Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Apr 22, 2010

Malikul Sembab Senyum Sampai Telinga.

Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini seperti berikut;

Barisan Najis menang besar dengan jumlah undi - 799
PKR tiada undi lansung sebab sejarah calon kaki botol  -   0
Tiada undi yang dirosakkan - 0
Jumlah keluar mengundi - 799
Peratusan dipaksa mengundi BN - 100%

HULU SELANGOR, 22 April — Pengundian pos selama dua hari untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor mula dijalankan hari ini di tiga tempat pengundian pos yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya. Pengarah SPR Selangor Dzulkifli Ab Rahman berkata anggota tentera mengundi di Kem Semboyan Kuala Kubu Baru manakala anggota polis mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Baharu dan Maktab Latihan Polis Kuala Kubu Baharu di sini.

Proses pengundian ialah dari 8 pagi hingga 5 petang ini.

“Proses pengundian berjalan lancar. Hanya pihak polis yang meminta supaya pengundian dijalankan selama dua hari, iaitu hari ini dan esok, bagi membolehkan anggotanya yang bertugas untuk mengundi,” kata Dzulkifli kepada Bernama.

Terdapat sejumlah 799 undi pos, dengan 170 daripadanya adalah anggota tentera manakala selebihnya merupakan anggota polis.

Dzulkifli berkata bahawa apabila selesai proses pengundian petang ini, karung undi pos itu akan dibawa ke pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan akan disimpan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, dan pada 25 April ini, ia akan dibawa dan dibuka untuk pengiraan di pusat penjumlahan undi.

Seramai 799 penguni pos itu adalah sebahagian daripada 64,500 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen ulu Selangor.

Bagi pengundi biasa, mereka akan mengundi Ahad ini dari 8 pagi hingga 5 petang di 48 pusat pengundian.

Pilihan raya kecil itu melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional P. Kamalanathan dan calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim. 

*** Keputusan undi POS daaaa.... dah kompom ubn menang..... selebihnya tunggu hari Ahad pulak laaa....... ha..ha..ha.....***

3 comments:

Malaysian said...

Berita Terkini dari Hulu Selangor...

Kamalanathan (Calon BN-MIC) adalah Pengundi dari Kawasan Sami Velly (Sungai Siput)

Baca seterusnya disini...

http://gomalaysian2.blogspot.com/2010/04/kamalanathan-al-p-panchanathan.html

mimi said...

dapat sikit informasi,..

amat7 said...

yes!!!!!!! BN menang. xsia2 aku pangkah...