Skip to main content

TGNA tamatkan kontrak Kickdefella adalah tepat.

Oleh : AdukaTaruna

Sejak awal isu Kick ditamatkan kontrak, gua sudah isytihar ketetapan falsafah gua. MSK pun telah lama keluarkan link Kick dari senarai blog BR. Kemudian, isu cermin keretanya dibaling kapak juga gua umumkan kemusykilan gua. Dan sekarang, gua dapati keputusan TGNA adalah tepat. Satu sudut.

Satu sudut lagi ialah hak Kick untuk bersuara. Walau ibarat budak2 yang sudah biasa dibelanja aiskrim, kemudiannya tidak lagi dapat aiskrim, hak Kick harus dihormati. Tulislah dan dedahlah apa yang anda mahu. Itu hak anda. Kalau fitnah, dapatlah hukum fitnah. Kalau benar, dapatlah hukum benar. Tamat satu sudut lain.

Satu sudut lain, PAS harus sedar bahawa, gelagat Kick kini sedikit sebanyak mendamagekan imej mereka di kalangan Melayu Tempurung. Satu istilah gua yang merujuk kepada Melayu kebanyakan yang tidak berada dalam capaian internet (media bebas) seperti Melayu Felda dan pendalaman. So, maybe PAS kena layan Kick seperti cabar dia laporkan ke pihak berkuasa atau berdebat dengan lampiran bukti. Maybe juga PAS tidak perlu layan jenis manusia seperti Kick.

Isu 4 juta dalam 3 tahun.

Gua tak tahu siapalah orang bodoh dalam PAS yang buat budget macam bangang seperti ni. Tak logik dan kelakar. Nak lemahkan Paklah yang memang lemah tak perlu 4 juta dalam 3 tahun bai. Paklah bukan Mahathir. Paklah lemah dengan sendiri, memang sejak azali lemah. Bukan hasil Operasi Kick dengan dana 4 juta.

Sama jugak Hadi. Dia sendiri lemah. Tak perlu UMNO atau NGO atau mana2 pihak keluarkan dana 4 juta kepada gua. Apa yang gua perlu buat ialah sejak 2006 gua kemukakan point2 Hadi lemah. Kalau dah fakta dia lemah, tak perlu 4 juta untuk kemukakan fakta2 dia lemah. Mengarut la lu Kick.

Kalau jenis yang kuat, licik, ganas macam Mahathir, atau Anwar; baru logik kena dana macam tu. Kena upah APCO plak nak buat lagu mana.

4 juta adalah satu penghinaan Kick kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dedahan Kick boleh dibaca sebagai penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang bangkit dan berjuang melawan regim lemah Paklah secara sendiri.  Kalau dikecilkan ialah penghinaan kepada seluruh rakyat Kelantan. Melawan regim Paklah dengan kesedaran sendiri. Keluarkan duit sendiri. Seolah2 Kick mendakwa Paklah tumbang dengan hasil kerjanya yang bernilai 4 juta.

Seolah2lah. 4 juta adalah satu angka yang mengarut dan kebudak2kan. Kita perlu matang. Benar kata benar, salah kata salah. Pro. Kalau dimasukkan kos cermin kereta Nissan X-Trail pecah sekali pun belum cecah 4 juta. Tambah harga sebilah kapak pun tak cecah juga. Poster2 dalam internet kebanyakkan dibuat secara sendirian. Banner2 nak rentang atas pokok pun kena tempah sendiri, bayar sendiri.

Offer kepada kerajaan Kelantan.

Last kopek, gua nak offer kepada kerajaan Kelantan. Gua up gua punya harga. Lemahkan Najib. Tak payah 4 juta. Lu bayar gua sejuta jer untuk 3 tahun. Lawan Najib ni bai.. bukan lawan Paklah atau Hadi. Gua harap gua menang tender nih. Hua3....

Projek LANGGAR atau JUMPA.

Tapi lawan Hadi paling kelakar beb. Memula pengikut dia cakap PAS Reform tak berani. Malah siap sebarkan tarikh palsu lagi. SP pun siap offer lagi. Pergh... cantet. Sorong bidak Queen kat gua. Gua terus ngap.

Then, bila SP bantu (TQ bro. Tapi TQ 50% jer dulu. Gua tak berapa yakin dengan lu nih), pengikut yang sama cakap, gua tak berani jumpa sorang2. Lucu la pengikut Hadi nih. Hahaha. Kalau jumpa Hadi sorang2, muzakarah sulit dalam gelap, baik tak payah gua memekak dan fight point2 gua dalam kebanyakan medium internet.

Pastu cakap gua gila glamer. Apo gilo la orang gila glamer kena tutup muka dan tak mahu dikenali. Ni tajuk LANGGAR atau JUMPA Hadi ni bahi. Belum jumpa lagi pun. Tapi hujah mereka tak masuk tajuk langsung. Berdebat dengan Hadi ni bhai... Gua yang patut cemas atau mereka yang patut cemas? Adakala sampai gua tengah berak pun gua kompius. Apa silibus Rusila sampai Hadi berjaya bentuk pengikutnya sehingga ini?

Mamat mangkuk gilo glamer...

Tak payah 4 juta la nak lawan Paklah atau Najib la bro... Hanya perlu tabah dan bersihkan niat jer. Insy...

Comments

  1. bro..gua nak join tender tuh.1 juta okehhhh..

    btw,

    gua da bukak kedai makan satu.turun taiping mai singgah.

    pas ni gua da bole relax sket..

    ReplyDelete
  2. si kick la cover kegagalan dia urus urus Global Media Channel.... tu jer.... dana yang dia terima ( berapa tu aku rasa tak sampai 4juta pun.... tu campo ngan belawok si kick jer)tu tak silap aku untuk urus benda tu la... bukan untuk melumpuh Dolah Bedawi semata-mata....

    ReplyDelete
  3. uih brader xenan, aku org taiping ni, hang bukak kedai makan kat mana? leh aku pi makan...bagitau aku cepat...huhu

    ReplyDelete
  4. AT.. N3 lu yae ni klass..
    walau takde kapak macae kick..tajam menusuk!
    tae silibus Hadi tu patut dipanjae kae lagi.. syabas bro!

    ReplyDelete
  5. bro love perak

    gua kat area flat kamunting seberang jalan dr mesjid kamunting

    isnin depan baru full running.sekarang tgh renovation.

    mai jgn tak mai..

    ReplyDelete
  6. Cantik...
    Lepaih ni kita pakat laggaq ja sapa yg patut....

    Wat bro XENAN..
    Gua pasti sampai sana, bg tau jer name restoran lu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...