Skip to main content

Kami anak Minang berterima kasih dengan kenyataan Menteri Rais Yatim

Kami anak Minang berterima kasih dengan kenyataan Menteri Rais Yatim

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Alhamdulillah, kami anak Minang rasa bersyukur dengan kenyataan terkini Menteri Datuk Seri Rais Yatim atas isu yang menimpa blogger AdukaTaruna. Kami dari Baganutama mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kami terhadap Datuk Seri. Ini kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang direkodkan oleh Bernama sebentar tadi.

Tiada Tindakan Terhadap Penulis Blog Yang Mohon Maaf: Rais

PULAU PINANG, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun.[link]

Comments

  1. mana bole maafkan mcm tu je!! tak adil! hukum lah dia!

    ReplyDelete
  2. bila tau takde tindakan naik sasau korang ni..... eloknya hukum orang yang terang² hina agama dulu..... "takebeer"... sapa hina takbir ni..... jauh lebih teruk dari hina sultan ni..... apasal korang rilek jer....

    ReplyDelete
  3. ha'ah betol kate abanghensem tu...ape masalah rakyat malaysia yg melayu ni...melayu je ke?tak islam?

    ReplyDelete
  4. -Alhamdulilah, smoga cepat kes nie brakhir..actually, wa tgk kalo kes nie dibawa jgak ke mahkamah, agak susah jgak pihak pendakwa nk buktikan kesalahan, yela wa yg buta undang2 nie pun bole tau kat mane nk mncilok2 dlm kes nie agar trlepas..wat bazir duit rkyat je..brbnding ngan blog yg lg satu tu, kalu owner die kena dakwa,agak susah gak nk tepis tue..

    -bg fmily AT,xpecialy wife die, byk kan brsabar dan brdoa keselamatan AT..dlm mggu nie gak wa rase, kes nie bole setel..harap2 cmtu la..wa nk AT ulas psal bola mggu nie,ngeee..

    -pd yg x puas hati ngan knyataan menteri tue, elok lu g tnye sndri nape die ckp cmtue, dr lu memekak kt dlm blog nie..

    ReplyDelete
  5. kuang~kuang...
    semua ni sandiwara AT, nak dpt hit tinggi blog dia. pakat dgn rasi lak tu... cit!

    hehe sori beb wa saje je ....jgn marah. wa tau lu org geng gagak itam bkabung dgn kekantoian AT.

    sabau je laa...

    -Shannaro-

    ReplyDelete
  6. Geng gagak hitam?

    Hm. Kena wat logo baru la nampaknya. Haha.Maklum la, PAS Reform dah di boycott.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..Gua pun harap kes ni akan cepat selesai..Moga peristiwa ni jadi pengajaran wat A.T.

    ReplyDelete
  8. Jangan salah faham..
    Rais Yatim kata.. kerajaan tidak akan bertindak, kerana Aduka dah mohon maaf..

    Maksud dia kerajaan.. bukan Mahkamah yang menguatkuasakan undang-undang..

    ReplyDelete
  9. ABIS TU APER CITER NGAN DIA HINA ISTERI NABI MUHAMMAD? LUPAKAN MACAM TU SAJER???

    AKU CUKUP TAK PUAS ATI...SI CILAKA NI AKAN BEBAS MENGHINA ISLAM MACAM TU JER?

    BAYANGKAN RAMAI YG TERHEGEH HEGEH NAK PROTECT BINI N MAK AYAH DIE...

    TAPI TAKDE PUN YG BERANI NAK PROTECT ISTERI NABI MUHAMMAD DARI DIHINA DEK MANUSIA CILAKA NI!!

    AKU CUKUP TAK PUAS HATI!

    ReplyDelete
  10. bolehblah, kau nie dendam sgt dengan aduka apasal? tunggu kes selesai laa, kau mana tahu dia bersalah ker tidak.. entah2 blog aduka pun pun kau tak pernah tengok sebelum nie, stupid, biasalah gen melayu (pinjam ayat aduka). Ada posting blog aduka aku xsetuju tapi banyak jugak yang aku setuju, tapi jangan melenting tak tentu pasal, kalau kau nak kata hina sultan, hina nabi dan hina Allah pergi laah kau menyalak pada org yang terang2 hina sultan dgn gelaran natang, hina hukum Allah, dan hina nabi dgn cakap nabi xcukur janggut sbb xder gillete .

