Skip to main content

Clubing dan bogel di Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna

Tajuk gua hari ni ala2 akhbar Melayu no 1 siott... Harian Metro.

Gua cicir habes beb dalam perkembangan politik tanah air. Tuan Ibrahim wat kenyataan terima Zul pun gua tahu dari Topeng. So, gua tak dapat nak taip bab2 politik nih. Gua blurr… Sapa2 nak tolak laptop 2nd murah2, dalam seriyal dua kat gua, atau pun menyeponsor laptop kepada gua, dialu2kan. Ngee….


Ari tu, tengah wa kerja dengan begitu tekun sekali, gua terima satu panggilan dari nombor misteri. Mak gua dulu selalu pesan kat gua supaya jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali. So, sebagai anak yang soleh, gua was2 nak jawab beb. Tapi semangat inkuri gua begitu menebal membuatkan gua melanggar pesanan mak gua.


“Ello....” (Say hello n how are you gaya Idlan Raja Lawak)


“Assalamualaikum… aduka. Anta kat mana?”


Mak uih… terkejut gua. Siapa plak berana anta dengan gua nih? Takan C++ kot. Mamat jahil tu mana pandai ana-anta nih. Edyes pun tak logic gak. Setan sekolah Paroi Jaya tu mukaddam pun tak boleh pegang. Terbakar bhai…


“Siapa ni yer?” Perghh…. Punya la sopan gua tanya tu bhai..


“Ana la… Ustaz Wan ji. Albakistani.”


Ekeleee…. Sekali Ostad Wan G kol gua.. ingatkan strangers mana tadik.


“Aduka.. anta free tak? Ana kat KB skang. Boleh minum2…”


“Uih… gua tengah kerja ni ostad. Malam nanti la ostad.. apa2 hal gua kol.”


Kalau gua kerja dispatch macam time gua habes SPM dulu, takper gak. Boleh mengular jap. Ni dah tua2 bangka ni… kerja plak kat negeri Serambi Mekah, mau kena panah petir gua kang.


Gua sms Topeng.


“Weih bro.. Ostad Wan G nak jumpa la. Malam ni kita ajak dia g clubing jom.”


“Kepalo hotok mu clubing kat Kelantan ni. Kita pekena air halia Kg Sireh.”


Kelantan vs Selangor.


Bhai.. sebenarnya gua tak tahu nak tulis apa ni… nak tulis bab2 isu semasa apa pun gua tak tahu. Gua rasa gua dah selevel Melayu Felda dah woi… ah… kifarah gua kutuk Melayu Felda la ni… huhu… Yang ada terkemas rapi dalam kepala otak gua ialah susunan hujah Langgar Hadi jer nih.. benda2 baru gua blurr..


Kelantan vs Selangor beb. Kelantan gua tengok tengah dengan defend memang cun dah. Semangat nak kuasai dan menang bola pun cantet. Tapi malang, main still ala liga Malaysia. Tak main bola atas tanah, tapi lambung sana, lambung sini, macam bebudak main takraw. Orang N9 panggil main charu.


Katakan dapat bola dari bawah. Passing ke tengah. Tengah buka ke sayap. Sayap lari ke depan. Takder idea lain, takda fikir lain.. terus cross atau lambung ke kawasan lawan. Macam bongok liga Malaysia. Tapi ari tu gua ada tengok Selangor main lawan Kedah. Gua ada tertarik la cara Selangor main. Takda idea nak serang atau tak boleh masuk kawasan lawan, dia main bawah balik, tukar side apa yang patut. Kurang cross2.. lambung2 bola secara nasib dan takda akal nih.. Atas tanah jer bola.


Adik Ipar gua plak ajak gua g stadium tengok Red Worrior. Gua plak, bab bola Melayu nih, jangan kata Kelantan, N9 pun gua berbulu. Kuang3…


Eh.. siyes beb. Siapa yang memang budak Seremban, membesar kat Seremban dan berumur 25 tahun ke atas, akan faham gua. Hanya Melayu2 Pilah + Rembau + Jempol jer yang g stadium tgk bola N9 dan pasang bendera Malaysia setiap kali merdeka. Melayu RTM ma.. pembolehubahnya. Isu patriotic tajuk lain.


Pendek cerita, macam biasa. Gua akan suruh Topeng Perak bogel kalau Kelantan menang Jumaat nih. Gua turun ni bhai.. siap beli tiket RM12 lagi Khamis nih.. Harap2 Fasha Sanda duduk sebelah gua. Tapi gua pakai baju biasa la.. nak pakai baju Selangor kang… mampos gua.. Ngee…. Kalau abangbotaklicin UO backing gua, takper gak.

Comments

  1. Enjoy aje kn dok Klate hang skrg? hehehehe, kpale pn tk pening. Mkn pn mrh aje.. Klu stkt gj 2rb tu tk abih mkn.. Hy UMNO aje yg bangang. Cuti skolah mgu dpn nti cb hang pegi Pengkalan Kubur & Rantau Panjang. Hang tgk pesta beli belah org2 luar. Msti hang terkejut tgk.. hahahaha..

    ReplyDelete
  2. umang ai... sapo yang kobar kek kau nie... jangan cayo khabar angin poik, den dulu skolah STJ kek labu nuu...

    ReplyDelete
  3. Lain kali kalau orang tengah menenggek, jangan ajak clubbing air halia...

    hampehhhh...

    ReplyDelete
  4. Bhai AT,

    Gua dulu cuma skolah Mubaligh Kristian la... hahahaha.. langsung haram tak reti ana ente nih... hahaha..

    Gua no tepon lu pon takder bhai... hahaha.. yang ader cuma nombor lokap lu jer.... hahaha..

    ReplyDelete
  5. bhai....
    gua nak ucap slmt bermastautin d klate nie....

    selamat dtg ke negeri ambo nie....

    dulu ambo duk merantau di negeri demo,n9.kawe duk sana dlm 5 thn, tp xperasan plak yg kiter nie berjiran& gua pun selalu lepak kat perumahan demo.mgkin xperasan ko demo sbb demo xhensem kot....atau mgkin pernah minum2 satu kedai,tp xkenal...

    br 2 thn nie kawe balik ke klate,dan skrg buat biz di kb.

    ada masa,demo email kawe.bleh kluar minum2.

    member sebelah taman kat n9
    -tmn seri telawi-

    ReplyDelete
  6. den tetarik tul ayat ekau yg part org2 pilah rombau jompul yo yg monoh kan stadium tu...mmg boto bhai..hahaha

    ReplyDelete
  7. Bola msia ni den tgk bilo final yoo.. tu pon kalau selangor msk, kalau lain xpayah, kalau kelantan mmg lg xpayah sobab nnt payah nk blk keto n moto kono baka.. hahaha

    ReplyDelete
  8. ekau hati-hati kek kelantan tu...orang kelantan barbarian....kang di baka ee keto ngan rumah kau..Sanun memang makan murah tapi ekau kono jaga semuo ee manih..esok-esok balik nogori kaki kau kudung dek koncing manih...keh keh keh

    ReplyDelete
  9. -dulu time wa blaja, wa bnci beb ngan bdak2 kelate or ape saje yg brkaitan ngan kelate..tp bile rmai ahli keluarga wa kawin ngan org kelate, n wa pun mula brgaul ngan diorang, persepsi wa trus brubah..

    -mmg layan beb duk kt sane, brg2 dapur msih murah, even kalu nk mkn luar pun msih byk lg kdai2 yg hrga jauh brbeza ngan kl nie..

    -dlm byk2 tmpat kat kelantan wa suke beb lepak kt pasir mas, awek2 die manis2 belako,hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.