Skip to main content

Saat genting : Syukurlah Presiden PAS kensel program luar negara.

PAS kutuk keras tindakan serang gereja.

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya.

Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam, katanya.

Katanya, begitu banyak ayat dari Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

Bahkan, katanya, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka. Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini.

"Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri. PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

"Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.

"Kepada kepimpinan PAS di seluruh negara, hal ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam program Penerangan PAS Pusat pada hari esok di Shah Alam," katanya.

Terima kasih kepada Presiden yang pantas mengeluarkan kenyataan seperti ini.  Lega siott.. gua ingat ghaib dah kat Syria ke kat Palestine. Syukur juga kepada Alllah yang telah menggerakkan kaki Presiden keluar dari bumbung Rusila bagi mengeluarkan kenyataan penting sebegini kepada awam. Gua ingat kita ramai2 kena buat rombongan Makcik Kiah ke Rusila untuk kenyataan penting seperti ini.

Gua ingat Ketua Pemuda PAS kena berdepan dengan satu forum segitiga la. Islam tulen vs Islam Assobiyah vs Kristian.

Ketua Pemuda PAS vs Ketua Pemuda UMNO / wakil PEKIDA vs paderi Catholic. Some one dari PAS mesti anjurkan program ni bhai. Ramai nak tengok atas dasar apa wakil PEKIDA n wakil UMNO enggan secara provokasi membenarkan kalimah ALLAH diguna oleh Catholic. Orang UMNO dan ahli PEKIDA sendiri nak tengok atas dasar apa sebenarnya. Dan mengapa memilih provokasi.

Weh... Tantawi. Apo lagi. Pertimbangkan lah benda alah nih. Setakat buat pc dedahkan skandal seks apa kejadah. Benda ni penting bhai. Bahan sejarah ni, bila lu berdepan dengan wakil Islam kategori pelik ni dalam isu nama Allah.

Comments

  1. haha..walhamdulillah..di hari yg penuh barokah ini Allah SWT telah menunjukkan kpd nko dan geng sekelian akan kebenaran...

    Allah telah jawab pd istikharoh yg dibuat..Allah telah bagi isyarat bahawa projek langgar nkorang tu perbuatan yg sia2 dan lebih byk mudarat dr manfaat...

    sebagai saudara Muslim, aku nasihatkan nko batalkan saje projek lagho tu..takde faedah pun...lebih baik nko jaga bini di rumah elok2, amanah dr Allah dan ibubapa dia tu...

    Tok Guru Presiden bukan calang2 manusia..sejarah dah membuktikan segala2nya...moga hati nko dibukakan Allah dgn petanda2 lain lagi.....

    boikot projek langgar!!

    ReplyDelete
  2. itulah pelik lak tertiba puak umno nih bukan main pertahan nama Allah swt.

    dulu kalau kita takbir, sebut nama Allah, mereka dok boo, dok jerit 'takebeer, takebeer'. depa dah gila kots ?

    makcik 60an

    ReplyDelete
  3. Wa setuju kita buat diskusi 3 penjuru. Pastu wa cadang kita tiru uslub da'wah Aduka teruna dgn guna ayat ayat 'haramjadah, 'bodoh', 'nko', 'bini' dan lain lain y bertepatan ngan sunnah nabi kot..

    ReplyDelete
  4. Seb baiklah ada orang mcm kita yang menggerakkan dia keluar dari masjid Rusila. Fuh...lega. Tak sesia kena fire kat TKO.

    ReplyDelete
  5. wa rasa
    hadi pon dah dengar2 citer pasai lu ni...haha

    ReplyDelete
  6. woii bangang palestine pun penting, saudara sesama islam gak, kau ni kenapa bhai jadi org mesir ke memusuhi hamas. orang palastine dah kebulur nak mampus kerana sekatan kerajaan mesir, 1.6 juta umat islam akan mati sia-sia. tugas membebaskn palstine juga penting, bumi para anbiya, tiada gerakan islam yang betul mendepani masalah palastine, nak harapkan kau tau memaki je

    ReplyDelete
  7. 1bnde yg bgus psl Melayu ni adlh
    pepatah.byk pepatah ni mmg tepat.
    cth nye;yang dikendong beciciran yg dkejar xdpt.klo presiden kn leh arahkn org bwahan.i2 la ktua.klo
    kpala dah ilang ekor nye mcm mn?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...