    ReplyDelete
  11. NAMA JER TENTERA ISLAM...TAPI BILA ISLAM KENA HINA...BLEH DIAM JER...
    SIAP SUPPORT LAGI...
    TUKAR LA NAMA KO JADI TENTERAPENGAMPU...

    SKARANG NI AKU DUK MARAH SEBAB DIA HINA ISTERI NABI....
    SO... KO RASA BETUL LA TINDAKAN DIA MENGHINA TU EK?

    LEBIH BAIK KO TAKYAH NGAKU KO ISLAM KALAU KO TAK KATA APE APE PASAL DIA HINA ISTERI NABI TU...

    KALAU BINI KO AKU CAKAP BANGANG...KO MARAH TAK WAHAI TENTERAISLAM?
    ATAU KO TAKKAN PROTECT BINI KO?
    SBB ADER ORG LAIN PUN ADER CAKAP BINI KO BANGANG LA...APER LA...JADI KO CUMA DUK DIAM LA EK?

    GUNAKAN OTAK SKET EK...

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Dewasa ini terlampau banyak anak-anak muda kita khususnya Melayu yang amat cetek akal fikirannya dan seterusnya melambangkan bertapa dangkalnya ahklak yang ada pada diri terutamanya seperti yang ditunjukkan oleh Anduka kita ini yang lancang mempromosikan kejahatan yang dibuat oleh orang lain yang mungkin dia sendiri tidak mengenalinya. Malay pada masa yang sama menonjolkan kebodohan dan kebiadaban yang teramat jahil dan pasti saya amat kesian akan Ibu dan Bapa Anduka seperti dilihat tidak tahu mengajar anak tentang adab dan tatasusila sebagai orang Malasyia. Walaubagaimanpun, Jika semua Rakyat Johor Melaknati dan menyumpah Anduka pasti si Ibu yang Maluuu..... melahirkan anak yang jahil tentang adab sesama manusia. Malunya Ibu yang Mengandungkan budak jahanam ini.

    ReplyDelete
  13. harap2 lah bende2 yg leh dikategorikan "remeh" kt DUNIA ni cepat2 selesai..

    tapi nak wat camne kan? dalam bangsa MELAYU kita sendiri mmg dah terbit hal2 burukkan org yg dah takde, jiran lah, sedare lah..cume yg berbezanya kali ni pangkat tinggi SIKIT..dulu org hina Rasulullah satu dunia bisng, pastu senyap..

    org jahil dulu hina,maki Rasulullah, tp aku takde lak terbace yang baginda balas balik..
    ni AT hina orang yg dah xde, maki tu ini, sesame ISLAM lak yg balas..aku rase lah org2 KAFIR kt luor sane gelak guling2 klu bace..

    aku mmg xsuke bab2 maki2 ni, AT ke sape2 ke..
    dan en/cik yang bergelar Jati Johor, aku rase bukan sekadar ibu bapa AT je yg malu, tapi SEMUA ibu bapa yang KOMEN menghina balik kt AT ni patut rasa serious MALU..boleh anda bayangkan lak camne malunye RASULULLAH???

    Jadi, paham2 je lah. blog ni xkan ade klu org2 yg same2 berpikiran CETEK ade :D.

    ReplyDelete
  14. sy sokong ~ Muhamad Nor Haqim ~

    he is a thinker. not like others..emo lbh, x professional and can be say 'lack of knowledge'

    ReplyDelete
  15. Artikel lu :

    http://adukataruna.blogspot.com/2009/09/wahabi-perlis.html

    hina ugama ..hina Siti Aishah R.A.. lepas kat dunia..jawab la kat akhirat..Nauzubillah.. Siksa akhirat tu pedihh..

