Skip to main content

Kickdefella diserang adalah rekaan sendiri?




Jam 10:50 malam tadi sebuah kenderaan berhenti dihadapan rumah saya dan melemparkan kapak besi ke arah kereta saya.

Kapak berukuran hampir 12 inci itu mengenai cermin belakang kereta saya dan terpelanting lebih 2 meter.
Ketua Polis Kota Bharu, Ketua Siasatan Jenayah Kota Bharu serta pihak media hadir untuk melihat tempat kejadian.

Tengahari tadi saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik  berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana posting saya yang negatif terhadap keluarga Menteri Besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta.

Saya sudah membuat laporan polis dan terserah kepada pihak polis untuk membuat siasatan.



Gua memang setuju habes dengan pembaca gua. Suh siasat kes kickdefella disiasat ala2 CSI. Gua bukan menyebelahi mana2 pihak. Gua pemerhati bebas. Mana2 yang agak tak berkenan pada pertimbangan akal gua, gua sapu jer.

Kalau mamat ni benar, kita patut kutuk penyerang bongok tuh. Tapi kalau mamat ni penipu, kita patut ludah muka dia.

1. Mamat ni adalah penyokong Mahathir. Bapa propaganda Malaysia. So, tak mustahil dia pun ada teknik propaganda juga.

2. Berat kapak berapa? Paling berat 2 kg. Berapa maksimum laju kapak dibaling manusia? Berapa purata jarak balinagn? Apa kejadah sebilah kapak 2 kg, berbentuk bukan tumpul, halaju balingan manusia, boleh memecahkan cermin kereta berjenama sebegitu cantik? Ketegasan cermin berapa? Ni pecah secara balingan ke, pecah secara ukiran? Lu tgk la gambar tuh.

3. Gambar tu ditangkap ketika tidak mengusik apa2 terhadap barang kes atau sudah matikan alarm kete? Atau gambar ditangkap ketika double signal dalam keadaan delay ketika klik punat kamera tuh? Atau alarm kete rosak? Atau kereta Jepun memang dah diprogramkan hentakan dari kapak tidak akan mengaktifkan alarm?

4. Tak pakai tinted ke cermin belakang?

5. Baik punya lurus kapak tu landing.

6. Cermin kete jenama Nissan memang halus ke kalau pecah hanya akibat kapak? Besar tu kawasan yang pecah. Dan cantik pula bentuk pecahannya. Dan halus2 plak kacanya. Sapa nak derma Nissan mereka untuk ujikaji. Bro Moundeweller ada bran? Haha

7. Gambar kapak ditangkap secara dekat, apsal tak bagi gambar cermin secara dekat?

8. Berapa kebarangkalian untuk kena tepat di cermin untuk setiap balingan? Kalau memang skrip gua, gua akan pilih cermin la. Sebab impak dia nampak besar. Filem2 aksi luar negara juga lebih memilih kemusnahan cermin dari kemusnahan dinding batu (tajuk bangunan). Dan kemusnahan cermin mesti ditonjolkan dalam tajuk kenderaan / eksiden. Dia ada elemen mahal dan hebat.

So, sepatutnya kebarangkalian penyerang tersasar ke bahagian body lebih tinggi. Namun kebetulan kena tepat kepada cermin kereta juga tidak boleh dipertikaikan. Cuma seandainya penyerang tersasar ke bahagian body, just kemek sikit jer, tidak mempunyai nilai propaganda yang dikehendaki lah. Betul? : )

Cuba ekau jawab Kickdefella. Meh kita cari kebenaran sama-sama.

Comments

  1. Haha. Gua pun agak ragu2. MaLin kata 'keraguan tu datang dr syaitan'. Ngeee...

    1. Kapak didakwa t'pelanting 2 meter hasil pantulan. Tapi cermin pecah berderah, hampir 90%. Logiknya kalau cermin tu pecah hampir keseluruhan, kapak tu x kan terpelanting akibat tindakbalas pantulan (2 meter plak tuh), sebaliknya akan menembusi masuk dlm keta tu. Ikut logik la..

    2. Kalau takat nak rosakkan keta, motifnya adalah amaran. Patut baling pakai bata dah la. Pakai kapak seolah2 nak m'cederakan tubuh badan. Motifnya bunuh. Kalau motif bunuh @ cedera, kenapa baling ke keta?

    ReplyDelete
  2. kapak mcm tu tkkn terpelanting jauh cmtu.. tgk keadaan cermin, kapak tu spttnya jatuh dlm keta or dkt dgn keta. kapak ni bkn bnda yg blh melantun mcm bola. byk keraguan kt cni.

    keta skrg tkde yg tk tinted. yg pkai tinted murah pn tkkn pecah cmtu. Pecah cmtu hy akn jd bila ianya di pecahkn berkali2. KLu skali baling aje, gua rs akn hy ade lubang aje.

