Skip to main content

Gua Cabar Ahli/Pemimpin PAS.

Setelah Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) membuat laporan polis hari ini berkaitan ugutan bunuh terhadap TGNA, gua masih menanti laporan polis daripada ahli dan blogger PAS sendiri. Apakah mereka berani untuk membuat laporan polis terhadap pemuda yang membuat ugutan tersebut.

Setakat maklum balas yang gua terima hingga saat ini, hanya ada tiga individu yang menyatakan komitmen mereka untuk membuat laporan polis terhadap mamat tu pagi esok.

Antaranya adalah blogger Al-Banjari, Baginda Reformasi dan (tak boleh sebut) di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan esok.

Dari satu sudut yang lain isu ini akan menjadi kayu pengukur kesetiaan kepada Pemimpin (wala), iaitu satu perkataan yang pernah menjadi isu panas seketika dahulu. Atau adakah ianya sekadar mainan di bibir ahli2 PAS sahaja.

Mari kita mencipta sejarah dengan membuat laporan polis melebihi laporan yang dibuat oleh puak2 umno terhadap seorang blogger yang dituduh menghina Kemangkatan Sultan Johor, iaitu melebihi 50 laporan polis di buat (jika tidak silap gua). Gua bukan nak membela blogger tersebut, tetapi mencontohi cara puak2 apco mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu. Jika dibandingkan dengan puak2 PAS yang lemau sepanjang masa...

Jika tidak keterlaluan, bolehlah kiranya Dewan Pemuda Pas Pusat menganjurkan satu perhimpunan desakan supaya Polis mengambil tindakan terhadap mamat sengal tersebut. Justeru itu juga membuktikan kewibawaan Ketua Pemuda PAS dalam mengembeling semua Pemuda PAS dalam perjuangan mempertahankan keselamatan Mursyidul Am mereka.

Jika sekiranya tiada laporan polis daripada ahli2 PAS, maka apalah diharapkan daripada rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat. Sudah pasti tiada.... sedangkan isu ugutan ini adalah sesuatu yang di anggap merbahaya. Ada juga komen yang masuk ke ruangan komen gua di sini, yang bertanya mana puak DAP bro..? takda buat laporan ke..? he..he..he... apa gua nak jawap yeaaa.....

Dan ini juga menjadi pengukur kepada kejituan dan kesepakatan Pakatan Rakyat selama ini.

Apakah yang akan terjadi jika ugutan seperti ini di tujukan kepada pemimpin umno....? Gua percaya... dalam tempoh 24jam sudah pasti pemuda tersebut sudah di panggil oleh pihak Polis. Contoh seperti isu RM4juta negeri Kelantan, bagaimana pantasnya SPRM telah memanggil "tendangmamatitu" untuk siasatan. Fikir-fikirkanlah....

Apakah dengan desakan supaya pihak Polis mengambil tindakan terhadap mamat sengal itu akan berjaya...? Atau mungkinkah jawapannya seperti di sini. Nampak sangat kebodohannya....

Jadi... sekali lagi gua menyeru agar semua ahli PAS seluruh negara dan penyokong Pakatan Rakyat memberanikan diri lu orang semua untuk membuat laporan polis.... biar mencecah 100 laporan polis... dan lihatlah hasilnya... sementara isu ini masih panas, jika dah sejuk... lu orang fikirlah sendiri... pergunakan semua kesempatan yang ada.

Gua cabar lu orang semua untuk membuat laporan polis, khususnya kepada ahli PAS...!!!!!

p/s: Perlukah gua mengeluarkan hadis dan nas al-quran atau sirah bagaimana para sahabat melindungi Rasulullah daripada musuh....? Rasanya tidak perlu kerana ahli PAS sememangnya arif dalam perkara ini.

Wassalam....

Comments

  1. Takut nak buat laporan polis atau malas nak buat..? Atau dah tak de 'semangat'.. Maka apabila polis tak memberi apa2 tindak balas, jgn salahkan kerajaan tak bertindak adil..

    ReplyDelete
  2. Barua UMNO....berapa juta UMNO bagi kat ko pulak?

    ReplyDelete
  3. boleh la buat lapuran... pastu semua laporan tu di Tongsampah kan je.. ' buat satu dah la,,, jimat.. kalau buat sampai 1000 pun tapi tak ada tindakan tak guna jugak... integriti.. satu laporan pun dah cukup ..

    ReplyDelete
  4. lu ni lurus sgtla en kucing.kena blaja saiko lebih sketla.hehe.kena bagi tekanan beb.

    ReplyDelete
  5. Adukateruna, mana ada olang DAP, PAS lain dan olang/orang PKR buat lapuran Polis fasal ada orang nak bunuh Nik Aziz.

    AGAKNYA SEBAHGIAN BESARNYA SUKA KOOOTT...?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.