Skip to main content

Projek Langgar Hadi wajib sebelum gua ke penjara.

Oleh : AdukaTaruna

Gua rasa lagi lama gua borak dengan Pak Guard mahkamah dari kes gua. Member nak bagi baju UMNO untuk gua pakai pun tak sempat. Tahu2 kes gua pada hari tu dah settle, untuk hari tersebut.

Pihak pendakwaraya mahu bawa 12 saksi ma... yang menarik cikgu Melayu Felda yang buat 1st report tu skali ada nanti. Gua nak tengok wajah dia. Ramalan gua, dia jenis Melayu bermisai lebat. Tak tahu la dia cukur bila baca N3 gua nih. Mesti ensem beliau seh.... selamat datang ke Seremban. Pro...

Tarikh bicara gua nanti 20-22 hb 10 ni. 3 hari siot. So, gua ingat sempat kot on Projek Langgar Hadi. Gua tak toleh belakang punya. Insyaallah. Kita tak langgar Hadi bab akhlak dan kualiti ibadah dia. Tapi kita langgar bab bangang dalam keahlian peperangan politik.

"Sibuk nak jatuhkan Hadi buat apa Aduka? Tunggu muktamar la. Cakap dan cakap macam anjing salak bukit buat apa?"

Walau lu berbulu baca, gua tetap nak bagitau, secara manusianya, IQ lu bukan stendet gua. Buang masa nak jatuhkan Hasan, nak jatuhkan Nasha, nak jatuhkan semua agen Task Force satu persatu, walau gua tetap menyokong gerakan tersebut dari pihak lain.

Pada gua, gua perlu cabut Hadi. Bila Hadi berjaya dicabut, maka semua masalah tercabut dengan sendiri. Nak cabut Hadi, yes... dan ofkos melalui muktamar. Demokrasi. Bukan militan.

Ada 2 jalan bab pemilihan.

1. Kualiti intelek perwakilan PAS.
2. Reformasi sistem kiraan undi muktamar.

Nak capai ketelusan sistem kiraan undi muktamar, ibarat nak tunggu Hadi memohon maaf kepada ahli dan rakyat seperti Nik Aziz. Mustahil bai... so, kita hanya ada 1 jalan. Yakni kualiti intelek pengundi PAS.

Cara nak tingkatkan dan beri maklumat kepada perwakilan PAS yang tahap macam biawak ni, melalui blog, memang payah bai. Mustahil gak. So, di sini perlunya Program Langgar Hadi itu.

Kesemua perwakilan akan tahu bahawa Presidennya akan berdebat dengan gua. Dah tentu rakaman, butiran, transkrip atau apa sahaja perdebatan itu akan sampai kepada perwakilan.

Gua nak tengok Hadi atau para backupnya, termasuk Dr SU dia tu jawab soalan gua. Benda ini akan menjadi satu dokumen sejarah. So, menjelang muktamar pemilihan, secara manusianya, kesemua perwakilan dapat melihat di celah mana bodoh Hadi yang gua dakwa sejak dulu. Ini perancangan gua sebagai manusia. Perancangan Allah, gua no komen.

"Kalau lu tewas?"

Takda masalah. Niat gua nak buktikan Hadi bukan ahli. Ini falsafah Kepimpinan Islam. Bukan falsafah ciptaan manusia bangsat para ulama memandai2 Melayu, Kepimpinan Ulama secara candu dan heroin. Kalau tewas, gua tetap gua. Tidak mendatangkan damge kepada PAS dan seterusnya perjuangan mencilok sistem Islam.

Malah, seandainya Hadi masih tidak berubah, diharapkan, puluhan lagi yang akan mengganti gua. Insyaallah.

Langgar Hadi wajib sebelum keputusan kes gua.

Seandainya gua disalahkan dengan denda yang tinggi, kemungkinan gua tidak mampu bayar itu tinggi. Bila tidak boleh bayar, maka gua akan ke penjara. Bila gua ke penjara, maka Projek Langgar Hadi tergendala untuk sekurang2nya menjelang PRU yang semakin hampir.

Walau puluhan lagi rakan akan terus menentang Task Force, tapi buldozer Task Force, Hadi kekal. Di harapkan ada yang tampil teruskan taktikal gua, seandainya gua terkandas ke dalam.

Mengapa harus menentang perpaduan Melayu? Bukankah banyak nas dan dalil mengenainya?

Gua ulang balik yang IQ gua bukan tahap Hadi atau pengikut Rusila mereka, walau lu meluat untuk baca.

Pembolehutama kebodohan ialah genetik. Hadi lulus cemerlang dalam peperiksaan kerana dia adalah penghafal yang baik. Tapi dia kekal bodoh secara genetik di luar kehendak hafalan. Itu dakwaan gua lah. Perbahasan.

Pembolehubah utama perjuangan menegakkan sistem Islam di Malaysia (PAS khususnya) ialah melalui undi majoriti majmuk. Manakala perjuangan Nabi Muhammad SAW pula tidak tertakluk kepada pembolehubah tersebut.

Maka, tidak semua nas dan hadis boleh digunapakai untuk dirujuk kepada perjuangan di Malaysia melalui undi majority. Perjuangan PAS tidak setulen Nabi SAW. Mana boleh dicedok keseluruhan alatan di kedai hardware untuk hanya membuka tayar?

