Skip to main content

Tionaseng punya Mahathir. Dia tipu kita.

Sumber : Anak Sungai Derhaka

Tun Mahadet mengatakan 700 buah lori mengangkut pasir dari Malaysia ke Singapura setiap hari, tetapi pihak Kastam mengatakan hanya 10 buah lori yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

Siapa yang berbohong ni? Tun Mahadet atau Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Kastam di Raja Malaysia?



Jabatan Kastam Di Raja Malaysia telah menafikan bahawa ada ratusan lori yang mengangkut pasir dari Johor ke Singapura setiap hari.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Kastam di Raja Malaysia Mohamed Khalid Yusof mengatakan bahawa hanya 10 lori dari Malaysia terlibat dalam mengeksport pasir melalui Tambak Johor setiap hari, lebih kecil jumlahnya daripada kenyataan Mahathir baru-baru ini yang mengatakan setiap hari kira-kira 500 - 700 lori melewati pos pemeriksaan kargo Wisma Kastam di Tanjung Puteri.

Mohamed Khalid Yusof berkata: "Ini adalah angka purata harian yang kami rakam daripada Dec 1-20. Pada hari-hari tertentu, tidak ada lori-lori yang membawa pasir masuk ke Singapura. Jadi jumlahnya mungkin kurang daripada 10. "

Dua bulan yang lepas, Menteri Kerja Datuk Shaziman Abu Mansor dilaporkan dalam pelbagai media mengatakan bahawa sekitar 500 dari 1000 lori dari Malaysia mengangkut pasir ke Singapura.

Pada hari Isnin, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di dalam blog-nya bahawa rakannya telah memaklumkan kepadanya bahawa jumlah sebenarnya adalah 700 lori.

"Itu jumlah pasir yang banyak . Saya sangkakan kita sudah berhenti menjual tanah-tanah kita ke Singapura. Tapi teman saya menjelaskan itu bukanlah pasir biasa tapi pasir silica, " katanya, Tun Mahathir juga mendakwa Singapura memerlukan pasir demikian untuk membuat microchip.

Bilangan sebenar lori-lori dari Malaysia yang membawa pasir ke Singapura telah menyebabkan banyak perdebatan awam akhir-akhir ini. Pembekal Malaysia telah dituduh mengabaikan permintaan tempatan untuk mengeksport pasir ke Singapura kerana nilai tukaran yang lebih menguntungkan.

Jabatan Kastam telah menyatakan mereka telah melakukan pemeriksaan yang ketat dan teratur keatas semua lori-lori yang membawa pasir di pos pemeriksaan, termasuklah mengumpul sampel dan menghantarnya untuk pelbagai ujian di Jabatan Tanah dan Galian.

Mengangkut pasir dari Malaysia ke Singapura bukanlah sesuatu aktiviti yang diharamkan jika mereka yang terbabit menyediakan dan mempunyai dokumen-dokumen yang sah yang diperlukan, tambah Mohamed Khalid Yusof .

Pada hari Khamis yang lalu , Kastam Di Raja Malaysia menjelaskan bahawa hanya silica, pasir kuarsa dan laut memerlukan lesen untuk eksport manakala pasir sungai dan pasir daripada kawasan perlombongan tidak tertakluk kepada larangan eksport.

Comments

  1. - kalu kat slangor, kemain cepat lg sprm g siasat hal pasir nie..kat jhor nie korang wat pekak bedak jer..

    -zargus-

    ReplyDelete
  2. pasni singapore dapat la luaskan negara dia orang samapi ke sempadan pahang n terenganu

    ReplyDelete
  3. Tidak kiralah siapa yang betul siapa yang bohong, pergerakan pasir ke singapore tetap ada. Bukankah itu juga jual negara?

    Kebodohan dan ketamakan rakyat Malaysia tersingkap!

    ReplyDelete
  4. ntahnye..xkesa la bape kuantiti lori tuh..yg penting timbul kesedaran kat smuer org ttg perkare neyh yg ptut dibendung..
    jgn jd bebal bole x?
    sohai...

    ReplyDelete
  5. jgn kutuk mahathir ley x.. meluat aku..
    ptt nya bersyukur die memerintah negara kita.. ni x..
    ptt tuhan kc pala OTAK SO PIKIR!!!
    kalo ape pn die wat.. aku tgk negara membangun ja time die perintah!!