    ReplyDelete
  3. makin best la layan citer camni..... tapi apasal la cam tak logik plak... potong stim btol la.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. kena csi kan individu2 berikut, sebab mereka secara public telah memberi pengakuan benci kan kickdefella:

    1. pemburu syahid
    2. manjung mari

    dan juga lain2...

    3. arif fahmi
    4. nik amalina
    4. nik abduh
    5. honda elysion pas12
    6. toyota fortuner pas17

    - kurrreng hasem

    ReplyDelete
  5. BISMILAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
    BAGI PENDAPAT GUA , MUNGKIN KICKDEFELLA NAK CLAIM INSURAN KERANA CERMIN BELAKANG KERETA KICKDEFELLA , HEATER NYA DAH ROSAK. SO CARA BEGINI ( KONONNYA DI PECAH ORANG) SAHAJALAH YG MEMBOLEHKAN KICKDEFELLA CLAIM INSURAN.

    ReplyDelete
  6. hj jamaludin,

    perbuatan khianat / bencana alam mana boley claim daaa...

    kalau boley claim dah lama gua humban Iswara gua dalam lombong..hahaha

    ReplyDelete
  7. ak taw nk wat ape...
    soh die bsumpah r.
    smua mslh setel.
    serpihn kaca 2kt lua ek?

    ReplyDelete
  8. Salam,

    moga kita kembali kepada rasullulah untuk menegak kebenaran, jangan ikut nafsu masing masing. Kalau ikut nafsu maka AMARAH dan LAWAMAH akan menguasai diri, dikawal oleh syaitan dan iblis diri sendiri.Selagi manusia tak sampai MUTMAINNAH tak boleh ambil kira. Mari kita pakat pebetul diri ,
    www.nuruliman.com.my

    ReplyDelete
  9. hoi siapa kita, kembali kpd Rasulullah atau kpd Allah?

    ReplyDelete
  10. Tukang baling kapak tu baling dari dalam kereta?... susah jugak nak baling dari dalam kereta... lainlah kalau tukang baling kapak keluar dari kereta dan baling... baru tepat dan kuat...

    D'ayo

    ReplyDelete
  11. hebat bhai pelempar kapak tu..otot tangan dia kuat..sekali lempar berderai cermin kereta yg tebal tu..balingannya pun jauh dan tepat pulak tu ke tengah cermin....

    agaknya mamat tu rajin main gasing Pangkah kot..sekali baling terus kena..hehehe

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  12. aku stuju ngn ko....kalo baling dri luar ...pesal kapak tu duk kat luar ??? mlantun blik ke? xkan kapak tu di bwak kluar dri kete smata2 nk amik gmbo ...

    ReplyDelete
  13. Tak lah,ambo rasa kapok tu kapok UMNO sebab ia besar tapi karat.Kalo kapok PAS ia kecik jer tapi bekilat...tak gitu?

    ReplyDelete
  14. Bhai...

    Semua ini tipu... itu bukan kapak... tapi peluru RPG7 ... dah yang kena tue bukan kereta Nissan... tapi T72 punya kereta kebal....

    Hahaha....

    Ini serupa macam kes Edry ngan Linda Rafar punya gambar la satu masa dulu.... sure tak ngaku punya... hahaha...

    ReplyDelete
  15. Ikut fakta memang cermin akan bederai dgn sekali hentakkan dgn kapak kerana kapak mempunyai sudut yg tajam.....

    Balingan yg jauh boleh menambah lagi daya tujahan keatas cermin tersebut.....

    Anda boleh tgk dalam youtube bagaimana cermin bederai akibat hentakan kapak....

    breaking a car window with an axe

    KLIA

    ReplyDelete
  16. Woi bro lu buat aper nak sibuk pasal itu kapak biar jelah polis siasat...

    Kau pun bukan pandai sgt fizik ni....

    Baik kau fokus balik pasal Projek Langgar Hadi ataupun sejak kawin ngan org Kelantan kau dah terpengaruh dgn Menantu paling hensem di dunia.....

    Baju bila nak siap gua dah banyak kali tanya ni bro dah tak sabar nak pakai.....

    ReplyDelete
  17. cermin pecah, kapak tak masuk ke dalam eh??

    sapa ada kete cam ni nak bagi wa terai test tengok...

    ReplyDelete
  18. gua baru eksiden. kereta gua proton je dilanggar Unser berderai cermin tapi tak jatuh pun pasal ada 'tinted. takkan keta mahal tak tinted. lagi satu nampak pecah semua skali bukan maca kena baling dari jauh jer. takpa nanti gua panggil member gua Grissom datang. ia sekarang dah bersara dari CSI, banyak masa terluang

    ReplyDelete
  19. wah kickdefella ni nak kena kick bettul2 kot...

    weh...tipu tu...cermin keta ni kalau kena objek jarang berderai..kalau berderrai mesti objek yang dibaling tak terpelanting...kalau terpelanting pun tak jauh...ni sampai 2 meter,macam pelik je...

    ni kena panggil geng mythbuster untuk siasat...harap forensik polis mesia tak leh harap...tembak kasi mati tau la depa....