    ReplyDelete
  16. as'kum, woi macam yeye jer ko ANAK MINANG, mentang-mentanglah baru2 ni ade kes pasal kerabat diraja johor dengan negeri sembilan, ko nak amik kesempatan plakkk! yang aku tau kes tu dah selesai!!! ko nak tambah koloni untuk back-up si aduka taruna ker... kalo ko nak tau, sultan johor yang sekarang ni sultanahnya adalah kerabat diraja sultan perak, tengku puan pahang adalah anakanda almarhum sultan johor, selain tu kerabat selangor serta negeri2 lain juga ada hubungan dengan kerabat diraja johor dan akhir sekali sultanah almarhum sultan johor adalah kerabat diraja kelantan. kesimpulannya,,,, kepada aduka taruna serta konco-konconya jadilah warga negeri kelantan yang bertanggungjawab...wassalam

    ReplyDelete
  17. salam.....alhamdulilah AT akan di maafkan...kita sebagai manusia tak layak untuk mengadili sesuatu tampa pengetahuan...cuba anda fikirkan jika anda ditempat aduka teruna.?? anda tinggalkan isteri tinggalkan keluarga..?? tampa perkara yang anda mulanya anggap permainan tetapi membawa padah..kita xtahu masa akan datang..mungkin anda pula akan berada di tempat AT kelak jika tidak anda anak2 anda mungkin penganti dia...jadi renung2kanlah sebelum berbicara.....setiap manusia xlepas dari kesalahan..salam~

    ReplyDelete
  18. aku tak setuju dengan pemimpin 'win win situation' ni..

    mana boleh maaf macam tu ja..

    ReplyDelete
  19. Salam...


    Kita xde kuasa nak wat pape pun terhadap mamat AT ni..

    Walau pape pn.. tahniah je la sbb berjaya lepas..

    Mungkin ada sbb tertentu kerajaan bg lepas kat mamat AT ni..

    Dan kepada mamat AT.. gua harap.. pasni.. lu xyah la bagak femes cam artis 5 star plak..

    Gua harap lu taubat nasuha terus.. kembali ke pangkal jalan..

    Mungkin ari tuah lu sudah mai..

    Sok lusa.. tuah bukan sokmo ada..

    Walaupun gua sedikit terkilan ngan tindakan lu serta keputusan kerajaan tu..

    Gua layankan je laa..

    Ingat bro.. jgn cari pasal lagik.. dosa ramai tanggung skang ni..

    Yang memaki lu pn.. lebih 44x..

    gua xtau nk explain camne..

    Kalo lu tnye nabil..
    dia ckp.. LU PIKIR LA SENDIRI..


    Citer lebih > http://dakmuo.frenzyfm.my/

    ReplyDelete
  20. KENA KAJI KENAPA ADA GENERASI "ADUKA TARUNA" YG BERANI, MESTI DISEBABKAN KECEWA DGN SUASANA MASAKINI. SBGAI CNTH, ADA "PUAK2 YG ADA KUASA NI" YG SPTUTNYA MEMPERTAHANKAN "HAK MELAYU" TERMASUK TANAH MILIK MELAYU DARI DIRAMPAS OLEH ORG MELAYU SENDIRI(UMNO)? KETIKA NI 36 LOT MILIK ORANG MELAYU DI PULAU SEBANG, ALOR GAJAH, SDG DLM PROSES AKHIR NAK DIRAMPAS, WARGA EMAS TERKONTENG2 CARI TEMPAT MENGADU, MANA NAK DUDUK LEPAS NI? ADA "DIA ORG" KESAH?

    ReplyDelete
  21. Apa anak minang? Kita melayu pun dah pecah tiga ni nak pecah lagi. Anak minang la, jawa la, rawa la, . Kita ni melayu tak payah nak ethnik sangat.

    ReplyDelete
  22. Berita Sensasi..
    Berita panas hati..
    Berita sakit ati..
    Cerita sana sini..
    Cerita giler babun..

