Skip to main content

Gua jumpa SB petang semalam


Oleh : AdukaTaruna
Semalam ada pasar malam bai. Area rumah mak mertua gua. Balik kojo, jemput bini, terus g round pasar malam. Gua jenis malas balik dulu. Kalau dah balik, kompom malas keluar punya.
Pasar malam kat negeri Ketuanan DAP ni lain sket bai.  Tak macam negeri Ketuanan Melayu N9 gua. Kat sini Magrib peniaga diorang tak berniaga. Solat tak solat belakang kira kot. Tapi adalah satu budaya dan persepsi memalukan kalau membeli-belah time magrib kat sini.
Tengah skodeng-modeng benda alah yang nak dibeli, gua ter usha sekor mamat. Macam kenal jer mamat nih. Pakaian kemas. Pun dengan bini dia gak. Kat mana gua nampak mamat ni? Takan abanghensem kot? C++ lagi tak logic. Kejadah apa dia buat kat sini?
Sekali baru gua teringat. Ni la mamat SB yang ambil intelligent gua kat IPD Pengkalan Chepa ari tuh. Yang minta no tepon nak ajak gua minum air. Gua sound bini gua. Bini gua terus cuak. Adeh….
“Takper… kita professional. Abang nak test SB tu jap.”
Gua potong SB tu, berhenti gerai di depan sket, buat2 nak beli, paling, then usha SB tuh. Gua nak tengok dia larikan anak mata atau tak. Bini gua dah cuak.
Gua usha dia, dia usha gua. Tak lari mata bai SB tuh. Memang SB dia nih. Ada uniform, pistol berani la kot.. cer kosong macam gua gak. Ngeh3..
“Eh…. Ha… AdukaTaruna.”
Gua senyum.
“Buat apa kat sini? Macamana kes hari tuh?” Tu dia.. kalau dah dasar polis maa…
“Sajer bawak orang rumah jalan bro..“ Kat luar takdo protokol2 der beb. Lu gua, lu gua la…
“Lu buat apa kat sini?” Gua tanya soalan bodoh.
“Macamana setakat ni?” Dia jugak soal gua. Kelepet. Memang dasar polis lu nih.
“Ok jer… Insyaallah.” Gua senyum.
“Takda benda lah tu..”
Ayat SB beb. Gua senyum jer. Nak baca lurus tak bleh, nak baca terbalik pun tak bleh.
“Ok la bro.. gua beli2 dulu la..” Gua tepuk tepi bahu dia sambil turn nak chow..
“Eh.. jangan buat lagi yer..”
Senyum.

Comments

  1. macam lagu main mocon ally nor & mastura.

    JANGAN BUEK LAYIE YO?

    KAHKAH KAH

    ReplyDelete
  2. Bhai....

    Lu silap aaa... Gua la SB tue... hahahaha... pasai tue la gua pakai Balaclava... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.