Skip to main content

Mesin Doraemon kat Giant Senawang.

Oleh : AdukaTaruna

Tadi gua g jenjalan kat Giant Senawang. Macam biasa, g kedai buku kat depan KFC. Tengok2 jer lebih. Hahaha. Sekali gua ternampak satu mesin Doraemon. Canggih nih beb. Mesin kira tinggi + berat + tekanan darah + lemak + ntah apa ntah. So gua dengan gayatnya pun cubalah. Setakat Giant kat Kuala Terengganu, timbang ikan elektronik pun takda. Kah kah kah. Tak sunnah ma.

Memula kena masuk RM2. Tionasha! Mahal siot. Pastu ikut step2 dia kat skrin sentuh tuh. Tak sampai seminit dapat tinggi dan berat. Pastu kena masukkan lengan kat ruang khas. Ruang khas tu jadi kembung dan sempit. Dia pekse tekanan darah la plak. Pastu selesai.

Pastu dia suh pegang satu handle. Kira lemak la plak. Mesin ni betul ke tak betul ni? Hahaha. Selesai kira lemak. Dia tanya gua nak print ke tak. Dah tentu gua tekan YES. Keluarlah satu print. Sapa2 yang doktor tu cer explain sket result apa yang gua dapat nih.

Time : 11/01/10 (cam no binari time gua buat robot dulu siot) 17 : 27

Weight : 75.5 kg (turun beb berat gua. Hahaha. Riak dan takbur nih)

Height : 174.5 cm (bab tinggi ni memang ajaib sejak dulu. Lain mesin, lain result gua dapat. Dari 171 sampai 178 la)

Your BMI is : 24.8

Ideal BMI Range : 19-25 (pergh... dah nyaris2 terkeluar tahap normal nih. Kena turun berat lagi. Cayok AT.. chayok!)

Ideal Weight : 57-76 kg (gua nak dapatkan berat fit gua masa aktif main bola dulu. 60-65 kg. Kalau gua fit area nih, setakat player skuad subsidi Pahang, ayam jer beb. Muahahaha. Setakat nak lumba marathon dengan Hadi, gua bagi Hadi jalan dulu dalam sejam. Tapi skang ni, mahu gua dengan Hadi jalan guna ambulans)

Body Fat Index : 28.8% (kejadah hape pun gua tak tahu. haha)

Mass Body Fat : 21.7 kg (ntah apa la print out ni mencarut kat gua ntah)

Ideal body Fat : 18-27% (macam tak lulus jer bab lemak gua nih. Kifarah kutuk Hadi la ni kot. Huhu. Cam tetahu plak mesin ni gua tengah bayang berat badan Hadi time pegang handle)

Ideal body Fat Mass : 13.6 - 20.5 kg (Mass... mass.... Mas Idayu tahu la gua)

Daily Energy Requirement : 1753 Kcal (agaknya dia suh gua sehari makan sesuap nasi jer kot)

Blood Pressure : 129 / 79 mmHg (apa kejadah la plak nih)

Pulse Rate : 75 / ppm (g mati la Hasan Ali)

Normal Blood Pressure Less then 150 / 90 (Agaknya kat Giant ada Less kot. Jualan Awal Tahun)

Comments

  1. huhuhu...
    berdasarkan result kat atas...wa cadang lu bebanyakla bertobat...

    Dosa lu dengan owang melantun-lantun...sesatkan owang, sesatkan cikgu lyn...uma, xenan, bumblebee dah anggap lu macam ayah pin...whar7

    tobatla bhai...dah tak lama dah tuh....

    ReplyDelete
  2. Ape le At.. tu pon lu tak paham pe maksudnyer..
    Maksudnyer Lu ngan Gua same bingai dlm madical nih...

    Lagi lembab dr pigshooter tuh..

    gengkilangspeak

    ReplyDelete
  3. Bhai... Wa ghasa la kan... lu kena pigi further check-up kat klinik 1Malaysia.... Singgit ja maaaa...

    ReplyDelete
  4. -secara kseluruhannye badan lu kira ok la, mayb pas kawin nie lu slalu wat sit-up n push-up kot, so wa rase kalu lu kena kjar ngan parang terbang kt rusila nti , lu ade tnaga n smpat utk melarikan diri..hehehe..

    -zargus-

    ReplyDelete
  5. Bro,

    Hari tu lu siap ugut mintak TGNA doakan lu kaya.

    Hari ni lu dah dapat semua nombor tu, mungkin makbul doa TGNA kot..

    Esok lu pergilah rayau kat senawang cari kedai nombor ekor yang mana bukak, kan Najib dah luluskan 10 lesen judi untuk special draw hari selasa.

    Kalau kena lu sedekah la sikit kat gang trengganu untuk beli mesin timbang ikan elektronik.

    Kalau lu terkena... lu sendiri mau ingat la.... ha..ha..ha...

    ReplyDelete
  6. cis... idea lu mmg cam kambeng.. siap mintak persen secara halus plak tuh.

    ReplyDelete
  7. hahaha..lawak la bhai..tak memasal Hasan Ali kena..tu dah tahap bengang la tu tak tau ape mesin tu tulis...

    boleh tahan tinggi gak kau ye..tp berat pun boleh tahan.. tu berat pahala ke dosa? hehehe......

    bhai...kau pilih je doktor mana kau nak:
    1. Dr. Hasan Ali
    2. Dr. Haron Din
    3. Dr. Lo' Lo'
    4. Dr. Hatta
    5. Dr. Khir Toyo
    6. Dr. Rosni

    aku cadang kau pilih Dr. Rosni..boleh dapat khidmat nasihat bagaimana nak kawin lari anak dara org..hahaha.....

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  8. lu dh tgk byk baccan lebih tinggi dr ideal tu maksudnye lu dh makin x sehat la bro...lu sehat ati je sbb baru pas kawin, tp fizikal ala2 wa gak..hahaha..omputeh kate potato couch(betol ke?)

    mane tak gemok, asyik ngadap komputer je...jom turun padang la wehhhhh...(ajakan kepada AT dan diri sendiri..huhu)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...