Bodoh atau cerdik PAS jika UMNO dan PAS bergabung hanya untuk 5 tahun sebelum kalah selama2nya selagi undi majority masih menjadi wadah. Kerajaan Selangor dan Perak (UMNO+PAS) hanya 5 tahun sebelum UMNO kembali menang disamping PAS dihina oleh seluruh rakyat non muslim dan sebahagian besar ahli sendiri?

Ketika itu PAS mahu kekal pembangkang sendirian atau terhegeh2 berjumpa dengan pengundi bukan Melayu untuk tahaluf?

PAS hanya dengar tawaran sahaja, dan PAS tolak. Itu sahaja Aduka.

Kepala ayah lu. Apa lu ingat otak gua stendet jemaah Rusila ke apa? Kalau sekadar dengar tawaran UMNO :

1. Apa kejadah sampai dibuat sulit dan sembunyi2? Sampai pemimpin tertinggi PAS sendiri pun tak tahu dan keliru. Mahfuz mohon maaf, Hanifa terkejut, Mat Sabu minta pecat.

2. Apa kejadah sampai tak nak mengaku dan ugut nak saman?

3. UMNO yang nak tawar, apa kejadah PAS pulak pergi jumpa? Suruh UMNO datang opis Jalan Raja Laut tak boleh ke? Gua bengap atau Hadi bengap?

"Lu nak jumpa gua ni, UMNO.... so, lu kena datang la jumpa gua. Apa pulak gua kena melutut jumpa lu?"

"Yer tak yer gak... ok2... kita jumpa di rumah anta. Senyap2 tau."

"Weih UMNO.... gua bukan bodoh macam Hadi la.... kalau lu jumpa gua kat rumah gua, maka fitnah kepada jemaah gua akan terjadi. Lu memang licik la... kalau lu nak jumpa, kita jumpa di Pejabat PAS Pusat. Jalan Raja Laut."

Daripada kebodohan tahap super inilah, PAS terus bergolak sehingga sekarang. So, demi Allah, bantulah gua untuk hidup dan mati demi Lu, sebelum gua ke penjara, gua akan teruskan Projek Langgar Hadi. Seterusnya dengan lambakan rakaman dan catatan yang terhasil, di harapkan perwakilan tahap intelek perwakilan PAS tidak lagi stendet biawak.

Bila perwakilan PAS melihat sendiri arus rakaman dan catatan tersebut, maka, teorinya, gugurlah Hadi di muktamar dengan izin Allah. Dengan gugurnya Hadi, maka dengan izin Allah juga gugurlah semua agen Task Force UMNO.

Kuatkan Pakatan Rakyat sehingga demokrasi subur. Demand untuk media PAS dan silibus Negara Islam dalam sistem pendidikan negara. Wujudkan satu NGO lulit PAS yang bergerak ke seluruh negara menjelaskan konsep Negara Islam untuk dijadikan manifesto dalam masa 3-4 penggal di hadapan.

Ya Allah... demi menegakkan sistem Lu dalam perjalanan politik yang rumit ini, permudahkanlah gua dan rakan untuk menjatuhkan Hadi di Rusila... Amin.... musnahkanlah Task Force ....

Comments

  1. apa ni bro..kepala hotak lu la.. apa jadahnya masuk2 penjara ni?

    kes lu memang berat nak kalah ka ni?

    adoi!!!!

    ReplyDelete
  2. Ilek bc
    ada sapa sapa kata kalah ker
    lawan tetap lawan
    eleh ada kes ker?
    biar mahkamah tentukan
    diorang aku tau redha ajer
    yg pasti
    apa yg diperjuangkan akan diteruskan

    ReplyDelete
  3. Amin...sekiranya niat lu aduka memang baik...gua sokong lu...Sekiranya berbeza, biarlah berhujah secara berdepan...jangan biar bersilat sorang2...berjumpa dan berhujahlah, itu yang terbaik...gua sokong lu...gua anti kerajaan perpaduan dan boneka2 umno...kalau mencabut atau sekurang2nya menyedarkan seseorang tentang kelemahan dirinya, boleh menyebabkan Islam menang, maka perjuangan lu wajar sangat2 diberi sokongan oleh pencinta2 Islam macam gua...Gua sayang ulama, sayang tg hj hadi tapi sejarah membuktikan saidina Umar pernah ditegur seorang wanita sehingga umar "mengatakan wanita ini betul dan Umar salah.." teruskan perjuangan lu...ky bye...Allahu akbar!!! www.tajdidperjuangan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. -Alhamdulillah..Go AT GO!!!..wa dah lame tgu artikel lu psal projek nie..kasi hancur sama itu perpaduang!!!

    -insyaAllah, wa ttp istiqomah nk join lu..wlaupun wa tak dpt nk bntu dr sudut pngumpulan bahan2 ilmiah utk projek lu disebabkn kekangan genetik wa yg suke mkn nasi nie, wa akan bntu dr sudut mramaikn jemaah lu, mane la tau , lu dismbut ngan parang or kopok lekor trbang dr geng2 ijtihad 2 pahala tue, wa bole bntu ngan mnjerit "tolong, tolong !!"..hehe..

    -steady bro!!!

    ReplyDelete
  5. kalau hadi turun,meloncat lah nasha..
    dia memang tunggu je hadi jatuh...
    tak ke lagi parah nanti Aduka???

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.