Skip to main content

Sesekali terkenang...

Oleh : AdukaTaruna

Bila Penembak Burung Unta cakap dia otai lama dalam TKO, 7 tahun, gua rasa misteri sungguh la. Gua pun register TKO 2005. Haha. Ni bukan otai lagi, tapi votai. Very old timer.

TKO ni konsep dasar dia lawak sket.

Gua masuk TKO dulu sebab nak sampaikan buah fikiran gua. Gua mana ada blog macam skang ni. TKO macam pasar la. Tempat golongan orang dulu2 luahkan buah fikiran dia. Dari ilmuan kafir, ilmuan Islam sampai peringkat Rasul pun guna pasar as medium.

Gua anggap TKO pasar. Tempat ramai orang. Tak lebih dari itu, kecuali beberapa kumpulan aktivis TKO yang memang gua tabik dalam tajuknya. Macam voice, Ramlisdar, etc. Diorang komitmen terhadap aktiviti2 kemanusiaan.

So, gua kurang ambik pot terhadap gathering2 TKO, etc. Nak bersahabat ramai-ramai dengan geng TKO pun gua tak berapa sangat. Sebab gua anggap TKO pasar sahaja. Medium gua menghasut orang. Haha.

Jadi moderator secara magic.

Gua tak faham kenapa kebanyakan forumer kemaruk nak jadi mod. Sampai ada bodek la, buat thread permohonan la. Mcm2 la. Gua tak peduli. Asal gua dapat menjalankan kegiatan di bawah akta hasutan di TKO dah cukup cun dah.

Tiba-tiba, ntah dari langit kemana ntah, Din Cryptos lantik gua jadi mod. Gua bantah. Dah la gua on the way nak belasah Hadi, tetiba kena lantik jadi mod. Gua tak selesa bhai. uma plak hasut gua join dia jadi devil mod. Part yang ni la paling lawak terhadap dasar TKO. Corak fikrah produk Terengganu nih.

TKO berbulu dengan uma pasal word devil mod, dia boleh ban word devil tu gua cakap lu. wakakaka. Kalau taip perkataan 'devil mod', bila submit, tinggal mod jer. Word devil auto hilang. Pasti tu, uma ni jenis jahat nak mampos. Suka sakat. Dia ganti word devil dengan emotion devil tuh. Kejap tu jer, pun auto-ghaib gak. Hahaha. Memang lucu beb kenang2 masa dedulu.

Skang ni TKO berbulu dengan word AdukaTaruna kot. Cuba la lu orang register ID yang bermotif AdukaTaruna kalau tak caya. Dan submit atau buat thread artikel kat blog gua nih. Lelaki_ini dah test dah. IP Johor tu bhai. Takda kena-mengena dengan IP gua. Ghaib nick name AdukaTaruna dia.

Kembali bab moderator, bila gua buat satu thread untuk minta TKO lucut jawatan gua, alhamdulillah. Lucut gak. Bila dia lucut jer, gua terus serius bantai Hadi Awang. Memula bantai tu, ayat baik punya sopan la. Gua baca balik pun gua segan. Haha. Tapi skang dah bukan fasa sopan dah. Degil + bodoh camtu, sembelih jer. Dah kronik.

Biadap 1.

Tak pernah gua mengaku tulisan gua ni sopan. Tak pernah gua nafikan tulisan gua nih tidak berakhlak. Budak TKO, Nurul Izzah dulu pernah sound gua, tulisan biadap, takda siapa nak baca. Voice cakap, kalau nasi tu sedap dan khasiat, tapi dihidang dengan pinggan dan tangan kotor siapa nak makan? Adrenalin pun pernah sound gua biadap gua penyebab mesej gua ditolak.

Hari ini gua buktikan sebaliknya. Gua mendakwa gua adalah Melayu pertama yang membentangkan kelemahan Melayu secara lengkap. Genetik. Dan sudah pastilah 'sepatutnya' gua master bab taktikal dengan Melayu nih.

