Skip to main content

Kisah sesaat sebelum Nizar kemalangan.

Oleh : AdukaTaruna

Nizar sakit gigi pagi tuh. Orang baik hati memang camtuh. Dia malas nak menyusahkan driver dia semata-mata pergi klinik, dia drive sensorang.

"Kol la duka, bang. Suh dia hantar." Bini Nizar cakap.

"Malas la yang. Duka baru kawen. Pagi dia lambat. Tak baik kacau."

"Abang sokmo gitu. Sakit gigi mana boleh buat main." Rungut bini Nizar.

Nizar macam biasa. Buat muka kerang busuk. Bini dia mencebik.

Pastu, on the way, Nizar kol gua.

"Salam bro.. sori la kacau. Gua sakit gigi la."

"Zambry lu. Sakit gigi kacau gua buat apa? G la klinik."

"On the way g klinik la nih. Jalan jem la plak. Lambatnya sampai."

"Dah tu? Apa boleh gua buat? Gile lu. Jauh ni gua nak pikap lu kat Ipoh nun."

"Bukan.. lu cari la jalan nak kurangkan sakit gigi nih. Dapat kurang sampai ke klinik kang jadilah."

"Lu jangan bikin gile bro. Gua cam bagos jer tulis dalam blog gua ada jin. Tapi gua bohong. Gua bukan bomoh nak jampi2 lu."

"Bukan suh lu jampi.. hadoiii yai.."

"Dah tu?"

"Lu do la something.. kasi gua hilang sakit. Tanya soalan ke, buat cerita kelakar ke."

"Camtu pun boleh hilang sakit ke?"

"Mana la tau.. kita ikhtiar la dulu.."

"Ok la.. gua bagi soklan IQ sket. Biar otak lu peruntukkan sebahagian besar kimia2 dalam otak lu untuk berfikir, dari merasai sakit."

"Okeh.. cantet. Apa soalannya."

"Benda apa yang bila kita masukkan dia bentuk segitiga. Tapi bila kita keluarkan dia bergulung2?

"Ermmm... apa eh?"

"Lu fikir la dulu.. kasi hilang sakit."

"Dah tak sakit dah. Lu kasi jer la jawapannya. Apa benda yang masuk segitiga, tapi keluar gulung2 tuh?"

"Spender."

tut tut tut...... Panggilan putus.

Comments

  1. soalan yang senang macam tu pun tanya kat nizar...! apa kata saya tolong jawab.! Jawapannya....Seluar yang bahagian Sxxxxxx bini hang.

    ReplyDelete
  2. Orang baru kahwin... lawak pun lawak spender...

    ReplyDelete
  3. bhai..lu tak boleh jadi driver Nizar.. kang tak memasal lu drive dia ke Rusila langgar Hadi..tak memasal dia pun terpalit sama tak wala'...bungkus bhai....
    hahahaha...

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  4. Skrg ni lu tiap2 hr blh tgk seluar dalam bergulung yek..

    ReplyDelete
  5. "Zambry lu. Sakit gigi kacau gua buat apa? G la klinik."

    Siapa Zambry?

    ReplyDelete
  6. hahahhaha i like it... ko buat kat najib ka hadi la plak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.