Kalau setiap manusia yang masuk atau lahir di Malaysia mempunyai pengenalan DNA dalam satu database, polis just dapatkan DNA mangsa dan padankan dalam database. Then keluar identiti.
BATANG KALI 23 Jan. – Seorang lelaki ditemui mati dibunuh dengan keadaan tangan dan kakinya diikat di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Remok, Jalan Batang Kali-Genting Highland, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. Norel Azmi Affandi Yahya berkata, lelaki tempatan berumur 40 tahun itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.
"Selain tangan dan kaki diikat, terdapat kesan lebam di bahagian muka lelaki itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
"Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan ladang,” tambahnya.
Beliau berkata, polis turut menjumpai sekeping getah lapik bonet kereta yang mempunyai kesan tompokan darah dipercayai darah lelaki tersebut.
Norel berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama
Dah dapat identiti, baru bermula dari siapakah manusia yang kali terakhir bersama mangsa. Kalau tak dapat pastikan identiti mangsa, sampai mampos kes akan terjeruk tanpa klu.





4 komentar:
apasal blog lu ni tiba2 dah macam suratkhabar...lain macam je post....ke lu dah ilang telur...
Anda da study ke pasal DNA? mau ckp pasal DNA perlu ada ilmu..
Kalo bende tu simple..why not kerajaan Malaysia buat macam tu.. ? Saya pon menyokong..tp skang..anda pon tau ke DNA tu in details..? mungkin DNA semase lahir akan berubah sedikit bile dah besar? atau sebagainya..mcmane pulak? Komen biar berasas..
Satu lagi pendapat saya, Kalo semua org lahir kat hospital bole la jgk doktor tu nak amek DNA..Kalo yg lahir kat umah.. Tahu pula Mak Bidan tuh nak pegi amek DNA?
x semsetinta bergabtunf pada DNA ID
apa guna forensik.....x de yang mustahil...ape ke bangang la ko ni....
~Forensik~
apelah bangang sgt korang nihh , klu gune forensik punn last last dpt dna jugak , ape lahh ! kang maki tak psal aku kena balik
Post a Comment