Hari ini dengan makian, dengan pinggan kotor, dengan biadap, Hadi kembali kepada air liur dia semula apabila menyerahkan PJ Terengganu kepada ulama Harun Taib. Dulu dia kena maki. Roslan sms sampai skang ghaibkan komen gua kat blog dia bab Stopa jadi PJ dalam kempen dia Kepimpinan Ulama.

Ulama Melayu hidup dan lurus dengan makian bhai. Sebab itu cara dan taraf dia. Ulama ada elemen ego. Nak luruskan ulama kena patahkan elemen ego. Nak patahkan elemen ego, maki adalah caranya. Ini bukti bhai. Ulama Melayu adalah FAKAP.

Biadap 2.

Hari ini juga lu tgok zul_mz atau Greenboc turut kritik Hadi. Dulu, kat TKO, dialah manusia selevel mod PUTRAJAYA dan BOLOQ skang. Pantang isu mempertikaikan Hadi, PAS dan pimpinan, ghaib punya. Dulu nak buat tindakan kat satu2 thread kena letak nombor mod. So, kita boleh tahu siapa yang lakukan dan atas alasan apa.

Benda yang benar, walau disampaikan oleh manusia pengotor, tetap akan benar juga. Benda ni fitrah. Berapa ratus tahun lu nak lawan premis benda yang benar dengan premis manusia biadap? Tak kena tajuk.

Langgar Hadi.

Langgar Hadi insyaallah akan diteruskan. Tapi, taktikalnya berbeza antara tulisan dengan perdebatan. Tulisan adalah seni. Dan seni gua adalah hak gua. Gua nak sindir ke, nak buat cerita ke, nak saiko ke. Dan hak lu bantah adalah hak lu. Tu pasal gua biarkan makcik Melayu kat UO pertikaikan seni gua. Tu hak dia.

Tapi bila perbahasan / perdebatan, gua berjanji, gua akan lakukan secara normal Melayu aww2 lemah gemalai biasa. Ianya seumpama kembali kepada fasa pertama dalam tulisan gua. Bila dah banyak perbahasan secara realiti, baru kemudian punya cerita. Tajuk seni selepas fasa pertama.

Cabaran.

Gua dah cabar Songkok Putih supaya bersumpah dengan nama Allah. Bahawa dakwaan dia TKO tidak terlibat dalam pengkhianatan ID Fansuri dan ID AdukaTaruna5 adalah benar. Dan gua serta Fansuri turut bersumpah dakwaan gua adalah benar. Sampai skang nampaknya SP masih hilang. Maybe berada di Palestine.

Masalah artikel rejek, atau thread lock atau ID diban adalah isu lain. Gua takda hal punya. Tapi bila ID diambil alih, melakukan fitnah, adalah satu perbuatan terkutuk yang sangat serius dalam sejarah TKO.

Dan gua juga mencabar pembaca blog gua (kalau boleh biar IP seluruh Malaysia) supaya mendaftar ID bermotif AdukaTaruna dan submit artikel berkaitan dengan dakwaan gua terhadap TKO atau apa sahaja di dalam TKO. Anda akan alami kebenaran dakwaan gua. Bebudak student Magribi, Mesir, Japan etc nak try pun silakan.

Lu daftar satu ID bermotif AdukaTaruna, dan submit artikel gua kat TKO. Kalau lu berjaya, memang lu ensem. Haha.

Teori.

Pada gua, gua berteori, Songkok Putih sudah terjerat dengan pelawaan (cabaran sebenarnya) terhadap gua untuk menguruskan pertemuan dengan Hadi. Mungkin pihak Hadi sendiri memarahi SP. Paling gua kompiden dalam teori gua yang ini, si Khalil anak Hadi. Dia selalu pantau TKO nih. Malah ada beberapa nickname dalam TKO.

So, dia sengaja mencari pasal dengan gua dengan pengkhianatan ID, supaya dia mempunyai alasan untuk tidak menguruskan pertemuan gua dengan Hadi seperti mana yang dia telah janji. Mungkin bila gua asak dia atas tajuk khianat ID, SP akan menyatakan kecewa bla bla bla, kalau inilah fitnah pihak AdukaTaruna, kami memilih untuk enggan menemukan AdukaTaruna dengan Hadi. Urut dada anak Hadi....