    Sume kat dlm ni> http://dakmuo.frenzyfm.my

    ReplyDelete
  23. silap2 lpas ni bila ada tokoh2 meninggal, byk blogger kutuk mengutuk, lpas tu minta maaf.. cuci tangan. Fuh semudah ABC

    ReplyDelete
  24. "AT ada kah kamu melayu? bukan.."

    buat apa jadi meLAYU, doh?

    patutlah lembap nak mampos!

    wakaka...


    *p.s. 1) aku keturunan menyegar.
    2) depa kata kita tak boleh hidup tanpa sultan. habis melaka & sarawak tuh apa kes? indon pun boleh survive! dasar bangang otak masih pakai keris untk bertahan, keldai untuk bergerak & burung merpati untuk berhubung BERBANDING pistol, kereta & HP...

    ReplyDelete
  25. woi (ibnu marzuki al firdaus) kalo org cakap ko bodoh, nanti marah!
    tadi ko cakap pasal sejarah revolusi, aku ingatkan ko pandai sangat, aku nak cakap sket contoh yang paling mudah p. pinang pemerintahnya bukan melayu itulah bagusnya xder sultan kan!!!.. kah.kah.kah
    /// ader ker patut x mengaku diri tu melayu.. orang bukan suruh ko jd LAYU tp jd bangsa yang disegani,,, x pun berusaha utk jd terbaikkkkk///
    aku setuju kata2 hadifa kalo si AT dimaafkan lepas ni kita pun bleh buat benda yg sama...lepastu hancurrr bangsa aku

    ReplyDelete
  26. patutkah aduka taruna mohon maaf padahal dia tak buat salah apa pun cuma ada yang terasa dan buat laporan pdrm palsu pasal menghina sultan johor pula?

    GUNAKAN HAK ANDA UNTUK MENGUNDI DI SINI SEKARANG!

    ReplyDelete
  27. Blogger amar said...

    woi (ibnu marzuki al firdaus) kalo org cakap ko bodoh, nanti marah!
    tadi ko cakap pasal sejarah revolusi, aku ingatkan ko pandai sangat, aku nak cakap sket contoh yang paling mudah p. pinang pemerintahnya bukan melayu itulah bagusnya xder sultan kan!!!.. kah.kah.kah

    TAK MARAH PUN... (IKUT NABI BUKAN BABI). PENANG SEBAB RAMAI CINA MACAM SINGAPORK. SEBAB TUH ISLAM SURUH RAMAI ANAK BOLEH RAIH UNDI, WAHAI SANG BIJAK!?

    ReplyDelete
  28. Salam,
    W'pun Rais Yaim kata mcm tu, tp aku rasa la..bleh ke rakyat Johor especially Kerabat Di-Raja akan melepaskan melayu sesat ni mcm ni saja? Aku rasa tak mungkin. Aku rasa mcm something will happen to him if government didnt punish him for what he did b4.ingat senang ke nak lari. bukan calang2 yg dia kutuk tu.ingat bleh sorok dalam lubang cacing ker?kepada Aduka Tarakguna, sembahyang banyak2, doa banyak2, sebab dosa ko pada org yg dah mati, bkn dosa pada yg masih hidup.agak sukar lah bg Aduka Tarakguna ni.Lepas ni baik ko tutup je la web ko nie.lebih baik buat amal ibadah dari ko maki2 org kat cni.ok..aku cuma bagi pandangan je, sebab aku dah cukup sakit hati bila tengok kaum melayu skang asyik berantakan je sedangkan yg lain memerhati,gelak ketawa tgk org melayu berpecah.pikirkanlah wahai sedara2 Melayu semua.

    ReplyDelete
  29. Tak boleh maafkan gitu je tanpa hukuman. Nanti ramai pulak yg mengikut jejak dia, tulis bukan2 dlm blog, isu naik, pastu minta maaf je, masalah settle. tak bleh tak bleh! mmg la kesian, tapi kesan jangka panjang akibat keputusan tu kena tgk juga. kenakan hukuman pd yg dah terlanjur, supaya org takut nak buat yg sama pd masa dpn.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.