu bagitau bebudak tu aku setuju sangat. Pedulilah apa orang kata. Pepatah "Berani kerana benar, takut kerana salah" dah tak relevan lagi. dulu orang buat salah dalam keadaan tak sengaja atau tak sedar. Sekarang ni orang sengaja menempah kesalahan. Jadi, kalau dah tau buat salah maka beranilah mengakui kesalahan dan menghadapi risiko.

Dalam keadaan apa sekali pun kes adik Aminul, perhatian ibubapa adalah penting. mempertikaikan keadaan bukan tugas kita kerana pihak-pihak yang terlibat bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.

sekali lagi, kalau nak salahkan sesiapapun adik Aminul tetap telah terkorban. Kalau dapat juta-juta wang pampasan pun adik Aminul tetap telah terkorban. perlu kita tambah lagi korban dari anak-anak dan adik-adik kita atau jiran kita seperti yang berlaku di Seremban?

Kalau buat salah, BERANILAH MENANGGUNG AKIBATNYA.
kalau takut, jangan buat salah.

Pada ibubapa pula, kalau berani memberikan kebebasan kepada anak bawah umur, bersedialah menerima natijahnya. Kalau sempat budak-budak motor yang kejar adik Aminul malam tu mungkin beliau menjadi mangsa pembuli-pembuli jalanan sebelum sempat polis datang. Takdir Allah menentukan adik Aminul menghembuskan nafas terakhirnya pagi itu walau dengan apa sebab sekalipun.

SIASAT TETAP SIASAT UNTUK MENCARI KEADILAN!

aku yang bingai
e-Direktori Bloggers Malaysia

Edyes said...

Poik... aku rasa aku tau la balai mana yang ekau cakap tu... mesti balai polis paroi kan??

maso nie, yang meninggal kena santau tu idop laie tak?? sapo namo trafik tu den dah lupo, bai ko apo ntah...

mad said...

"Stop Plans To Build An Animal-Testing Laboratory in Malacca, Malaysia

Target:To the Prime Minister of Malaysia and the Chief Minister of Malacca.

Salam ... mintak tolong la pada penulis blog ni siarkan artikel tntang nie dan tolong melobi pembaca2 blog ni supaya turunkan TANDATANGAN pada laman web:

http://www.thepetitionsite.com/1/StopPlansForAnimalTestingMalaysia/429376560/taf

Terima Kasih,

kepunden said...

Dengaq tu adik2...
Cita ni mmg biasa terjadi bro.
Ade sorang budak dri group gua mati sbb jatuh fly over Intel Penang mase kene kejor dgn polis. Postmortem check Arwah ni clean. Bile polis siasat cume roadtax moto jer yg mati.
X ke naye tu..
So, renung2 kan..

Awat la bingai sangat....

Wan Perlis said...

hehe

[ a D D y h A I K A L ] said...

kalo polis paroi dah sah la si zam tu yang bawak moto sukan tu..