Skip to main content

Tony Blair Kena Perkosa.

Beribu-ribu selipar dijangka "menyambut" bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini, minggu ini.

Itu adalah janji yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang membantah kedatangan Blair ke negara ini.

Bercakap di hadapan wakil kira-kira 50 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantah kedatangan Blair ke negara ini, Ibrahim meminta semua ahli-ahli NGO memulakan gerakan melalui apa jua kaedah seperti "facebook" dan "twitter" membantah kedatangan bekas perdana menteri Britian itu.

Turut hadir ialah pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO), yang juga mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

PERKASA dan NGO itu turut mengutuk sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura yang menjemput Blair memberikan ceramah pada kongres perniagaan di sini, 24 April ini.

Mereka membantah sekeras-kerasnya jemputan syarikat itu, Success Resources Company, kerana peranan Blair dalam pendudukan tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq pada 2003, yang mengakibatkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq.

Blair boleh disamakan seperti seorang "penjenayah perang". - MStar.


Kah..kah..kah.... Raja Katak ni.. kalau bab melalak warning sana... warning sini... tak ingat dunia, warning 48 jam tuntutan permohonan maaf daripada MCA/Gerakan pun.. akhirnya senyap jer... lastly menjilat balik, inikan pulak berani bagi warning kat bekas Tuan Orang Putih umno diorang.

Nak baling selipar... konon, orang tak baling selipar kat muka dia pun dah besar rahmat... ongggg gedekkk gedekkkk...

Comments

  1. bai..apasal time muka masuk berita dalam tv lu tutup...muka x ensem sangat ke bai...

    ReplyDelete
  2. muka tak ensem la tu .... kalau ensem aduka cari cameraman la pulak... bukan tutup muka.... hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Tu trade-mark AT kot.. tu kira nasib baik jugaklah dia tak pakai topeng Spiderman atau apa-2 face mask lain..lagi susah orang nak tahu dia hensem ke tak...hehe...lagi pun hensem ni subjektif.. pada kita mungkin AT tak hensem tapi ada orang kata "Eh boleh tahan"..hah..apa macam? hehe

    Berbalik pd topik...pada aku, Pak Brahim ni lagi celaka drp AT siot. Muka tak malu, pastinya. Lalang pun, ya.
    Hensem? Tu tanya Ark King lah dia tahu nilai kehensemaan orang.

    hehe

    ReplyDelete
  4. uiks..tumpang bace..
    http://mimi-moneyonline.blogspot.com/2010/04/iklan-nuffnag-adakah-haramohnuffnang.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...