    ReplyDelete
  6. bangang la kau ni aduka taraguna... kau sekolah pun masa mahathir jadi PM... kalu x sbb dia dah tentu kau jadi pemungut sampah kot skrg ni... tak kira la berapa lori pun... bukan angkat pasir belakang rumah mak lu pun... bodo la kau ni... lagipun bukan nya mahatir tu tunggu tepi sungai tu kira lori pun... dah tentu org bawahan yg inform kat dia.... apa punya sengal la lu... lu buat blog cerita pengalaman hidup lu lagi bagus la dari lu cerita komplen sana sini... itu tak ok la... ini tipu la... tersangat bangang la kau ni.... sekolah mana dulu hah? x cukup makan garam... meh datang rumah aku ni hah... tak banyak.... melambak ada.... bodoh... tarak guna punya orang. kasi pi bunuh diri lor....

    ReplyDelete
  7. broski...
    x taula ko bca ke x komen aku ni...

    mgkin kalo tun kata 500,terlalu bnyk pulak kn,adalah dlm purata 20 biji lori sejam @ 3 biji lori seminit...

    kalau 10 bijik jak lori pasir, x ke sikit btl..

    lagi:
    >...Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di dalam blog-nya bahawa rakannya telah memaklumkan kepadanya bahawa jumlah sebenarnya adalah 700 lori.
    >bahawa rakannya telah memaklumkan
    >rakannya

    dia ckp ke kwnnya ckp... xkn ko tulis artikel tapi x bca

    pendapat jak, kalo terima bgs, kalo x...nk ckp apa

    ReplyDelete
  8. tak kira apa sekali pn kepada pengusaha pasir di kawasan selangor ni jangan lah kasi harga yang merapu dan nak untung lebih sangat sampai project dan site banyak tergendala dan tak jalan disebabkan kos yang tinggi..

    ReplyDelete
  9. Kita kena tabik kpd Tun Dr M, xpayah nak kutuk2 dia. Beliau dah banyak berjasa. Orang yang jual pasir tu memang boleh dilabel pembelot negara. Kita memang banyak perkara-perkara/isu tergantung dengan Spura. Kalau 10 lori sehari tentulah tak berbaloi baloi. [Nak tambak sempadan perlukan lebih banyak lori kan, kena faham tu... Pulau Tekong dah tak jadi pulau sebab ditambak..

    ReplyDelete
  10. KUMAN KT SEBERANG PULAU BESARNYE DIE NAMPAK..
    GAJAH YG BERSELERAK KAT DEPAN MATA BUAT2 XTAU JE KAN..

    teka-teki:-

    jika jari telunjuk menuding ke hadapan.. baki jari yg lain menunjuk kemana yek???

    p/s. renung2 kan.. selamat beramal..

    ReplyDelete
  11. zaman Mahathir la.Tun mengharamkan senua eksport pasir ke Singapore,,Sebab dia tau risikonya...tapi ada org rasa dia terlebih cerdik curi2 hantar ke sana...Hukuman kepada pembelot kepada AGAMA bangsa dan NEgara adalah Hukum bunuh je...selesai...!!!!

    ReplyDelete
  12. zaman Mahathir la.Tun mengharamkan senua eksport pasir ke Singapore,,Sebab dia tau risikonya...tapi ada org rasa dia terlebih cerdik curi2 hantar ke sana...Hukuman kepada pembelot kepada AGAMA bangsa dan NEgara adalah Hukum bunuh je...selesai...!!!!

    ReplyDelete
  13. Abang aduka ni kadang2 cakap tak pakai otak ek.. Macam gayanya org yng frust dengan hidup sendiri, dirudum masalah2 sekeliling... Jadi dengan cara bantai org je lah dia ble lepaskan geram akibat dari "HIDUPNYA YG GAGAL"

    Agaknya lah

    Hmm..

    ReplyDelete
  14. ape la...pelik btol dgn org2 mcm awak ni...kutuk org sane, kutuk org sini...kalu berani sangat pegi kat tv3 ke astro ke, live kat depan kemera bia sume org tgk awk..buat ape luahkan dekat blog je.. kalau Tun Mahathir xde, awk xkan dpt sume kesenangan yang awak rasa sekarang ni..mungkin malaysia masih ditakuk lama..highway sume tanah merah,xde pembangunan...ingat jasa Tun..bukan senang nk jd seorang pemimpin..Tun cakap berdasarkan fakta..ini cume pendapat saye je, kalau boleh trime,simpan la..kalau xboleh trime abaikan ape yang saye cakap...assalamualaikum..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...