Skip to main content

Gua rasa nak lempang jer Fabio Capello nih..


Oleh : AdukaTaruna

Nasib baik la skang ni fasa perang. Kalau tak memang gua maki jer Fabio Capello nih secara direct beb. Dan kalaulah kerana Fabio Capello ni adalah platform Islamic State secara terus dan langsung, memang masuk dalam list langgar PAS Reform.

Walau takda kaitan secara langsung, gua kritik jugalah Fabio Capello ni. Sebab mangkuk ni ada effect terhadap proses mendapatkan sistem Islam di Malaysia. Yakni demokrasi adil. Kalau tindakan dalam strategi tahap mangkuk, caner nak dapatkan demokrasi adil? Sampai kiamat la BN bertenggek atas demokrasi tahap Malaysia.

Memang gua boleh kritik dan melahirkan perasan tak puas hati gua selepas perang tamat, malah memang itu pun selalu gua buat. Ramai juga pertikai kenapa gua tak kritik sebelum sesuatu terjadi. Siapa cakap? Gua kritik dan keluar N3 tak setuju dalam setiap peristiwa sebelum terjadi. Cuma N3 bentuk lembut dan berbayang. Gua tak mahu menambah rosak apa yang telah rosak. Nasihat sikit, jalan jer dulu, gua doakan yang terbaik, kalau betul ramalan gua, siapla...

Tapi, kali ni, on the way skuad England dipersiapkan, gua nak maki dulu. Niamakahai punya Fabio Capello. Haaihhh... nasib baikla tak membabitkan misi PAS Reform secara langsung. Kalau tak.... langgar bai.

Dalam mengemukakan satu-satu calon, dalam waktu rumit dan sukar seperti ini, pilihlah satu calon yang TIDAK buang masa.

1. Tak buang masa nak defend diri kisah silam.
2. Tak buang masa nak bela diri itu dan ini.
3. Tak buang masa ungkit cerita pergi Mekah.

Kita nak dengar apa tawaran. Bagaimana calon boleh selesaikan masalah England yang jadi pak lawak dalam setiap kempen Piala Dunia. Itu sepatutnya landasan yang kita mahukan. Bukannya menjadikan waktu ini sebagai medium membersihkan diri. Siapa punya rancangan kalau bukan Fabio Capello? Siapa punya keputusan kalau bukan Fabio Capello?

Fabio Capello menang World Cup.

Gua tetap ucapkan tahniah. Bagus. Turn lu pulak kutuk dan maki gua. Smol metter. Ni bukan masalah peribadi antara gua dengan Fabio atau calonnya. Mereka tak pernah terbabit pun dengan gua. Cuma ini soal prinsip perjuangan.

Terasa betul gua bila baca dan lihat Hadi Awang kena buang masa pertahankan masalah peribadi calon pilihan Fabio Capello. Tu pun nasib baik gua tak jumpa Nik Aziz defend benda2 sampah seperti ini. Kalau tak, luka beb. Gua umumkan dan tegaskan PAS Reform luka. Sangat mendukacitakan.

Sepatutnya tahap pemimpin tertinggi BR berada di atas standard manisfesto. Standard perincian perancangan pemerintahan. Apa tawaran kami jika kami dipilih. Itu sepatutnya berlaku. Bukannya semua pihak terpaksa buang masa defend masalah yang bukan2. Bukan jadikan kempen World Cup sebagai platform cuci masalah peribadi. Nak cuci dosa mandi Sungai Gangga la bai.

Dey Fabio Capello.

Kalau lu menang, gua ucapkan tahniah kepada semua pihak terutama lu. Gua pun tumpang tuah dan hasil kerja lu. Tapi di sini gua nak umumkan bahawa lu bawa rakyat Malaysia kepada satu level politik yang pertengahan. Mendatar dan berkadar terus kepada kuno / primitif. Bukan tahap tertinggi, dan dinamik ke arah maju. Tidak faham? Gua tak hairan sebab gua tak pernah anggap lu genius.

Kita ambil timeline sejak UMNO berjaya dicipta oleh British. Sejak zaman tersebut Melayu berpolitik atas kerana jenama. Jenama yang didoktrin. Sebab itu, Mahathir sanggup buat apa sahaja demi jenama UMNO. Ku Li buat jenama Semangat 46, Mahathir buat jenama UMNO Baru. Then kembali semula UMNO.

Kemudian, fasa muktahir menyaksikan Melayu berjaya memisahkan diri dengan jenama utama UMNO. Tetapi tetap menghala kepada jenama juga. Yakni jenama PKR. Melayu juga terikat dengan jenama PAS, tetapi Musyidul Amnya Nik Aziz maju seribu tahun dari lu. Sejak zaman dinasour lagi Nik Aziz menanamkan bahawa PAS atau UMNO hanyalah jenama. Kalau UMNO kembali kepada Islam walau kekal nama UMNO, maka PAS bubar. Tidak perlu ada 2 parti Islam.

