Skip to main content

Perkembangan Projek Langgar Hadi 2010

Bicara Webmaster Oleh Songkok Putih

Sebelum ini, saya sibuk memanjang. Kadang kala tak online. E-mel tak terjawab dan kerja-kerja kemas kini laman dibiarkan kepada pembantu webmaster.

AlHamdulillah seminggu sebelum pilihanraya kecil Hulu Selangor, saya rehatkan diri. Tumpu kepada TKO dan bolehlah berikan sedikit komitmen kepada TKO dan banyak isu-isu perlu kepada penjelasan.

V

Seperti yang dimaklumkan pada minggu lalu, saya bersiap ke Rusila setelah lama tak kesempatan mengikut kuliah TG Haji Abdul. Kalau dulu hampir tiap minggu tak pernah mis tapi sekarang sudah liat... kena badi Projek Langgar Hadi kot?

Malam sebelum ke Rusila, saya telah mengemas kini TKO lebih awal.. pagi sebelum subuh. TKO dah mula beroperasi 24 jam sehari, 7 Hari Seminggu 365 Hari tanpa henti.. Saya setkan setiap setengah atau satu jam untuk satu artikel.

Hasil seminggu saya bercuti untuk TKO rangking TKO kembali pulih dan menunjukkan tanda yang baik. Sebelum ini kedudukan 120 di Malaysia, turun ke 115 dan terus turun ke tangga 113. Walapun ada usaha boikot TKO kerana saya dibabitkan dengan menyerang kumpulan yang dipanggil "Usrah Barbican" tapi nampak masih kurang berkesan.

Memang saya dah arahkan semua artikel berkaitan dikeluarkan kepada Pembantu Webmaster setelah beberapa kali nama saya dibabitkan. Apa guna marah TKO kerana memang anda dah kata TKO yang terbabit. Biarlah ternyata apa yang anda laungkan. Saya sekadar membenarkan kata-kata anda..

7.30 pagi saya dan mula turun rumah. Malangnya kereta saya tak hidup. Mungkin bateri. Hari ini Jumaat, cuti mana ada kedai buka. Saya dah pening kepala. Terus saya ambil kunci motorsikal untuk belikan air bateri, mana tahu boleh hidup kot. Malangnya tayar motor pancit... mungkin dah dua bulan tak guna..

Nasib baik ada satu kereta lagi, kereta lama. Saya terus ambil kereta berkenaan. Kereta ini dah tak ada roadtax mungkin 2 atau 3 bulan. Nak buat macam nasiblah saya memandu ke Rusila dengan kereta tanpa roadtax... (Padan muka kerajaan, pasal apa naikkan harga insuran)

Seperti biasa saya berhenti di Kelulut, makan laksan dulu.. walaupun dah lewat. Sampai ke Rusila dah pukul 10.00 pagi. Kuliah pun dah pun habis...

Susahlah tak sempat jumpa TG Haji Abdul Hadi nampaknya kerana dia hanya bersama dengan orang ramai sekitar 30 minit sahaja di berada rumahnya.

Saya terus ke bilik IT masjid Rusila. Masuk di sana, cukup sejuk dengan aircorn dan kipas juga terbuka. Selepas bincang ringkas dengan Webmaster Terengganu kini pasal projek langgar ni, saya baring tepi meja, terus terlelap..

Bangun, saya seorang sahaja dalam bilik ini. jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Saya ke Rumah kakak TG Haji Abdul Hadi (rumahnya dihadapan dan sebelah dengan rumah TG Haji Abdul Hadi), tinjau-tinjau.

TG Haji Abdul Hadi sedang menaip dengan laptop dengar cerita karang kitab. Selepas itu beliau berubat sakit kepala anak dua pupunya. Lama juga.. saya pun terpaksa pergi.

Kena cari Zehan (Setiausaha TG Haji Abdul Hadi) untuk buat temu janji. Kalau nak jumpa Zehan mesti dia nak tahu berapa orang yang akan hadir untuk dia atur majlis itu nanti.

Jadi saya tak nak jumpa lagi dan dalam kesempatan ini saya minta pihak yang nak datang tolong bagi nama-nama mereka yang akan hadir untuk saya panjangkan kepada sdr Zehan.

Dulu saya ingat si Aduka sahaja yang nak datang, pasal tu saya cabar dia sebab mudah aje nak jumpa tak perlulahlah majlis-majlis. Tapi nampaknya dah tukar kepada Warcana Minda pula... tak apalah ikut ajelah..

Kena tunggu lagilah...

.....
Menulis dengan gaya bahasa Terengganu

Jadi, dengan ini, gua open kepada semua anak muda Malaysia. Kita menghampiri tarikh berjumpa sendiri dengan Presiden PAS. Stanby peruntukan untuk ke Terengganu. Kita akan tekankan hari Jumaat kerana ianya sesuai bagi semua secara terbanyak. Jika kita diundang dengan baik, kita akan gugurkan word LANGGAR. Smol meter. Jika pihak Presiden PAS mengelak, kita tegakkan word LANGGAR.

Jika tarikh jatuh pada hari Jumaat, gua seru semua turun awal supaya kita semua dapat solat Jumaat di belakang Presiden PAS. Insyaallah.

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...