    ReplyDelete
  20. Orang yang baling kapak nie... mesti pernah jadi jaguh sukan baling bola lisut sebab:
    1. Balingan tepat ke sasaran dan
    2. Mampu menganggar jarak.

    ReplyDelete
  21. Sahlah ini adalah Red Indian upahan dari Amerika. Cukup kuat dan tepat balingan kapaknya.

    Waw.. kalau macam ni wa tak berani nak beri kereta wa untuk ujikaji.

    ReplyDelete
  22. Wakakakak...tergelak besar wa baca sume komen2 nih...tapi masuk akal gak apa yg di komen ni...mmm kenape tak di baling terus ke kepala,lagi sadis...ooo wa lupo lak..ini bukan nya kapok kecik...wakakakak!

    ReplyDelete
  23. Ambo punya pendapat. Kalu tengok kpd keadaan patern cermin pecah...kapak seberat 2kg tu akan masuk kedalam kreta, bukan nya terpelanting keluar...tak taulah kalu cermin kreta kickdepalat tu jenis special dimana ia menolak kapak seberat 2kg tu keluar dulu kemudian baru pecah berderai.

    ke-2, kalu balingan kapak seberat 2kg tu di baling dari dalam kreta oleh pembaling nya (sudah tentu dlm keadaan duduk)...kekuatan daya balingan nya tidak sekuat balingan secara berdiri..analogi nya cuba ahli sukan baling lembing...membaling lembing dari dlm kereta...jauh ke jarak nya..ha..ha.

    ReplyDelete
  24. Cuba ingat balik kes brader BOB yang kena pukul masa kes kat negeri sembilan dulu...

    koyak rabak punyalah cantik bajunyer, dan muka berdarah tapi tak de terkopak kulit.

    tapi penganut Pas tetap gak salahkan Umno..

    kahkahkah...

    ReplyDelete
  25. lu punya teori sengal la bro... ni gua nak bagi teori saintipik sket.
    1. lantak dia la nak tinted ke tak cermin kereta dia apa mau susah nngeee.
    2. Cermin kereta belakang ni dia gelas dia tak laminated sebab PVB (plastic utk laminated) tu akan halang thermal pemanasan gelas tu.
    3. Biasanya cermin depan kereta pakai laminates gelas sebab utk keselamatan sebab tu kalau lu ketuk cermin depan kereta dia tak kan pecah, cuma retak je, kalau pecah pun tak terbarai.
    4. Cermin blkg kereta ni pakai Fully Tempered glass, senang cakap gelas paling keras la. proses nak keras kan gelas ni kena masukkan gelas ni dlm oven panas woooo. nama mesin dia TamGlass.
    5. Fully Tempered gelas ni dia tak kan pecah dekan kadar ketukan biasa, kalau dgn kapak sah2 la pecah. dan kalau dia pecah ter terbarai akan jadi kecik2 bukan macam cermin tilik muka pecah bro.
    6. gua percaya kapak tu boleh pergi sampai 2 meter sebab momentum bila kapak tu terkena Fully Tempered gelas akan tinggi, biar pun gelas tu terbarai.
    5. Kapak tu kapak besi bro, lantunan besi lagi jauh dr lantunan kayu.
    6. Momentum dr gelas tu + Lantunan besi kalau setakat 2 meter kacang je bro. kentut gua pun ble bau sampai 10 meter nnggeee.

    ReplyDelete
  26. Pas tu yg best nye pasal kena baling kapak kat keta pun sampai ketua polis KB turun..kalau kapak tu kena kat dia mau kena panggil FBI ni nak siasat

    ReplyDelete
  27. Pas tu yg best nye pasal kena baling kapak kat keta pun sampai ketua polis KB turun..kalau kapak tu kena kat dia mau kena panggil FBI ni nak siasat

    ReplyDelete
  28. Akhirnya conclusion dari semua komen diatas, aku dapati kes ni memang benar berlaku kerana fakta KLIA daripada youtube dan anon 13/01/20 03:25PM yang memberi hujah yang bedasarkan fakta.....

    Tahniah Aduka kamu memang CSI terbaik......

    Kes id 2010/01/kickdefella selesai.....

    ReplyDelete
  29. anon 7.52,

    youtube yg KLIA tunjuk tu kapak besar gedabak dihayun oleh dua belah tangan ke cermin kereta.

    kes kickdefella ni, kapak kecil yg dibaling.

    kalau ni pun kau tak faham & tak boleh beza, aku kesian sangat la...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...