Skip to main content

Husam bodoh. Rugikan satu peluang ekonomi Kelantan.


Kerajaan persekutuan digesa mencontohi kerajaan Kelantan yang tegas, komited dan tidak berkompromi dalam isu perjudian.

TV Selangor memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri pernah didatangi Tan Sri Vincent Tan tetap pimpinan PAS tidak tunduk kepada keinginan ahli korporat itu.

Katanya, tokoh korporat itu datang memohon untuk memperoleh lesen judi selepas tamat pilihan raya umum 2008 tetapi ditolak.
Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya memperoleh lesen judi bola yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan baru-baru ini, sempena kejohanan Piala Dunia Jun ini.

"Pada Jun 2008, ambo (saya) diberi satu surat dari Vincent Tan. Surat itu dialamat pada Menteri Besar Kelantan dan untuk ambo. Nak suruh lulus semula lesen judi 4 nombor ekor di Kelantan.

"Surat itu masih simpan, tak tunjuk pada Tok Guru kerana ambo jawab balik kepada wakil Vincent Tan - tak payah sampai Tok Guru. Aku bagitau, permohonanmu tidak layak sama sekali," kata Husam ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Isu Judi di Kota Bharu, malam semalam.

Husam menegaskan tidak ada lesen judi diluluskan kerajaan Kelantan sejak PAS memegang tampuk kuasa negeri pada 1990.
Beliau turut melahirkan kekesalannya kerana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin bersetuju dengan pelaksanaan judi bola.

Kata Husam, pengumuman yang dibuat Awang Adek mengecewakan penduduk Bachok yang mengundinya sebagai ahli parlimen pada pilihan raya umum lalu.

"Munasabahlah Islam larang perjudian dan munasabahlah bagi seorang yang waras pemikiran mementingkan akhlak dan nasib rakyat untuk berfikir bagaimana untuk kurangkan tabiat ini.

"Di Barat, mereka tubuhkan NGO untuk mendidik rakyat hentikan ketagihan judi. Tetapi malangya, ada orang Kelantan, orang Melayu, orang Islam sokong judi," katanya lagi.

Comments

  1. astaghfirullah...

    nko ni dah kenapa Aduka?

    kan ke judi tu haram?

    apa salahnya tindakan kerajaan Kelantan tu?

    sejak bila pulak nko bersekongkol dan selari dengan Umno tentang judi ni?

    kalau Kelantan tolak 'rezeki' judi, Tuhan akan limpah lebih byk rezeki halal melalui cara lain. nko kena yakin dengan Dia...

    sepatutnya nko dah bersihkan diri dari benda2 ni, kengkonon nak langgar Tok Guru Hj. Hadi..huhu...

    ReplyDelete
  2. aikk??
    MaLin ni sinis sadis cam aduka ka... atau
    memang komen jujur ikhlass.. lost in space??
    tak paham la ambo.. baka jenis baru ni!

    ReplyDelete
  3. maLin......
    hang ni tak ubah2 dgn lurus bendol lu la...
    kesian...

    Bab ni gua tabik spring kat husam..

    Lg baik klu Husam tujuk sikit surat tu, gua ni bukan jenis percaya cakap kosong tanpa bukti..

    Sbb gua pon boleh kate, At penah kene penompaq gua masa mai kedah dulu..

    he he..

    Sori bro, contoh jer...

    ReplyDelete
  4. AT...nko lagi bodoh gaban. Isu Ini jelas, tidak perlu nak kias-kias le mangkuk. direct to the point...perangai Species Melayu makan nasi macam ni...tulis berbelit kemudian ada komplain, cakap tak baca betui2...piiirah specis Melayu tak makan gandum.

    ReplyDelete
  5. Kalau kau baca posting aduka, kau kena baca dengan cara sinikal, dia tuju kan kepada yang sokong judi, tak kan malin xfaham,,, baca blog aduka kena baca dgn cara menyindir..

    ReplyDelete
  6. yang tak faham cara Aduka nie tulis ni umur berapa? Aku yang umur 40++ pun faham... buat lecehlah betullah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...