Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 4, 2010

Pendirian rasmi terkini Presiden PAS dalam isu kalimah Allah.

Oleh : Hadi Awang, Presiden PAS.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Muslimin dan muslimat.

Sekali lagi negara berhadapan dengan isu yang mencabar rasional. Isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald Catholic yang dibenarkan mahkamah baru-baru ini wajar dipandang dalam 2 sudut penting. Pertamanya propaganda musuh. Keduanya pendirian parti.

Propaganda musuh.

Muslimin dan muslimat.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald Catholic itu sebenarnya adalah satu propaganda musuh. Kita tidak perlu melatah, tidak perlu menari mengikut mereka. Percayalah, keputusan akhirnya nanti, kerajaan akan berjaya menghalang kalimah Allah itu.

Dari segi perundangannya, PAS mengambil pendirian menyokong kerajaan yang mahu merayu. Malah, kuasa tertinggi Yang Dipertuan Agong juga sudah pasti digunakan. Itu saluran yang memang kita sudah kenal pasti. Cuma apa yang kita pertikaikan, dan tidak mahu terjebak sama ialah amarah, reaksi melampau, propaganda politik pihak tertentu dari apa yang berlaku.

Muslimin dan muslimat, bertenanglah. Sebenarnya, jika benar mereka bersungguh dengan kalimah Allah, tahun-tahun sebelum ini lagi mereka sudah selesaikan. Kalau mereka ikhlas mahu merayu tanpa cuba mendapatkan kelebihan propaganda, sudah pasti pantas mereka kemukakan rayuan. Mereka hanya mencipta masa dan ruang bagi menghilangkan isu-isu yang menimpa mereka.

Pendirian parti.

Muslimin dan muslimat.

Parti PAS adalah satu gerakan yang sentiasa merujuk kepada Islam dalam setiap perkara berbangkit. Seperti mana yang telah dijelaskan Mursyidul Am, tiada larangan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam di dalam Al Quran. Dan tiada suruhan Al Quran meminta mereka menggunakan kalimah Allah.

Apabila tiada larangan dan tiada suruhan, maka, hukum yang digunapakai ialah harus. Dan perkara berhukum harus ini pula boleh ditetapkan kemudian oleh pemerintah di bawah tajuk ta'zir. Contohnya dalam Al Quran tiada wajibkan pandu laju depan sekolah, dan tiada larang pandu laju depan sekolah. Tapi di bawah kaedah ta'zir, pemerintah boleh menetapkan peraturan untuk kepentingan bersama.

Jadi, di bawah penjelasan inilah, parti PAS menetapkan pendirian bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam perlu dilarang untuk suasana (waqi) Malaysia, demi manfaat bersama. Demi keamanan semua. Hormat-menghormati lah kita.

Akhir kata.

Muslimin dan muslimat, dan juga saudara semasa insan yang bukan Islam.

Saya menyeru semua mengambil pendekatan rasional dan tenang dalam menghadapi isu ini. Saya percaya, majority bukan Islam boleh menghormati kalimah Allah seperti sebelum ini. Dan majority umat Islam boleh menghormati nama dan kalimah rasmi agama bukan Islam seperti sebelum ini.

Kepada pihak akhbar Herald Catholic, saya sebagai Presiden PAS menghormati tindakan demokratik yang kamu lakukan untuk mendapatkan tuntuan kamu. Dan PAS juga akan mengambil tindakan demokratik yang sama juga bagi mendapatkan tuntutan kami.

Semoga kita semakin matang, dan sifat hormat-menghormati kita semakin subur. Akhir kata, saya menafikan dakwaan bahawa saya telah wafat untuk membawa jenama PAS dalam setiap arus politik negara. Saya nafikan dengan tegas, bahawa saya tidak wafat. Kenyataan ini membuktikan saya tidak wafat. Saya cuma koma sebentar jer.

Wallahualam.

Presiden PAS

Sumber : Agensi Berita FAKAP.

4 comments:

maLin said...

hebat sungguh Tok Guru Presiden..selepas Naib2 Presiden, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda bg pandangan..barulah Tuan Presiden memberi kesimpulan dan pendirian parti..

inilah ulama' yg nko dan geng nak langgar? bersiap sedialah utk menerima jawapan Tuhan berupa karomah ulama'NYA....

kepunden said...

Macam maner lu menyamar pon gua tetap dapat detect..
Dalam issue ini TGNA nampaknya amat berhemah..(gua respect)
Geng UG.... habis ler korang..
lang...gar! langgar, langgar,lang..gar!

Taliban said...

wa rasa ada pembunuhan karekter terhadap maLin ni.kalau wa sangka baik la.hehe

CgLyn said...

ikhlas kah kata2 maLin itu, atau mmg dia benar2 tak tahu?