Hadi Awang juga sejak zaman batu mendidik yang demikian. Generasi gualah yang menyurusi apa yang dia tinggalkan. PAS menentang UMNO bukan kerana 'nama' UMNO. Ini berkaitan dengan jenama. Zaman batu lagi dia sudah mengatakan demikian. Adakah kerana Hadi genius? Tidak. Dakwaan gua dia bodoh. Tapi dia selamat, dan meninggalkan petunjuk2 selamat kepada generasi gua dan hadapan kerana dia adalah pemegang falsafah Islam (secara terbanyak bagi keseluruhan tajuk).

Apa kaitan dengan calon pilihan Fabio Capello?

Jika kita ikhlas kerana Allah, kita tidak akan mendoktrin Melayu kepada jenama. Kita tidak menyempitkan Melayu dan bangsa lain kepada jenama. Jenama hanyalah tumpangan dan bangsa hanyalah kebetulan.

Jika anda meletakkan satu calon yang semua pihak terpaksa buang masa turun level politik mempertahankan masalah peribadi calon, maka, anda sebenarnya tidak mendidik rakyat kepada kekuatan calon. Benar bukan?

Pada anda wahai Fabio Capello, siapa pun calon, yang penting ialah jenama. Benar bukan? Beranikah Fabio Capello mengisytihar bahawa jenama PKR atau UMNO hanyalah satu jenama. Yang penting ialah arah dan matlamat kita berpolitik. Berani atau tidak? Sudah tentu anda tidak berani. IQ anda dalam kocek gua Fabio Capello. Anda semua tidak akan mencapai tahap ini sehinggalah anda membaca N3 ini.

PAS Reform tidak akan tunduk kepada falsafah songsang ini. Sekiranya PAS Reform dizinkan Allah meletakkan calon dan menang, PAS Reform akan duduk dalam falsafah Islam. Amanah yang diberikan kepada 'ahli' berpandu muktamadkan kepada sekumpulan ulama layak. Bukan pada benda2 baharu yang tidak kekal seperti jenama, kasta ulama-professional, batang tubuh tokoh dan sebagainya. Bab falsafah.

Bab kecenderungan memilih kuasa pula, PAS Reform akan menyokong Barisan Rakyat dalam bentuk kestabilan kuasa pemerintahan, kami tidak akan memberi kestabilan kuasa kepada BN sehingga demokrasi pulih dengan tulen. Tetapi berdiri sendiri dalam setiap pendirian dan isu.

Sekian dulu.

Comments

  1. lu rasa nak lempang?...... wa dah lempang dah sapa tu..... fobia kepala????.... ehhhh silap Fabio Capello la..... berbirat pipi mamat tu......

    ReplyDelete
  2. yang ni baru la ori..yang ak nk bace n minat nk cr point utk belasah..

    eleh ekau AT,kono lempang dgn org johor br taw,ad hati nk lempang orang.

    ReplyDelete
  3. mamat tu lg hebat dr ko la bro...
    apasal ko nak lempang plk...

    ReplyDelete
  4. AT.. wa paham N3 lu dan falsafah lu.. yg wa tak faham lu gaul suma macam mi goreng mamak!
    memang sedap bro.. tp lu ingat Fabio dan kaumnya reti ke makan mi mamak? Apolai nak rasa podas masak lomak lu..

    lagi satu bab calon.. lu ingat fabio ada ka striker tahap Pas reform yg tayah dan takble londeh? suma geng fabio tahap londeh bro.. lu kena ingat mazhab mana depa khatam dulu?
    tak kan fabio nak pinjam dgn Pas macam dulu2.. pun kantoi gak! lagi kuat lompatnyo..
    lu kena terima hakikat yg kerja londeh ni baguihh.. adat main misti skor gol.. skang 1st half calon fabio kena londeh tebarai abiss, lari bogel.. 2nd half apo nak londeh lagi?? time tu baru lu bole cakap Fabio ni tawkey tahap mana.
    yg wa tak pahamnya apo klass hadi nak layan barang londeh ni..

    ReplyDelete
  5. at, lu cakap..
    Hadi Awang juga sejak zaman batu mendidik yang demikian. Generasi gualah yang menyurusi apa yang dia tinggalkan. PAS menentang UMNO bukan kerana 'nama' UMNO.

    itu Hadi dalam sejara la bro.. Hadi skang lain. dia bukan ulama bodoh.. dia ulama opurtunis.
    hadi dan fabio walau taktik dan gaya berbeza, tp sama.. dua2 nak skor goal. buleh sa gelanggang tapi takleh sa pasukan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.