Skip to main content

Presiden PAS rai pertubuhan pelbagai agama.

Oleh : Agensi Berita FAKAP

Jika sebelum ini Nik Aziz pantas membentengi negeri jagaannya dengan mengumpulkan seluruh ketua-ketua agama dalam satu majlis makan dan ramah mesra, kali ini Presiden PAS pula pantas menunjukkan kewibawaannya memimpin jemaah Islam yang mampu mengawal kepelbagaian etnik dan agama di Malaysia.

Semalam, Hadi Awang, Presiden PAS, telah bangkit dari alam kubur dengan berjaya mengaturkan satu pertemuan ramah mesra dengan seluruh pertubuhan agama. Bertempat di jalan Raja Laut, ibu pejabat PAS Pusat, Presiden PAS menyantuni mereka dari hati ke hati.

"Pada kami, kami lebih menyerahkan word Allah itu kepada hak milik muslim. Namun, kami juga menghormati apa jua tuntutan oleh rakan Kristian kami. Asalkan dilakukan dengan baik dan betul." Wakil dari Hindu Sanggam dipetik sebagai berkata. Kemudiannya pula Presiden PAS turut berkongsi pandangan.

"Dalam Islam secara dasarnya, memang kalimah Allah itu dikongsi oleh agama samawi. Tapi dalam keadaan di Malaysia, kami bimbang ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan memburukkan lagi keadaan jika kebenaran itu diberikan. Boleh jadi ianya disabotaj oleh pihak pelampau, boleh jadi disalahguna oleh pihak yang tidak faham.

Pada PAS, sekiranya ianya diguna untuk pameran atau bacaan tertutup penganut Kristian, kami boleh terima. Tetapi jika ianya diguna sejauh pameran untuk awam, kami bimbangi keadaan buruk tercetus. Ianya adalah peluang kepada pihak kurang faham dan pihak pelampau. Di sinilah wujud keperluan untuk kita mencari jalan penyelesaian."

Sementara itu wakil pertubuhan Kristian mengatakan, dalam Kristian sendiri berbeza-beza pendapat dalam tuntutan terhadap kalimah Allah. Tuntutan akhbar Herald pula adalah satu tuntutan dari satu bahagian dari Kristian Chatolic. Lain gereja, lain majalah mereka.

Ketika ditanya, adakah berlaku kemungkinan tindakan Herald diikuti oleh majalah gereja yang lain, beliau memberi jawapan kemungkinan itu tidak boleh ditolak.

Dan ketika diajukan soalan lain adakah tuntutan kalimah Allah itu hanya untuk majalah Herald, bukan untuk pameran awam, beliau mengatakan, sebenarnya, tuntutan itu adalah untuk majalah tertutup. Pihak KDN boleh menarik permit seandainya mendapati dengan bukti jelas majalah itu diagihkan kepada awam. Melanggar syarat-syarat penerbitan.

"Tetapi berlakukah tuntutan pameran umum seperti kalimah Allah di luar bangunan gereja, sebagai pelekat kereta dan sebagainya selepas ini?"

"Setakat ini tidak lagi."

Comments

  1. hahahaha..baru nko tau kehebatan Tok Guru Presiden yg nko maki hari2 ni!

    walaupun dia jauh di Yaman, dia masih peka dan pantas dalam memberi respon kpd isu2 di Malaysia...tubuh dia di Yaman, tp mata, telinga dan hati dia tetap di Malaysia....

    dgn isu2 yg berlaku, sepantas kilat dia bagi respon melalui internet untuk meredakan keadaan yg meruncing...itulah karomah Allah bagi kpd Tok Guru Hj Hadi....

    memang tak salah Dr. Qardhawi lantik dia jadi wakil Majlis Ulama'..aku yakin Allah yg gerakkan hati dia memilih tepat Tok Guru Hj Hadi...kenapa tidak Nik Aziz? nkorang fikir la sendiri....

    aku ingatkan skali lagi..timbang2 balik projek langgar nko tu...ingat anak bini dan org tua di rumah...baik nkorang langgar gereja Jalan Gasing penyimpan dajal tu!

    ReplyDelete
  2. kahkahkah...... lawak la MaLin ni.... apasal lu tak pegi bom gereja.... sekejap jer lu pusing 360 darjah.... hahahahahahaha

    p/s: oiiii MaLin bila lu nak jawab persoalan wa tu.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

    Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

    Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

    Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

    Mudah-mudahan orang melayu pun banyak ikut sama masuk katolik yang mudah dan senang ini.

    Sekarang kita sudah tidak ada apa bezanya, kita juga sama2 sembah ALLAH yang maha esa. Ameeeen!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Sekurang-kurangnya AT siarkan benda yang baik untuk semua... bukan mcm TKO.. kekekeke...

    nah korang baca nie baik2... klik sini<-- Penipuan Najib & DBKL

    ReplyDelete
  5. maLin..agensi FAKAP lu berita mana ha?
    mangkuk punya budak!
    muahahaha.......

    -penembak burung unta-

    ReplyDelete
  6. penembak burung unta, kao mmg bongok, asyik kena aje ngan malin...kuang3

    ReplyDelete
  7. anon, kao lagi bongok, asyik kena aje ngan penembak burung unta, dia provoke je tu bodoh! kuang3

    ReplyDelete
  8. anon 0722 hampeh,

    provoke???????????

    kalo akai cam tuh budak pmr pun tak lepas, tak tau la plk kalo malin tu tahap budak terencat

    aku hrp ko respond...supaya aku leh bg tutorial sket kt kao

    atau ko leh mintak AT bg tuition kt kao bab provoke

    sekian bab 1

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.