Skip to main content

PAS REFORM vs PAS ORTODOKS?

Oleh : xenan

Merujuk pada posting di forum tranungkite, suka wa melihat persepi ahli PAS terhadap apa yang di katakan tentang PAS REFORM. Islam dan Demokrasi

1. Gua percaya sifat azali manusia, tak kira bangsa and agama mempunyai konsep keadilan dan kebaikan yang agak universal. Yang baik di sokong dan yang jahat di tentang.Pendapat awam (common sense) tentang baik dan buruk adalah sunatullah.

2. Menjejak sirah Rasullulah SAW yang berhijrah ke madinah, secara politiknya boleh ditafsirkan adalah untuk menapak di tempat yang majoriti awamnya bersetuju dengan Islam bagi memudahkan urusan Dakwah.(Madinah bukan semua orang islam).

3. Bagi wa, dalam konteks Islam di malaysia, proses demokrasi(Untuk mendapat sokongan majoriti) adalah sangat penting dalam usaha dakwah sebagaimana rasullulah berhijrah.

Formulanya : Rasullullah berhijrah = pemboleh ubah dakwah Islam
Pas menang pilihanraya = pemboleh ubah dakwah Islam

Persoalannnya : "kami rela kalah asal Islam menang" - boleh pakai ke pikiran selapis camnih?

Masalah PAS dan Demokrasi

Contoh 1 persepsi :- Bro , study la sikit sekular tuh ape demokrasi tuh ape.Jangan main langgar je. Demokrasi cuma proses penyelesaian organisasi, sekular adalah idealism. Demokrasi boleh membawa kepada apa2 pemerintahan tak kira Islam, sekular, sosialis, komunis atau diktator sekalipon.

Lu boleh jer buatkan Demokrasi Syura seperti Iran kalau lu nak.Yang penting lu pemenang la.

Contoh persepsi 2 :- Bab ni gua terpaksa attack sikit org2 besar yang lu sokong tu sbb ni kene menilai "action" diorg yang zahir.Yang batin tuh antara dia dgn allah jer yg tahu.

1. Apa yang Islam dan strateginya sgt dalam berjumpa secara gelap dengan UMNO selepas pilihanraya sedangkan sebelum pilihan raya berkempen bersama PKR dan DAP. Alasan PR tak wujud lagi langsung tak terpakai bro.

Apa Islamnya dalam khianati pengundi yang menaruh kepercayaan pada PAS untuk menentang UMNO?Mungkin PAS boleh memerintah dgn strategi camnih tapi Islam dan orgnya akan dicemoh rakyat teramai sebagai pengkhianat dan tiada maruah.

Inikah strategi yang bagus sangat untuk menyuburkan Islam pada rakyat?

2. Kes Khalid vs Hasan Ali
Tak payah gua terang semua dah tau kot kes ni. Point besarnya Khalid Penyokong kuat PR dihukum berat dan Hasan Ali pemecah kuat PR di hukum ringan.

Pendapat awam mmg mengatakan tidak adil, sementelah sebilangn PAS pula kata kene wala'

Betul lu org boleh wala', tapi Islam tak dapat disuburkan mcm ni.PAS sekarang di samakan dengan penzalim dan penyokong pengkhianat.

3. Gua nak tambah pula kat geng Gganu (UG). Time pilihanraya bukan main korang guna faktor Anwar untuk dapat undi. Ni mamat tuh tgh susah, haram Pres ngn Timbalan pres langsung tak nampak muka,Bagus sangat la strategi penyuburan Islam korang!

Strategi haram jadah ape yang sedang dipakai nak menyuburkan islam ni?

Comments

  1. hangat..nik ajis dan kelate ado hok nikmate royalte..

    http://abangtuah.blogspot.com/2010/02/penulis-mengaku-nik-ajis-memong-ado-hok.html

    ReplyDelete
  2. as salam...

    Kapada sahabat muslim sekalian. Saya menjemput saudara ke blog ni..


    http://abu-syafiq.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Pada pandangan saya, aduka taruna ni adalah orang paling bangang sekali didunia. tak perlu nak bagi pandangan kat orang lain. memang tak layak langsung... ko tu, rasa-rasanya xde agama. tidak bertuhan. kalau ko ada agama, takdelah boleh cakap sesuka hati. menghina orang yang dimuliakan Allah di dunia dan akhirat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...