Skip to main content

Mustapha Pengampu, Utusan Akhbar Dongeng - Ku Li

Dikutip dari : Kelab GreenBoc

Mustapha Pengampu, Utusan Akhbar Dongeng - Ku Li

Matlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razeleigh Hamzah malam tadi.

"Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan kerajaan negeri di dalam isu Royalti," tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi.

Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus, lapor Malaysian Insider.

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,”
kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini.

“Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa...,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat.

Pada sidang media, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan pada kerajaan negeri.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan, wang ihsan bukan royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di sini kira-kira 9.30 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik 'usaha' kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.

Kehadiran beliau untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ucapan Tengku Razaleigh berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas dan Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri.

Comments

  1. Pemimpin2 ameno kelantan sumenye pengkhianat rakyat kelantan!!Pencacai mat monggol nombor wahid!

    ReplyDelete
  2. Gua snjungi perjuangan Ku Li.
    Doa gua agar hak rakyat kelantan dikembalikan....
    Insyaallah...

    ReplyDelete
  3. Ini yang best ni. Sudah ada pemimpin UMNO yang menongkah arus berjuang satu pentas dengan PAS bagi menuntut hak rakyat.

    ReplyDelete
  4. Yang benar tetap benar. Pemimpin yang bertanggungjawab akan berkata benar walaupun pahit...INILAH SEBANARNYA JIKA RAKYAT DIDAHULUKAN

    ReplyDelete
  5. Mustafa mana yang mengampu ni? Mustafa Mohamad atau Mustafa Ali atau kedua-duanya?

    ReplyDelete
  6. SESIAPA DIANTARA KAMU YANG MEMAKAN HARTA ANAK.ANAK YATIM DALAM SESEBUAH NEGERI SAMADA ADA NEGERI ITU KAYA ATAU MISKIN.ALLAH TIDAK AKAN MELEPAS KAMU DI AKHIRAT NANTI..DAN ALLAH AKAN BERTANYA?WAHAI MANUSIA KEMANA KAMU BAWA HARTA ITU...JAWAB LAH .AKU MAHU MENDENGAR JAWAPAN......

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...