Oleh : AdukaTaruna
Fight bro! Fight! Fight! Semoga Allah mudahkan Pak Bakaq dan seluruh muslimin muslimat berhenti merokok.
Bagi yang tak hisap rokok, terutama wanita, memang jengkel bila lelaki susah nak berhenti merokok. Dia rasa pelik sebab dia tak mengalami kesukaran itu. Gua dulu seperti itu lah. Sehingga satu peritiwa yang mengajar gua sesuatu. Meh gua cerita sikit. Moga2 lu dapat sikit sebanyak faham kesulitan manusia2 macam ini.
Ianya sama stendet macam gua nak bangun solat Subuh. Kelemahan gua lagi besar dari Pak Bakaq. Satu cerita, ketika gua remaja, member gua bernama Aboy Gemok (maybe dia pun lupa cerita ni), pernah cerita pada gua yang dia juga liat bangun subuh. Sampaikan satu hari, dia bermimpi dilempang dengan kuat ketika subuh. Dan dia terus bangun untuk solat.
Malam itu juga, ketika hendak tidur, gua mempersoalkan ketidakadilan Allah yang menghantar mimpi lempang terhadap Aboy Gemok berbanding gua. Masa tu budak2 lagi. Apa beza gua dengan Aboy? Pendek cerita, gua tidur dan Subuh pun menjelma. Macam biasa, gua terjaga, tapi liat nak mampos bangun. 2-3 minit, tertidur semula.
Pang!! Gua terasa dilempang. Maha suci Allah. Terkejut babun gua beb. Sampai gua bangun terduduk. Gua pun dapat mimpi dilempang. Tapi mengantuk dan liat tetap begitu. Macam sial. Gua boleh sujud atas tilam minta maaf kat Allah sebab nak sambung tidur dan lelap dalam keadaan macam tu.
Tak rasa, memang tak tahu. Pada orang yang kuat bahagian itu, memang dia rasa mudah. Tapi pada orang yang lemah bahagian itu, hanya dia sahaja memahami. Apa pun, yang salah tetap salah, yang diperintahkan tetap wajib dilaksanakan.
Semoga gua dapat memperbaiki kelemahan gua, semoga Pak Bakaq dapat memperbaiki kelemahan Pak Bakaq. Dan sebab kita lemah dalam diri sendiri seperti inilah, kita perlukan satu sistem yang mengawal kita, isteri dan keluarga. Yakni sistem dari Allah. Jadi, falsafah betulkan diri sendiri sebelum betulkan diri orang lain atau sistem orang lain adalah tertolak. Betulkan orang lain, betulkan sistem adalah satu usaha penting membetulkan diri sendiri.
Mari pakat doakan kekuatan untuk bahagian yang Pak Bakaq lemah dengan harapan Pak Bakaq juga mendoakan kekuatan untuk bahagian yang kita lemah.
Fight bro! Fight! Fight!

[lama tak tinggal komen haha]
ReplyDelete"Bagi yang tak hisap rokok, terutama wanita, memang jengkel bila lelaki susah nak berhenti merokok" <--- kalau jengkel bila org merokok nih taknak berenti rokok camana?
haha, 4bulan tinggal bersama2 perokok buat nur rasa nak jengkel pun dah xmampu,, ;p
gud lak pak bakaq!!
nur