Skip to main content

Kes Hasan, Khalid: Tuan Ibrahim dukacita laporan akhbar

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kecewa dengan laporan sebuah akhbar berkaitan kes membabitkan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hassan Ali dan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad yang sedang disiasat oleh jawatankuasanya.

Gua tak tahu la kalau PAS pegang Malaysia dan siasat kes-kes rumit. Mahu makan masa 80 tahun. Kes tahap buang sekolah macam ni pun lembab. Bukti dah ada, saksi dah ada, suspek dah ada, bicarakan sehari jer dah dapat keputusan. Bukannya Khalid or Hasan lari macam RPK.

Weih... gua cadang lu import la cikgu gua dulu. Asyok @ Ahmad Syukri. Lu tengok kepantasan dia selesaikan kes2 tahap budak sekolah tak dengar cakap nih. Bangang ko apo? Wayang lebih sangat. Bodoh punya ulama.

Comments

  1. apparaaaaa lu aduka... biasa la kerja parti ni cam keje gomen la..... memula sampai bukti camni kisahnya..... bling....blng....bling.....

    Ostat ibrahim... ni bukti bertulis.... yer yer.... letak atas meja tu sat lagi ana check....( sambil dok buat apa entah depan pc tu)...... pastu datang plak bukti baru.... ostat.... ni bukti rakaman..... yer yer letak atas meja sebelah bekas pen tu pasni ana check la.... stengah jam pastu sampai lagi bukti.... ostat ni ada dalam 300 helai bukti ni..... skejap².... ente letak atas meja dekat fail merah tu..... 2 jam kemudian.... fuh!!! penatnya layan facebook..... pastu belek² bahan bukti sambil baca sepotong dua ayat.... sambil bersandar kat kusi n termenung..... pastu belek lagi bukti..... ermmmm banyak nyer...... erhhh ahhhh!!!!!!! sambil mengeliat.... ngantuk la plak..... teliti bukti² yang ada mata tu cam orang ngantuk jer...... tengok jam..... ehhhhh!!! dah 10.30 pagi ni..... tak break lagi ni..... bangun dari kusi sambil cari henpon, apa yang patut..... kuar opis minum kejap....

    situasi berulang lepas tuan ibrahim masuk opis balik, sampai kul 1 tengahari.... berulang lagi dan lagi lagi dan lagi.... sebab tu la lambat tau keputusan kes ni....... hahahahahaha


    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. Patut la saya tersedak-sedak. rupa-rupanya bekas anak murid kesayanganku sebut namaku dalam blog rupanya. terharu sungguh cikgu. isk...

    Aduka, kalau ada ape masalah, telefon lah saya di talian di bawah.

    012-6238891
    -Cikgu Asyok

    ReplyDelete
  3. loporan akhbar tu saje je nak reverse psychology ..sebab slow sangat ..Tuan brahim tak payoh laa kecewa kat laporan tu..sebab baru 1x kecewa..tapi ahli PAS dah 1000x kecewa dgn anda..eemm ada harapan ke nak jadi MB pahang..or YB kat jengka?

    ReplyDelete
  4. kelewatan adalah fitnah yang sedang tidur, so jangan kejut fitnah yang sedang tidur! fitnah hanya mencari peluang utk menonjolkan kepalanya.

    kelewatan juga menyebabkan hassan ali mufarakh dari keputusan pas berkaitan penggunaan kalimah 'Allah'. bila pula agaknya jk disiplin akan bertindak mendisiplinkan hassan.

    banyak lagi fitnah yang sengaja dibiarkan tidur oleh jk disiplin supaya pil "jangan kejut fitnah yang sedang tidur" dapat terus dijaja kepada ahli2 sebagaimana pil "wala'" yang sudah menjadi penagihan.

    wallahu'alam

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.