Skip to main content

Cerita rekaan gua.

Oleh : AdukaTaruna

“Nal… lu free tak habis kerja ni kang?”

“Napo?”

“Gua nak kecek sket dengan lu ni..”

“Pasa gapo?”

“Ada projek sket.. kita cakap time minum air la.. lepas kerja ni kang.”

Port kedai nasi 2 riyal. Apo gilo inflasi kat Kelantan ni. Nasi + Ayam (kecil sikit dari standard) + sambal = RM2. Kalau kat negeri Ketuanan Melayu, dalam RM3 ke atas tu. Air Singa Bing (limau ais) RM 0.80. Kalau Harimau Bing gua rasa lagi murah tuh.

“Gini Nal… Atuk lu Siam kan..”

“Ha.. Atuk kawe ado 2 ic. 1 Malaysia, 1 Thailand.”

“Cantet..”

“?”

“Tak lama lagi Piala Dunia, Nal. Gua ingat gua nak bawa masuk jersi Siam ke Seremban la.”

“Tapi Atuk kawe tak tahu pasal jual2 baju ni Yol.. tapi saing dio mungkin tahu segho..”

“Segho tu siapa?”

“Segho tu…. Hmmm… rasanya. Rasanya.”

“Tak… lu tanya Atuk lu.. macamana nak masuk Thailand. Masuk haram punya. Pastu kita cari contact sendiri.”

“La.. Yol… masuk guna border pass la. Guna passport.”

“Tu gua tahu la Nal.. masalahnya gua ada kes mahkamah. 31 hb ni… Tak boleh keluar Malaysia.”

“Oooo.. kalau lepas 31?”

“Sebenarnya, selagi kes tak settle, selagi tu gua tak bleh keluar. Tapi… kalau boleh… gua kena pergi cari contact sebelum gua balik Seremban ni. Kena tahu detail dia. Berapa harga, berapa minima boleh hambek. Tanya memember sana siapa nak hambek jersi wat niaga.”

“Kalau camtu, tak payah guna Atuk kawe la… kawe pun tahu nak masuk. Tapi tak boleh jauh la.. tp kalau nak lagi mudah, guna Atuk kawe la”

“Lu tahu ke Nal? Cantet. Janji kita dapat contact.”

“Mu nak masuk ikut mana?”

“Selalu orang Kelantan beli baju siam kat mana?”

“Kita masuk Tak Bai. Atuk kawe kiro ado namo sano. Lebih kurang la.”

“Okeh.. cun alhamdulillah.”

Pagi Jumaat.

Gua dengan member gua bersama membernya, 3 orang semuanya bertolak ke Pengkalan Kubor. Pergh… gile seram tempat nih. Kubor siott… Seb baik siang Jumaat. Kalau malam Jumaat, lagi seram gua. Tu pasal gua jarang keluar malam2 Jumaat skang. Kah kah kah..

Sampai Pengkalan Kubor, member gua park kereta kat satu kampung.

“Atok kawe suruh tunggu sini. Nanti ada orang ambil.”

Baru nak keluar dari kereta ambil angin, lalu satu kereta. Toyota Caldina siott. Tinted. Cermin belah pemandu turun. Usha kitorang. Niamakahai. Apa kes plak ni? Gua jelling Nal, Nal pun usha sambil usik2 muka.

Tionaseng. Ni mesti main buah ni. Kongsi gelap Thailand ke apa member gua sekor nih? Gua nak bisnes bhai… bukan nak masuk kongsi gelap. Keluar 2 lelaki tidak termasuk pemandu. Gaya macam SB. Ah.. sudah. Mampos gua ke dalam lagi ni kang.

“Assalamualaikum..” Sapa lelaki 2 ekor tu.

“Waalaikumussalam..”

Mereka hulur tangan bersalaman. Time turn gua bersalaman, jari telunjuk dan jari tengah mamat tu lurus jolok bawah pergelangan gua. Lelaki tu pegang tak lepas. Niamakahai.. gua bukan 30 ke 36 ke 77 ke. Gua buat muka releks. Senyum dan tengok Nal. Tolong bagitau lelaki 2 ekor ni sket.

“$#@^&*%#” Nal kecek Siam.

Lelaki tu angguk, senyum dan tepuk2 belakang bahu gua. Tepuk la.. kuat sikit, kompom gua debik dan lari. Ngee...

“Kawe cakap mu ore luar. Nak masuk Tak Bai berniaga.”

Kete Nal tinggal situ, kami naik Caldina. Tak sampai 5 minit, sampai di tepi satu sungai. Seberang sungai jelas nampak daratan. Itulah Thailand. Pemandu Caldina blah. Ada bot tunggu. Kami naik atas bot. Mudik menuju ke seberang.

Perjalanan ke seberang tak sampai 5 minit. Nal kecek Siam dengan lelaki tadi. Bila lelaki tu tanya gua kecek Kelate, gua sengeh2 bodo jer… tak paham gua..

(bersambung ikut suka... idea takda)
 

Comments

  1. wah
    lu sudah main buah skarang ni haha
    ada bagussss
    boleh gua paw lu mintak kurang harga jersey tuh

    ReplyDelete
  2. sambung jangan tak sambung, den tunggu...

    ReplyDelete
  3. -kalu cmni bole ar wa dpt hrga adik beradik ngan lu..cantet siot!!!

    -tp make sure adik bradik pekida la, kalo perkasa wa tak mau..hehehehe..

    ReplyDelete
  4. kahkahkah ..... apa laaaa lu ni.... segho pun tak tau.... aduka... ore kelate panggil laluan underground ke siam tu .... LALUAN RAMBO..... sebab kawasan tu sebijik cam citer RAMBO 2.... sepatutnya lu kena ikat tali kat kepala lu...... n pakai singlet ala rambo..... tu pun kalau lu berani la.... kalau tak bersepai la kepala otak lu hahahaha.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...