Atau mungkin mengurangkan fokus gua untuk study apakah isi yang perlu gua tanya kepada Hadi. Kalau betul, tak payah la SP. Buang masa jer. Semua isi dah siap dah nih. Tinggal nak tengok bagaimana Hadi bersama panel lepaskan diri daripada isi yang kemukakan.

"Ustaz, saya mewakili sebahagian besar peminat politik nak bertanya tentang satu perkara berkaitan dengan idea UG..."

"UG sudah ditutup dan tidak dibincangkan lagi." Potong Stopa Ali atau ABC.

Semua dah gua jangkakan. Lu potong dan elak bagaimana pun, gua as manusia dah jangka dan memilih teknik perangkap yang sesuai. Memang kono punyo. As manusia la. Takdirnya, qada dan qadarnya; sama2la kita ketahui kelak.

Comments

  1. betapa indahnya kenangan pahit tu.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. -kalu btul la, SP akan spin jnji die kat krew lnggar hadi,wa rase teori lu tue bole pkai gak la..

    -SP pun wa rase srba slah, sbelah kiri dah jnji ngan lu scara trbuka dlm alam maya plak tue, sbelah knan jwatan dlm TKO plak diprtaruhkan tmbah lg ngan tekanan geng2 ganu n TKO yg x stuju dgn bntuan yg diberikan, mau wa rase die yg tkar ID nti..dr SP jd SB, bkn songkok busuk tp songkok baru..hehehe

    -zargus-

    ReplyDelete
  3. Ambe pulak first time baca thread AT berkaitan MAZA. Tak salah, masa tu AT tanya kenapa puak PAS sesatkan MAZA. Respon dari forumer sangat dahsyat. Boleh dikatakan 99% menyerang AT. Ambe pun tak faham kenapa masing2 marah kat AT padahal betullah apa yang ditanya tu.

    Lepas tu, thread ucap terima kasih kat Pak Lah sebab naikkan harga minyak. Ramai orang kutuk dia termasuklah ambe. Ms tu ambe tak faham langsung maksud thread tu. Mati2lah ambe ingat dia penyokong Pak Lah. Bertuah punya budak Aduka.

    Dah lama sikit, barulah ambe faham maksud dia. Teruslah ambe jadi pengikut dia sampai le ni.Ambe beri komen positif dan kasi semangat kat dia supaya teruskan perjuangan. Tu jelah yang mampu ambe buat. Ambe tak de keberanian berhadapan dengan serangan dan maki hamun puak PAS. Kang tak pasal2 ambe nangis depan pc lak kang.

    Cam tulah serba sedikit kisah ambe...

    ReplyDelete
  4. woih.. bahaya jadi pengikut AT tu cikgu oi. Jadi geng takper. Jadi pengikut memang tak boleh.

    Dari pengikut den, baik lagi jadi pengikut Hadi. Kurang dosa ma.. siyes nih.

    p/s : Jadi pengikut gengkilangspeak lagi best. Beliau ramai awek kilang. Ngeee...

    ReplyDelete
  5. alahai CgLyn..

    jangan nangis ye Cikgu. abang ada ni. kalau ada sesiapa yg marah Cikgu, bagitau abang, dan dan abang serang IP dia dengan virus Trojan.

    CgLyn dah kahwin belum? abang masih bujang....

    ReplyDelete
  6. aduka,

    aku rasa projek langgar hadi ko tuh akan dikantoikan.

    aku ni pengalaman ada la skit dgn geng2 ug ganung ni. harap kopiah jer besar...tp bantai balak sebijik mcm umno.

    harung taib tu kalau ko nak rapat dgn dia, kena puji skit.... stopa ali kena hulur skit.... abc toksah cerita la emo habisan....

    aku pun setuju dgn ko yg sp dlm keadaan tersepit dan terpaksa mereka-reka insiden yg boleh mencancelkan projek langgar hadi ko tuh...ko ingat diaorg tak suspen ker presiden rusila tu kantoi dgn blogger jipang aduka???

    satu dunia tengok youtube rakaman tu nanti...abis la peluang sp nak pakai honda mcm abduh tu...hehehehe...

    -corongkita

    ReplyDelete
  7. Haha. X profesional sungguh SP nih. Penat gua tepek imej2 pakai imageshack tu sampai kelabu mata.

    Bila post katanya ada 8 artikel kena queue. Sampai ke hari ni x lepas, soheh kena reject.

    Pakai nick lain, IP lain, tp bila ada word 'AdukaTaruna' dlm artikel, sujud syukur la kalau dapat lepas. Haha.

    ReplyDelete
  8. Woi2..
    Gua yang kene plak?
    Gua skang sibuk tahap Hassan Ali nk cari alasan kt lmbaga disiplin nih..
    Biase ler, awai tahun byak planning nk kene wat..
    p/s: Minah Indon mau?

    -gengkilangspeak-

    ReplyDelete
  9. bhai..

    lu punya n3 kali ini nampak emosional...huhuhu...tangkap nagis wooo....whar5

    yang best cikgu lyn pun cair bila lu ayat dia...ada chan pasang cawangan tuh....

    ropa2nya apa yang lu nak citer yang lu takleh register masuk TKO, lelain website takde hal...kecuali TKO! yang ada sentimental value bak kata xenan....hihihi

    Lu bantai hadi melantun-lantun dan melampau sangat....wa ingat polisi tko tak kesah nak bantai pimpinan...malah sesiapa sahaja, tapi biarlah berbukti dan jangan banyak sangat teori tipu yang berbentuk fitnah...penuh dengan cereka yang bebukan...

    wa cabar lu ulas hadi citer pasal UG kat bebudak UK, lu sapu bawah karpet...last-last lu duk sesatkan bebudak baik cam cikgu lyn yang tak berdosa tuh....

    wa kekadang nak hentak lu lelebih pun kesian jugak...pasal wa tahu..lu owang baik...tapi cara lu ade sikit luar tab'ii..ala-ala main ngan kuda gituh...lu boleh tanya kak memot pasal nih...huhuhu

    sikit punya hal pun nak main sesumpah...lu tak nak jemput ramlee porigi ngan tv3 sekali ke??? huhuh

    papehal, wa cabar lu ulas pasal video hadi jawab budak UK kat link bawah nih...kalu lu tak pondan macam sepul....dude...buktikan yang lu ada anu...

    http://www.youtube.com/user/har1011

    ReplyDelete
  10. woitt aduka,

    Kao ni bahlol ke bengap? Aku sendiri brapa kali daa kena kencing dgn puak2 ni.

    Janji lain buat lain. Diorang rasa diorang nak pertahan Tuan Guru, diorang ni berada di atas syariat.

    Perangai sekor sekor mcm munafik daaa.

    Jgn la harap benda tak jatuh. bab mungkir janji ni, dah jadi macam benda normal untuk puak2 ni.

    Diorang ni dah dekat2 macam Kristian dah, percaya ulama2 diorang maksum.

    ReplyDelete
  11. AT, pengikut tu adalah terjemahan daripada "follower". Okeylah tukar jadi "geng" lah.

    CgAsyok, ambe dah kawin.

    PB, mana ada cair. AT tak sesatkan ambe pun. Mmg dr dulu lg ambe tak berkenan dgn jemaah PAS Tganu. Sebenarnya ambe x-student skolah PAS Tganu, dah lama nampak kepincangan PAS Tganu. Nak kompelen tak berani. Jadi bila ada orang sanggah PAS Tganu, ambe sokong lah.

    ReplyDelete
  12. gua boleh je bukak id kat tko guna aduka_taruna77.berjaya.

    ReplyDelete
  13. pai.. hang tolong la paste kan tajuk artikel gua kat TKO. Tengok result cane. Haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.